#2

31 0 0
                                        

Menghampiri kaunter di wad surgery, Melissa menghempas file yang berada di tangan. Sampai terkejut akak nurse yang tengah duduk menaip di kaunter tersebut.
"Awak ingat ni dapur rumah awak ke? Nak main hempas macam itu?"
Tengok kan dah kena tegur? Melissa hanya diam kemudian dia senyum kekok. "Sorry."
Selepas dia meminta maaf, akak nurse itu hadiahkan dia jelingan tajam. Nampak gaya dia kena berambus cepat ni.

Tapi, dia angkat tangan kiri. Mahu melihat jam. Mana Aqil? Tadi kata nak jumpa selepas operation? Aqil Imran. Selain anis, dia ada seorang lagi sahabat baik. Aqil
Imran. Yang selalu ada di sisi dia sejak 3 tahun ini. Bersama anis.

Kemudian dia dapat idea. Dia mendekat ke arah kaunter tadi. Ke arah akak nurse tadi.
"Nurse nak tanya sikit boleh tak?"
Nurse tadi jeling. Jeling tapi sambil angguk. Melissa tersenyum kemenangan.
"Apa?"
"Boleh tak check operation Dr. Sharul dah siap ke belum?"
"Kat sini dia tulis dah siap."
"Okay, thank you."

Kalau dah siap maksudnya, Aqil dah terlepas lah. Habis mana pergi dia ni?

Melissa meronda di sekeliling ward surgeri, Aqil tak ada. Kemudian dia pergi café, tak ada juga. Sebab mereka sepatutnya dinner sekali selepas pembedahan. Dan tak lupa yang mereka oncall sekali malam ini. Dah sampai Café pun tak ada juga, kemudian dia cuba pergi emergency department.

Sebab? Aqil biasanya suka lepak dekat sana. Entah apa yang dia suka lepak, tapi kalau Aqil hilang memang dekat situ dia dengan anis cari.

—————————————

Melissa menapak ke ruangan emergency. Dia pandang kiri tak ada orang. Dia pandang kanan pun tak ada. Melissa mara mahu menghampiri seorang nurse, tapi terbantut. Ada bunyi kecohan datang dari suatu arah. Apa yang bising sangat ni?

Kebiasaannya emergency department memang bising. Tapi bising yang dia dengar ini ibarat bising manusia bertengkar. Bukan bising siren ambulans.

Dia mara ke suatu lorong dan matanya membulat!
"Aqil!" di bukaan pintu tersebut, Melissa menjerit nama aqil. Macam mana dia tak menjerit? Aqil tengah menjadi orang tengah. Dengan baju dia ditarik dari sisi. Kanan dan kiri. Dan tak lupa rambut dia juga ditarik dari atas. Aqil boleh masuk ICU kalau macam ini!

"Lisa!"
Melissa mendekat dengan wajah risau dan panik.
"Lisa! Lisa! Kau kena tolong aku! Diorang berdua tak nak lepas ni!" jerit Aqil yang tengah meminta tolong. Orang ramai hanya mampu menonton dan menyokong. Apa masalah punya pesakit macam ini? Pakcik-pakcik tua dekat satu penjuru tengah main kad judi. Orang muda dekat suatu sudut tengah bersorak dengan pergaduhan yang tengah berlaku. Nurse semua takut. Takut nak masuk campur. Melissa geleng kepala. Melissa bercekak pinggang.
"Bagi aku tarik kau dulu!" itu adalah plan utama Melissa. Harapnya dengan menarik Aqil dapat meleraikan pergaduhan itulah. Sebab Aqil adalah orang tengah.
"tak! tak! kau kena tarik yang baju kemeja putih ni dulu." Arah Aqil.
"Kenapa? Kau yang teruk sekarang ni Aqil!" bantah Melissa pula.
"Kau tengok baju dia dah tak nampak putih. Dah nak merah tu. Aku takut dia kena trauma ke. Baik kau tarik dia dulu." Terang Aqil panjang lebar walaupun diri dia dalam perang.

Melissa diam sekejap. Aqil ni, dalam keadaan genting macam ini pun masih fikirkan keselamatan orang lain?

Baiklah. Melissa angguk mengiyakan. Dia mara ke kanan aqil. Lelaki berkemeja putih, Melissa tak dapat nak assess mana-mana bahagian untuk dia tarik lelaki itu. Kepala lelaki itu pula entah dalam dakapan siapa. Dakapan tangan Aqil atau dakapan tangan pihak lawan. Yang pihak lawan pun satu, agresif semacam je? Melissa hembus nafas. Kemudian dia mara dan menarik pinggang lelaki berkemeja putih. Hanya itu jalan yang ada. Memeluk lelaki itu dari belakang. Macam mana dengan Batasan? Melissa teragak nak memeluk tapi, kalau bukan dia, takkan nak harapkan nurse dengan pesakit yang tak berguna ini semua? Dia pandang sekeliling. Semua tak ada guna.

Batasannya adalah, ini adalah keadaan terdesak. Maka hukumnya harus. Maaf, Melissa kena buat hukum dia sendiri.

Tapi saat pipinya menampari belakang badan lelaki berkemeja putih, kenapa ada satu rasa familiar yang berlegar-legar? Seakan-akan dia kenal orang yang dipeluk itu. Tapi siapa? Abah? Hanya Abah orang yang dia pernah peluk. Mahram dia.
"Tarik lagi lisa! Kuat lagi!" arah Aqil.
"Tak payah nak tarik si bodoh ini lah!" kata si baju merah pula.
"Bodoh? Bodoh kau panggil aku!" balas si baju putih.
"Sebelum kau orang berdua berbodoh-bodohan, bagi saya tarik awak dulu!"
Lalu Melissa tarik lelaki itu. Dan terlerailah pergaduhan di antara tiga orang itu.

"Auch!"
Tak semena-mena punggung Melissa pula yang menghentak lantai keras milik hospital. Dan tak lupa lelaki berkemeja putih juga.
"Awak okay........." belum habis ayat melissa. Suara lelaki itu tiba-tiba terdengar di corong telinga.
"Melissa."
Melissa pegun. Dia berpaling ke tepi. Mahu memandang lelaki itu.
"Aliff." Balas Melissa pula. Sambil menelan liur yang terasa amat amat kesat mahu menuruni esophagusnya.

Dan kali ini, mereka bersua muka. Melissa tanpa topengnya. Dia merasa sangat terdedah. Dan yang paling merisaukan dia sekarang adalah, Aliff Iskandar.

Harga Sebuah KemaafanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang