𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟒

9K 796 20
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| POV 1 |

Sudah hampir tiga hari aku berada di tempat lelaki asing ini. Mataku melilau memerhati bilik yang menempatkanku itu, bosan. Sekejap aku masuk ke dalam bilik mandi, sekejap ke balkoni dan akhirnya aku hanya duduk bersila di atas katil sambil bebola mataku sibuk meneliti ruangan bilik tersebut. Aku tidak berani untuk keluar dari bilik walaupun tiada siapa yang menegahku daripada keluar. Lelaki yang mula-mula aku jumpa itu pula sudah lama tidak dilihat, entah ke mana pergi pun aku tidak tahu.

Luka tembakan dibahu aku itu sudah kering tetapi tidak sepenuhnya, masa makan mesti Kak Lin atau nama panjangnya Linda yang akan hantarkan untuk aku. Aku capai tudung sarung berwarna hitam dan aku sarungkan pada kepalaku, buku nota kecil dan juga pensil turut aku bawa.

Aku menapak mendekati pintu sebelum aku pulas dengan perlahan tombol pintu tersebut. Kepala aku jegul keluar sedikit untuk melihat keadaan di luar bilik itu. Melopong luas mulut aku apabila melihat ruang rumah itu, sangat besar dan mewah. Dengan perlahan, aku menapak keluar dari bilik tersebut sebelum pintu ditutup. Mataku melilau memerhati hall tingkat ini. Ya Tuhan! Dah macam istana besarnya! Ah hiperbola betul!

"Woah."

Aku dengan perlahan menapak menuruni anak tangga satu per satu. Sesampai sahaja di tingkat bawah, aku melihat rekaan di ruangan tersebut dengan penuh teliti. Sangat kemas dan cantik, dengan cat dinding yang bertemakan warna grey black sangat sesuai dengan perwatakan lelaki beriris biru kehijauan yang aku jumpa itu. Misteri dan mengerunkan.

"Cik Humaira?" Aku sedikit tersentak apabila suara Kak Lin menyapaku dari arah belakang, lekas-lekas aku mamalingkan tubuh memandang Kak Lin. Aku tersenyum kekok melihat Kak Lin yang hanya tersenyum nipis kepadaku itu. Aku keluarkan buku nota kecilku dan pensil sebelum aku tulis sesuatu dan terus aku tunjuk pada Kak Lin.

Aira bosan duduk atas sebab tu Aira turun.

Aku tersengih lebar, sebelah tangan dibawa naik untuk menggaru kepalaku yang tidak gatal dengan perlahan. Aku menunduk menekur lantai. Kedengaran gelak kecil dari Kak Lin menyebabkan aku terus mengangkat kepala kembali.

"Tak pe la tu. Kak Lin baru nak masak ni. Cik Humaira pergi lah jalan-jalan tengok sekeliling rumah Tuan Dylan dulu. Tapi jangan keluar tau." Kak Lin tersenyum manis sebelum berjalan ke dapur semula, aku dengan pantas mengikut langkah Kak Lin ke dapur. Rekaan di dapur juga sangat menarik. Luas.

Aku cuit lengan Kak Lin menyebabkan dia memandang ke arahku sambil menjungkitkan kening. Aku tulis sesuatu di dalam buku nota kecilku.

Tuan Dylan ke mana Kak Lin?

Kak Lin tersenyum membaca soalanku sebelum kembali berpaling membelakangiku, aku melihat Kak Lin yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk. Dia memalingkan wajah memandang aku dengan senyuman.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇 Where stories live. Discover now