BAB 29

3.4K 271 32
                                    


"You yang bagi harapan kepada I, Ayaaz."

"Aku tak pernah bagi harapan dekat kau , Izzah. Mesej yang aku hantar dekat kau tahun lepas. Kau dah baca? Aku tak boleh cintakan kau. Hati aku hanya untuk isteri aku."

"You tak cintakan Alayna! You bertahan dengan dia sekarang sebab you hanya kasihankan dia." Bidas Izzah dengan lantang.

Berkerut dahi Ayaaz mendengar Izzah berkata begitu. Izzah tahu sesuatu tentang Alayna?

"Pandai pula kau tahu isi hati aku? Ada nampak tulisan dekat dahi aku yang aku tak cintakan isteri aku ke ?" balas Ayaaz dengan geram. Pertuturan Izzah memang benar-benar mengundang kemarahannya. Gadis ini semakin melampau.

" Isteri you dah pernah kena tangkap basah pun you masih nakkan dia?" Soalan yang keluar dari bibir Izzah membuatkan Ayaaz memandang tajam ke arah Izzah. Dari mana Izzah tahu?

"Izzah..." Lengan Izzah disentuh oleh Nadira. Dia merasakan Izzah sudah melampaui batas.

"Nadira , tolong bawa perempuan ni pulang." Arah Ayaaz yang sedang menuju ke pintu hadapan. Semenjak tadi dia hanya bersabar dengan perangai Izzah, kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menjerkah gadis ini.

"Ayaaz i mampu jadi isteri yang terbaik untuk you." Rayu Izzah yang berada di belakang Ayaaz. Dia sanggup tebalkan muka dia demi mendapatkan lelaki ini.

Ayaaz memejam matanya rapat sebelum dia mengalihkan tubuhnya ke belakang semula.

"Cukup Izzah! Aku takkan duakan isteri aku." ujar Ayaaz lalu dia berjalan menuju ke kaunter semula. Malas hendak layan perempuan ini.

Buk!

Buk!

Buk!

Berkali-kali stereng kereta itu ditumbuk kuat. Nampaknya Izzah memang bertekad untuk mendapatkan Ayaaz. Sakit hati! Dia sakit hati mendengar perbualan suaminya dengan Izzah.

Ya, dia mendengar semuanya.Tujuan dia singgah di situ , hanya untuk bertemu dengan suaminya. Dia ingin mencari kekuatan dari Ayaaz setelah kejadian pagi tadi membuatkan hati dia rapuh. Daddy mula bencikan dirinya.

Persoalan yang bermain di fikirannya, bagaimana Izzah boleh tahu tentang peristiwa silam itu.

"Arghh!" Stereng kereta itu ditumbuk sebelum dia melabuhkan dahinya di situ.Peristiwa yang hampir memusnahkan hidupnya  menyerbu semula di fikiran.

Setahun yang lalu,

Tote bag yang berada di kerusi sebelah dicapai sebelum dia memasukkan semua barang tersebut ke dalam beg itu. Dia hanya seorang diri di dalam kelas memandangkan semua sudah pulang. Dhuha?Awal-awal lagi dia sudah pulang katanya ada temu janji dengan keluarganya.

Langkah Alayna menuju ke lif . Sepi. Hanya dia seorang diri di sini.

"Kak!" Alayna menoleh belakang dan kelihatan seorang gadis pendek berlari ke arahnya.

"Iye."

"Kakak kawan kepada Ayaaz Rifqi kan?"soal gadis itu dna perlahan-lahan kepala Alayna jatuh mengangguk.

"Kakak dah tahu ke yang kawan akak terlibat dalam kemalangan?" Terus membeliak mata Alayna mendengarnya.

"Dekat mana?"

"Jom saya bawakan akak ke sana!"

Setibanya di tempat kejadian...

Mata Alayna tidak lepas memandang sekeliling kawasan yang telah ditunjuk arah oleh gadis itu. Kosong . Sepi.

Hati yang ku kunci | CWhere stories live. Discover now