BAB 42

3K 241 73
                                    

Berkali-kali dia memarahi dirinya. Alayna kenapa semalam kau cakap macam tu dekat Ayaaz! Aduh macam mana kalau dia terasa? Eii mulut ni kenapa laju je ha kau melepas! Bibir pula dijadikan sasaran untuk ditampar.

Sudah dua jam bayangan Ayaaz tidak kelihatan. Skrin di telefon dilihat sekilas. Sudah pukul sepuluh pagi. Kalau waktu begini, Ayaaz sudah mengajaknya menunaikan solat sunat dhuha bersama. Ke mana abang pergi dengan Tok Abah?

Itulah tadi ego, kau taknak tanya semula ! Marah Alayna lagi.

Sebelum Ayaaz keluar , Ayaaz ada berkata sesuatu kepadanya, tapi dia tidak dapat dengar dengan jelas, dia iyakan saja segala apa yang Ayaaz sampaikan.

Telekung disarungkan menutupi seluruh tubuhnya. Tidak apalah, dia kerjakan dulu solat dhuha. Mungkin Ayaaz singgah di mana-mana dengan Tok Abah.

"Imam dah sampai...sampai hati taknak berjemaah dengan abang," tegur Ayaaz dari belakang. Wajah yang masih basah dengan air wudhuk.

Segera Alayna alihkan sejadahnya, lalu menghampar sejadah untuk imamnya...imam yang sentiasa dia nantikan setiap kali masuknya waktu solat fardhu yang wajib dikerjakan setiap orang yang beragama islam. Berdosa besar jika meninggalkan ia.

Selesai sahaja bersalaman selepas solat, pantas tubuh Ayaaz diterpa. Terundur ke  belakang tubuh Ayaaz. Perlahan-lahan Ayaaz tersenyum. Dibalas pelukan itu walaupun tidak seerat sebelum ni, kerana sekarang ada perut bulat yang menghalang.

"Jangan makan hati dengan apa yang Alayna cakap semalam. I'm so sorry. I really don't mean it," sangkal Alayna bersama tangisan kecil. Ayaaz hanya diam, tanpa sedar air matanya juga turut mengalir. Again, you make her cry, Yaz.

"Abang yang kena minta maaf dengan Alayna. Abang tak lafaz ayat tu bukan bererti abang tak sayang isteri abang,"

"Kenapa abang menangis?" Pelukan dilepaskan setelah dia mendengar suara Ayaaz yang sudah tenggelam. Dan benar, ada mutiara halus di atas pipi suaminya.

"Abang tak boleh dengar tangisan awak. Memang betul menangis itu tak salah, tapi abang taknak air mata Alayna yang keluar ni berpunca dari abang. Jujur, Abang tak sanggup..." jelas Ayaaz.

"Hayati, kenapa dengan kamu ni?" Encik Jamaluddin menepuk bahu isterinya. Dah kenapa isterinya berdiri dekat sini?

"Cucu-cucu kita menangis , bang...diaorang okay tak?" Naik buntu Puan Hayati memikirkan. Terasa lengannya disambar lembut oleh suaminya.

"Ya Allah , yati...jangan masuk campur urusan rumah tangga diaorang. Ayaaz dan Alayna dah dewasa. Abang yakin Ayaaz mampu uruskan semua hal ini," ujar Encik Jamaluddin lalu memimpin isterinya ke ruang tamu.



Badan disandarkan di kepala katil, terasa basah di dahinya...berpeluh. Tidak sabar rasanya ingin memberi kejutan hari lahir kepada Ayaaz. Ya hari ini merupakan hari ulang tahunnya bersama suaminya. Dia dan Ayaaz berkongsi tarikh yang sama.Dia sudah siap menyediakan makanan kesukaan Ayaaz, dan juga hadiah istimewa. Fikirannya mula menerawang kepada dua insan yang dirindui.

"Agak-agak mummy dan daddy ingat tak hari ni hari lahir Alayna?" Alayna ketawa kecil. Palsu. Matanya mula berkaca. Ya Allah, lindungilah kedua orang tua walau di mana pun mereka berada. Mungkin tahun ni tiada ucapan dari mereka. Tetapi Alayna ingin ucapkan kepada mummy sebab dah lahirkan Alayna. Dan daddy juga...asbab Alayna ada di atas muka bumi ini. Itu yang dia sering lakukan tiap kali ulang tahunnya tiba.

Air mata diseka. Nafas dihembus perlahan. Mengambil semangat baru! Dia harus ceria untuk Ayaaz! Dikerling jam dinding , tak lama lagi Ayaaz akan pulang. Lebih baik dia bersiap, sekurangnya tiada lah nampak muka  dia lesu.

Hati yang ku kunci | CWhere stories live. Discover now