Sejurus sahaja mereka sampai di dunia baru tersebut,mereka mengambil gambar dan terus menerokai tempat tersebut.Namun tiba-tiba sahaja...
"ehh korang tahu jalan tak?"tanya Randy.
"Soalan apa kau tanya ni,mestilah kitorang tak tahu"balas Zack.
Mereka bertiga tersesat selama lebih kurang hampir satu jam dan tidak jumpa jalan keluar.Pokok-pokok di sana juga sangat tinggi dan tebal sehingga tidak nampak langit.Runa cuba memikirkan jalan yang mereka lalu tadi melalui fikirannya.
"okay bertenang,biar aku fikir jap..kan kita dari atas bukit tadi so kita just kene pusing jelahkan sampai jumpa penghujung hutan ni..kita dah pusing so terus jelah."hujah Runa.
Namun Zack masih tidak berpuas hati.
"yelah,memang kita dah pusing gunung ni dan jalan terus tapi nak kat satu jam kita jalan terus tak jumpa-jumpa pun hujung hutan ni."
Mulalah Runa berkata yang bukan-bukan tentang hutan ini.Kemungkinan ada haiwan buas,tersesat selama-lamanya dan sebagainya.Namun Randy menenangkan mereka berdua sehingga mereka okay.
Tiba-tiba Mereka terdengar bunyi orang sedang berlari dan bunyi orang sedang menjerit,semakin-lama semakin kuat bunyinya.Mereka juga nampak ianya juga semakin dekat...sehingga ada dua orang yang keluar dari semak-samun di hadapan mereka sambil menjerit dan memandang ke arah mereka bertiga dan berkata:-
LARI!!!
Kemudian mereka terdengar satu ngauman yang sangat kuat sehingga meremang bulu roma mereka.
"Apa tu?"kata Runa dengan nada yang ketakutan.
Selepas itu keluar seokar haiwan yang seperti beruang namun bulunya berwarna biru dan ada bentuk segi tiga berwarna putih di dahinya.Beruang tersebut mengaum sekali lagi,Barulah mereka bertiga berlari ketakutan seperti dua orang tadi.
"Aku tak nak mati lagi!"Jerit Zack
Dalam mereka berlari dengan mengejut mereka di tarik kebelakang pokok yang besar.
"Shhh senyap,nanti dia dengar"kata orang yang menarik mereka tadi sambil meletakkan jarinya ke mulut.Kemudian beruang itu beredar ke tempat lain.
"Fuhh nasib baik sempat,korang ok tak?"Tanya lelaki tersebut kepada mereka bertiga.Mereka membuat isyarat ibu jari.
Dan kemudian baru mereka memperkenalkan diri mereka."Nama saya Randy,ini Zack dan Runa.Terima kasih sebab selamatkan kami."
"Nama saya Raito,Ini pulak adik saya Nirun kami dari Bandar Cahaya.Korang pulak dari mana?"Jawab Raito kemudian bertanya kepada Randy.
Randy tidak tahu hendak menjawab apa...dari dunia lain.Kemudian dengan spontan Randy menjawab."Kami dari dunia lain"
Zack dan Runa terkejut kerana Randy menjawab dengan berterus terang tanpa berfikir panjang.Namun yang lagi mengejutkan lagi jawapan yang diberi oleh Raito.
"Ouh okay,jadi awak masih baru di di sini.Patutlah saya nampak awak di atas bukit semalam"balas lelaki tersebut.
Zack berasa hairan mengapa mereka tidak terkejut,jadi dia ingin memastikan"Hei tunggu dulu,kami dari dunia lain.Takkan korang tak terkejut'tanya Zack.
Raito dan Nirun hanya tergelak kecil sambil melihat mereka selepas itu berkata"Kami akan terangkan nanti,Sekarang ikut kami ke rumah kami.Lagipun kat sini tak selamat sangat....korang pun nampakkan".Mereka pergi dari situ apabila keadaan sudah selamat.
Semasa dalam perjalanan Randy menceritakan apa yang terjadi apabila mereka sampai ke sini sehingga mereka tersesat di dalam hutan ini.
"Ouh sebab hutan ni bergerak macam nama hutan ni...'hutan berjalan'terang Raito."Hutan ni dia memang akan berubah arah termasuk dengan pokok,rumput,batu besar dan kecik serta tanah"Sambung Nirun pula.

YOU ARE READING
jam ke dunia lain
AventuraRandy seorang budak sekolah menyelamatkan seorang pakcik tua daripada kecelakaan jalan raya dan mendapatkan segelang jam tangan.Dia terkejut dengan apa yang jam itu boleh...