#3

33 0 0
                                    

Melissa cepat-cepat bangun dari duduknya. Dia bangun dan mengebas punggungnya dari habuk. Kemudian dia mara ke arah aqil. Dan lelaki berkemeja merah. Bersama raut wajah pucatnya. Mereka berdua juga turut jatuh terduduk. Aliff? Aliff Iskandar tidak dihiraukan.

"Aqil, aku...aku kena pergi dulu. Kau settelkan pergaduhan ini cepat-cepat okay?" tergagap-gagap Melissa.
"jap! Lisa bukan kau macam berkobar-kobar kan tadi nak tolong aku!" Aqil dah merayu. Dengan muka nak menangis dia. but it can't be helped. Dia sekarang tengah bernafas dalam udara yang sama dengan lelaki itu. It is taboo. For Melissa.
"I have to go!"

Kemudian Melissa berlalu pergi. Sehingga tangan dia ditarik sekali lagi. Dia pejam mata dan berpaling memandang orang yang menarik pergelangan tangan dia dari belakang. Sebab dia tahu siapa yang menariknya itu.

Sakit. Cengkaman di pergelangan tangan itu sakit.
"Buka mata kau." Tegas dan saksama. Betul, inilah Aliff Iskandar yang dia pernah kenal.
Melissa diam lagi.
"Aku kata buka mata kau!" jerkah Aliff.
Terhenjut bahu Melissa dengan jerkahan itu. Entah kenapa dia rasa semua mata dah bukan dekat Aqil dengan lelaki berkemeja merah itu lagi. sekarang semua tumpuan tertumpu ke arah dia. dia dengan lelaki ini. Lelaki berkemeja putih

Yang tengah merenung tepat ke dalam anak mata dia. Melissa meneguk liur yang dirasakan kesat mahu menuruni esophagus dia. Melissa tak berani nak berpandangan mata dengan Aliff. Jadi dia menunduk.
"This is where you have been? All this time?" tanya Aliff.
Melissa diam. Tak nak jawab. Bersama muka yang pucat dan bibir yang bergetar.
"Answer my question or I will kiss your pale lips." Muka yang menunduk mula naik memandang wajah lelaki itu. Macam mana dia tahu yang muka Melissa pucat?
Buat seketika Melissa berfikir. Aliff Is kalau dia kata dia akan buat, maka dia akan buat.
"ya." Jadi Melissa jawab. Dengan hanya sepatah ayat yang keluar.
"Tiga tahun kau lari, hanya dengan bersembunyi dekat hospital ini?" ada nada sinis di hujung pertanyaan Aliff. Apa yang dia cuba nak tanya?
"Kenapa?" Melissa berani bertanya. Walaupun dah berapa kali dia telan liur dan gigit bibir.
"Hospital lisa? Kau takut sangat ke dengan aku? In case aku dayus dengan kau? Cederakan kau? Itu yang kau fikir?" Crap! Aliff Iskandar memang tak pernah berubah!

"Apa?" Mata Melissa berkelip-kelip sebagai reaksi dengan ayat yang dituturkan oleh Aliff sekarang.
"Hospital sebagai jalan selamat?" balas lelaki itu, dengan nada sinis.
"Kenapa bukan balai polis?" dan dia membidas Melissa tanpa henti.

Aliff menarik Melissa mendekat bersama dengan cengkaman di tangan Melissa yang masih belum dilepaskan.
"Kenapa doktor dan bukan pegawai polis? You can do that much. You are an excellent student lisa." Melissa boleh merasa nafas Aliff menampari mukanya. Nafas marah dan bara api dendam.
Melissa tarik nafas sedalam yang mungkin. Kerana apa yang bakal dia katakan nanti, tak akan dia tarik balik. tak kisah apa yang Aliff nak buat dekat dia.

Baiklah, ini adalah diri yang dia dah bina selama 3 tahun. Jadi, dia tak mahu jadi Melissa yang 3 tahun yang lepas. Melissa kumpul kekuatan yang ada. Dia tarik dan hembus nafas. Berulang kali sehingga dicelah oleh Aliff.

