Tik! Tak! Tik!
Titisan-titisan darah yang jatuh ke dalam balang yang terletak di bawah katil yang tengah pesakit itu duduki, dia pandang dengan begitu asyik. Apa yang mengasyikkan sebenarnya? Kekerapan darah yang menitik itu? Yang kadarnya perlahan tapi steady?
Dia menghembus nafas lelah. Bahu terus jatuh menjunam. Buku nota yang dipeluk di bahagian dada, dieratkan. Kalaulah hidup dia ini ibarat darah yang bertitik itu? Perlahan tetapi steady. Bukannya pantas dan penuh dengan kejutan? Bukan satu kejutan. Malah kejutan demi kejutan sehingga suatu masa, dia lelah. Kalau boleh diibaratkan, satu balang yang berisi darah itu penuh akan melimpah keluar.
Melissa penat mahu menghadapi hari esok dan seterusnya. Tetapi tetap jua anak mata coklatnya masih setia mengamati titisan-titisan darah yang jatuh di dalam balang itu.
"So proper diagnosis for this patient is?"
Doktor Islah yang tengah berdiri setentang dengan Melissa, di tepi pesakit sedang bertanyakan soalan. Tak lain dan tak bukan soalan tersebut ditujukan kepada Melissa yang masih asyik dengan titisan darah.
"Melissa?" tanya Doktor Islah lagi. scalpel yang berada di tangan kanan Doktor Islah pegun di udara. Pisau kecil itu tak mampu nak bergerak mahu menghiris kulit pesakit yang tengah terlentang di depan Doktor Islah. Semuanya? Sebab soalan yang belum berjawab dari Melissa.
"Lisa!"
Anis di tepi mula menyiku Melissa. Barulah anak mata coklat itu bergegar. Sudah tidak statik dan hanya tertumpu kepada titisan darah tadi.
"Doktor Islah tanya soalan." Bisik anis di tepi. Anis dengan muka cuaknya walaupun mereka bertiga memakai topeng muka. Sebab? Mereka sekarang tengah berada di bilik bedah. Topeng muka adalah peraturan yang wajib dipatuhi.
"Ap...apa yang.....sekejap doktor tanya saya apa ya tadi?" tergagap-gagap Melissa cuba bertanya balik kepada doktor islah. Anak mata naik mengamati pisau kecil yang pegun di udara.
"Awak ingat saya astro?" balas doktor itu balik. tak semena tiba-tiba ada bunyi orang gelak dalam bilik bedah itu.
"What?" Melissa yang blur hanya mampu menayangkan sepasang mata yang membulat terkejut. Raut wajah dia memang dah cuak sebab tak faham doktor cakap apa. dia pandang anis cari jawapan? Anis pula pandang nurse dekat tepi mintak jawapan.
"Saya tanya awak ingat saya ni astro ke?" doktor tanya lagi tu. Melissa dah mati kutu. Anis pula lambat bagi jawapan.
"Kenapa pulak doktor nak jadi astro?" baiklah. Melissa biarkan saja dia nampak bodoh di mata doktor tika itu. Sebab dia memang tak tahu pun maksud doktor.
"Awak tak tengok tv ke dekat rumah?" alamak! Astro yang ini ke? Bila doktor sebut tv baru Melissa dapat idea. Dapat idea tentang apa yang berlaku.
"Astro yang dekat rumah lisa. Bukan astrocyte yang dekat dalam otak." Tak semena mena anis bisikkan jawapan dekat dia.
Melissa hembus nafas mengeluh. Tak terfikir pulak pasal astrocyte. At least kalau jawab macam itu tadi takdelah nampak bodoh sangat depan doktor. Melissa sengih sumbing.
"Oh, saya ada je tv doktor. Cuma apa kaitan astro dalam soalan doktor?" betul jugak. Yang nurse semua ni boleh gelak acah tutup muka yang dah kena tutup dengan topeng dah kenapa? Asal Melissa dengan anis je yang nampak blur?
"Mesti dah pernah tengok siaran ulangan kan dekat tv?"
Melissa angguk.
"Selalu?"
Kali ini, susah pula nak angguk dengan cepat. Tapi tetap jua Melissa angguk.
"Patutlah bila saya tanya soalan tadi awak tanya saya balik. awak dah selalu sangat tengok siaran ulangan dekat rumah."
YOU ARE READING
Harga Sebuah Kemaafan
RomanceBila kita rasa apa yang jadi dekat orang tak akan jadi dekat kita? Percayalah tuhan mendengar apa yang kita monolog dalam hati. Sebab doa tiada batasan. Lagilah doa oleh orang yang teraniayai. Melissa. Atau lebih dikenali dengan panggilan lisa. Pel...