BAB 37

3.1K 225 28
                                    


Kepala Alayna ditarik lembut agar disandarkan di bahunya. Tangan mengenggam erat kedua tangan Alayna. Mezahirkan rasa tenang ke dalam diri pemaisuri hatinya. Dia tahu Alayna masih kecewa.

Hari ini mereka sudah sampai ke Malaysia. Dia menelefon Dhani untuk menjemput dia dan Alayna di airport.

"Macam mana bulan madu, bro?" Dhani kerling melihat pasangan sejoli itu melalui cermin kereta.

"Alhamdulilah semuanya okay. Thank you sebab tolong ambil aku," ucap Ayaaz. Dia pandang semula nelihat Alayna yang membuang padangan di jalan raya itu. Termenung jauh...

"No problem." Hairan Dhani, isteri Ayaaz hanya diam sejak tadi , lepas tu kerja mengelamun jauh je. Ke anak Ayaaz mengidam ikan temenung tak? Kena tanya Dr. Qafeel , memang begitu ke orang hamil.


"Beg nanti biar abang yang ambilkan..." tangan menahan bahu Alayna yang ingin menuju ke bonet. Ayaaz jatuhkan sedikit kepalanya tanda menyuruh Alayna masuk buat kali kedua.

"Terima kasih, Dhani..." ucap Alayna sebelum dia memboloskan diri ke rumah.

"Wife kau okay tak?"

"Okay je," Jawab Ayaaz, matanya ralit memerhati Alayna hingga bayang itu lesap dari kornea matanya.

"Nanti aku tanya Qaf, mungkin dia tahu kenapa isteri kau macam tu," kata Dhani serius. Ayaaz pandang pelik kepada Dhani. Dah kenapa nak tanya Qafeel?

"Tu isteri aku lah, aku lah yang tahu. Bukannya Qafeel." Bicara Ayaaz lantas mendapat ketawa dari Dhani. Cemburu betul mamat ni, orang nak tolong dia.

"Kau taknak masuk dalam dulu ke?" soal Ayaaz melihat Dhani yang tidak mematikan enjin. Dua bagasi besar itu dikeluarkan dari bonet kereta.

"Ada croissant tak?"

"Banyak cantik muka kau, itu pergi cafe umi lah!"

"Along!" Kedua lelaki itu memandang Nayla yang berdiri di hadapan pintu itu.

"Umi ajak kawan abang masuk..."

"Umi ke Nayla yang ajak?" seloroh Dhani ,dapat lihat wajah adik Ayaaz bertukar kemerahan.

"Tak payah usik adik aku, jom masuk..." lengan Dhani disiku Ayaaz. Kaki mengatur langkah menuju ke pintu bersama dua bagasi.



Mug yang berisikan susu suam itu dibawa untuk Alayna yang berada di bangku luar. Dia tahu Alayna sedang merenung ke rumah ibu bapanya.

"Alayna..." Bahu Alayna disentuh sebelum dia melabuhkan duduknya bersebelahan dengan menantunya.

"Umi tahu Alayna tengah bersedih. Tapi jangan terlalu bawa emosi ya. Kesian Alayna dan baby..." Diusap kepala yang berbalut tudung itu.

"Jangan pernah anggap dengan apa yang terjadi di dalam  hidup Alayna ini semuanya malang. Ini namanya ujian , setiap manusia akan merasainya. Yang berbezanya cara dan bentuk ujian itu dilemparkan. Jangan kecewa dengan diri Alayna ya, yakin dengan Allah , Allah telah rancang sesuatu yang terbaik untuk hambanya ini. Teruskan berdoa dan meminta kepadaNya,"

'Umi kenal mummy dan daddy macam mana, pasti ada sebab diorang lakukan semua ini...' gumam Naira dalam hati.

"Umi... Alayna nak peluk boleh?" pinta Alayna perlahan. Ketar la jugak! Tanpa membalas, terus ditarik tubuh Alayna ke dalam dakapannya.

"Jangan nangis sayang, Alayna ada umi, ada abi, yang penting sekali Alayna ada Allah dan suami," Naira tahu pasti ada sesuatu yang terjadi di London. Dia tidak mahu bertanya kepada Alayna, kerana tidak sanggup dia untuk melihat air mata menantunya ini jatuh lagi, nanti saja dia tanya kepada Ayaaz.

Hati yang ku kunci | CWhere stories live. Discover now