"Kau ingat ni therapy session?" aliff memperlekehkan diri dia. Melissa cuba bertahan. Menahan marahnya.
"Why not? Because you are the patient. Not me." Balas Melissa. Bergetar suara dia. sebab ini kali pertama dia melawan Aliff Is.
"Talk back?" aliff senyum sinis. Sambil mengemaskan lagi cengkaman di tangan.
Dahi Melissa berkerut. Berkerut kerana menahan sakit. Dan bibir berdesis menahan pedih.
"Sa....sa....sa...sakit." adu Melissa.
Kemudian Aliff terbatuk-batuk sedikit. Cengkaman di tangan juga bagaikan magik, tiba-tiba sudah tidak ketat.
"Don't talk back unless you want your wrist safe." Balas Aliff. Dalam intonasi yang dikawal. Kemudian cengkaman itu dilepaskan terus.

Melissa pelik. Untuk seketika dia rasa Aliff, kasihan dengan dia.
"Awak kasihan dengan saya?" perlahan tutur kata Melissa tapi mampu didengari oleh lelaki itu.
"Jangan perasan lisa. You don't deserve my sympathy. At all." Dan sekarang lelaki itu kembali dingin.
"Jadi jawab soalan aku sekarang."

Berbalik kepada soalan tadi. Melissa usap dan pandang pergelangan tangan dia yang semakin kemerah-merahan itu. Dia kumpul tenaga yang ada. Kemudian dia angkat kepala mahu memandang lelaki itu.

"Supaya kalau suatu hari nanti pisau scalpel saya ditakdirkan untuk menghiris kulit awak, percayalah I won't even flinch in order to kill you Aliff. With my own hands." Kemudian dia hembus nafas. Nafas lega.

"And..... Of course, without getting myself a sue." Perlahan tapi Melissa dah pastikan telinga Aliff mampu menangkap tutur kata dia itu.
Kemudian Melissa berpaling mahu pergi.
"Stood there! Jangan gerak Melissa!"
Baru 3 langkah, Melissa berhenti berjalan. Apa lagi? dia pejam mata. Punyalah susah dia cuba melawan kemudian berpaling mahu lari. Tapi suara Aliff mematikan tindakan dia pula?

Bunyi tapak kaki Aliff mara menghampirinya dari belakang. Kemudian Melissa berpaling untuk menghadap dia. kali ini bukan dengan bibir dan muka pucat. Tapi dengan muka yang dah garang.
"Dah berani sekarang?"
ragu ragu Melissa angguk.
"So, what do you learn? Martial arts? Karate? Taekwondo?"
"Huh, you wanna fight with me aliff?" cabar Melissa.
Tapi aliff, malah tersenyum sinis pula dekat dia.
"No. I don't want to fight you."
"What does that mean?" Melissa berkerut dahi tak faham.

Kemudian Melissa terasa dagu dia disentuh halus dan muka dia diangkat ke atas. Tiba-tiba muka aliff yang tadi berada satu kaki dengan dia sekarang sudah tiada jarak. Bibir dia dipagut oleh Aliff.

Satu saat. Hanya satu saat ciuman itu berlabuh dan semua orang dekat kawasan emergency department sudah bersorak keriangan.

Melissa terbuntang mata apabila mata dia melihat seraut wajah Aliff. Wajah Aliff Iskandar dengan senyum sinisnya selepas lelaki itu menciumnya di hadapan khalayak ramai. Termasuk Aqil.

Aliff berpaling mahu pergi dari situ.
"Aliff Iskandar Ahmad Hamdan!" teriak Melissa. Sekarang giliran Melissa mahu menghentikan lelaki itu daripada pergi pula.
Lelaki itu berpaling.
"Oh, so you are the doctor huh? Yang kononnya tak suka disentuh sembarangan?" lelaki itu mengejek dia pula.
"And what about you bastard?" balas Melissa balik dengan garang.
Wajah aliff pun turut berubah.
"Bastard?"
Mesti Aliff tak sangka akan dilabel bastard.
"you got yourself a girlfriend but cannot even divorce me?" lawan Melissa. Dengan suaranya yang agak kuat. Dia yakin semua orang kat situ boleh dengar.
"This is not dayus, Aliff. This is egoistic. Pentingkan diri sendiri."
Kemudian Melissa berlalu pergi dari situ. Meninggalkan aliff dimalukan di hadapan khalayak ramai termasuk aqil.

Harga Sebuah KemaafanWhere stories live. Discover now