Tapak kaki kuda milik Delaila, tiba juga di penghujung hutan belantara.
"Finally, we're here, Andra." Bisik Delaila sambil mengusap kudanya.
Di hadapannya kini, terbentang satu padang yang luas. Jauh dari tempat Delaila berhenti, matanya memanah pada pintu gerbang Kota Ace.
Tembok Kota Ace yang tinggi, dengan menara kawalan yang bersusun pada bahagian atas, sungguh memperlihatkan suasana bahawa Kota Ace adalah sebuah kota paling maju pada masa itu.
Berbeza dengan kota yang lain, yang masih belum ada kemajuan. Bahkan, masih ada yang dijajah oleh pasukan perang daripada kota lain.
"Ini masanya untuk kita berlibur!" Ujar Delaila sendirian lagi. Bibirnya terukir sengihan.
Tak sabar untuk berehat-rehat. Wang emas sudah banyak. Akan rasa kaya dirinya untuk beberapa hari ke depan!
Tali pemicu kuda, ditarik perlahan agar Andra mara dengan kawalannya yang perlahan dan santai.
Dia sudah tiba, jadi dia hanya perlu menikmati masa ini.
Dari jauh, Delaila sudah melihat pintu gerbang yang besar untuk masuk ke kota berkenaan. Terlihat sibuk walau teratur.
Di sepanjang laluan utama gerbang, para pengawal sedang menjalankan tugas dengan memeriksa barangan setiap mereka yang melalui di situ.
Pelbagai jenis kenderaan turut keluar masuk dari laluan itu. Kereta berkuda, penunggang kuda dan pejalan kaki.
Mungkin para pedagang, mungkin juga orang luar yang berdekatan Kota Ace.
Termasuk dia, pengembara dari jauh.
"Berhenti. Kami nak buat pemeriksaan." Ujar seorang pengawal bertugas ketika giliran Delaila melalui gerbang itu.
Delaila turun dari kuda. Membenarkan diri, kuda dan barang yang dibawanya untuk diperiksa oleh pengawal.
Bila pengawal membuka guni yang disangkutkan pada kuda, dan satu pedang kelihatan, Delaila senyum.
"Ini punya kau?" Tanya pengawal itu. Dia hanya melihat tanpa mengambil, kerana sudah berbalut kemas dengan kain.
Lagipula, tujuan utama pemeriksaan itu hanyalah untuk memastikan tiada penyeludupan rempah dan barangan makanan terlarang. Itu sahaja. Ianya tidak termasuk untuk senjata seperti pedang. Lebih-lebih lagi hanya satu, bukannya kuantiti yang banyak.
"Ya, aku yang punya." Kata Delaila. Walhal, pedang curi.
"Okey, baik. Jalan." Arah pengawal itu seraya menepuk pinggul kuda supaya bergerak.
Delaila terus menarik tali kuda untuk mengikut langkahnya apabila selesai diperiksa. Di akhir pintu gerbang, dia membayar cukai masuk kerana baru pertama kali sampai ke Kota Ace. Tak sangka pula dikenakan bayaran!
Zaman cukai. Tak habis-habis cukai! Cukai hanya menindas orang bawah yang miskin. Petani, peladang, buruh. Semua orang bawahan merana oleh sebab sistem cukai yang dikuatkuasa!
Bila sahaja Delaila sudah pun melepasi pintu gerbang, pandangannya terlihat teruja.
Keriuhan dan kesibukan suasana telah menjadikan kawasan itu 'hidup'.
Mungkin inilah pasar Kota Ace. Tempat betul-betul terletak di awal masuk pintu gerbang.
"Fiwwittt!"
"Hai, si cantik!"
"Hai, dewi cantik!"
"Wow, bidadari!"
Delaila hanya senyum nipis ketika dia disapa dengan teguran-teguran yang begitu. Sudah biasa.
![](https://img.wattpad.com/cover/272250115-288-k463864.jpg)
YOU ARE READING
IMMORTAL DELAILA: THE DUCHESS OF ACE
AventureBismillah. . Yang mulia itu, dia. Yang marhain itu, aku. Yang kaya itu, dia. Yang miskin itu, aku. Tapi, Yang lemah itu, dia. Yang kuat itu, aku. Yang takut itu, dia. Yang berani itu, aku. . . Kata orang, setiap pasangan itu saling melengkapi. Tak s...