Selepas kejadian yang terjadi semalam,dia merancang hendak memberitahu Runa dan zack tentang jam dan tempat tersebut.Dia bangun daripada tidurnya kemudian bersiap serta bersarapan pagi dan terus pergi ke sekolah dengan dihantar oleh ayahnya.tidak lama kemudian dia sampai ke sekolahnya namun sebelum dia keluar dari keretanya,ayahnya menasihati Randy supaya belajar bersungguh-sungguh,dia hanya mengangguk sahaja.
Dia turun dari keretanya lalu terus berjalan pergi ke kelasnya.Sampai sahaja di dalam kelas,dia meletakkan begnya lalu pergi melihat jika Zack Dan Runa sudah sampai.Seperti yang dijangka mereka sudah sampai namun mereka tiada di dalam kelas mereka."mm diorang gi kantin rasanya".lalu Randy pun pergi ke kantin untuk melihat mereka.
Dari jauh dia sudah boleh nampak kelibat Dua beradik tersebut yang sedang makan lalu Randy terus menegur mereka.Randy duduk bersama sambil berbual-bual kosong dengan mereka sehingga dia lupa hendak memberitahu mereka tentang kejadian semalam.namun perbualan mereka diganggu oleh sekumpulan pelajar.
"Wow apa Kita ada kat sini,budak lembab ni lagi.heh dah lembab tu asal kat sini lagi..pergilah balik rumah,hahahaha."
Kata pelajar bernama ken sambil ketawa diikuti oleh kawan-kawannya.Pada mulanya mereka bertiga mahu menghiraukan kata-kata Ken tersebut namun Randy membalasnya.
"Sebab aku lembablah aku datang sekolah,takkan tu pun kau tak tahu.Sekolah tempat belajarkan.kan?"balas Randy
Tiba-tiba satu penumbuk hinggap di mukanya sehingga dia terjatuh dari kerusinya.Randy menahan kesakitan yang dirasainya sambil Zack menolongnya untuk bangun.Kemudian Runa memarahi Ken kerana dengan tiba-tiba menumbuk Randy.
"Woi,kau dah kenapa tumbuk dia tiba-tiba!betullah apa yang dia cakap tu."Tengking Runa.
"Heh,tu pengajaran sebab lawan cakap aku"Balas Ken lalu beredar bersama-sama kawan-kawannya.
Semasa Ken hendak pergi,Zack hendak pergi ke arah Ken namun dihalang Randy sambil menggelengkan kepalanya"Aku tak nak nanti kau dapat masalah nanti,Biarlah dia tu."Kemudian Zack menurunkan tangannya.Randy baru saja teringat yang dia hendak memberitahu tentang hal semalam namun belum sempat dia hendak memberitahu,loceng berbunyi dan mereka pun balik ke kelas mereka masing-masing.Zack dan Runa memandang Randy dengan penuh kerisauan.
Tiba sahaja waktu rehat,Randy mengajak mereka berjumpa untuk bercakap tentang kejadian semalam.Lalu Randy pun mula bercerita dari mula hingga habis.Dia menyangka yang Mereka berdua akan tergelak namun sebaliknya yang terjadi iaitu mereka percaya dengan apa yang berlaku termasuk pergi ke dunia lain.
"Sebenarnya...apa yang berlaku dekat kau tu jadi kat kitorang jugak tapi lain sikit"Lalu mereka mengeluarkan jam yang mereka dapat.Randy sangat terkejut selepas itu menyuruh mereka ceritakan apa yang terjadi.
"lebih kurang satu jam selepas kitorang sampai rumah,ada seseorang datang kat rumah kitorang.Dia berdiri kat depan pagar rumah kitorang pastu tekan loceng pastu kitorang dua keluarlah tengok siapa tu sebab masa tu mak dengan ayah kitorang tengah rehat dekat atas jadi kitoranglah keluar tengok.Bila kitorang tengok,rupanya ada budak kecik,budak tu pakai baju tampal-tampal.Kesian kitorang tengok dia so kitorang pun tanya budak tu sebab dia datang,Pastu budak tu cakap dia lapar dan dia nak ubat untuk belikan ibu dia ubat.Aku pun berlari masuk dalam ambik apa yang ada lepastu bagi kat budak tu.Pastu budak tu tersenyum sambil cakap terima kasih pastu bagi kitorang jam ni dengan tiba-tiba.Tak sempat kitorang nak tanya lagi budak tu dah lari.Haa macam tulah ceritanya"cerita Runa dengan panjang lebarnya.
Kemudian Randy bertanya jika mereka sudah mencuba pergi ke dunia lain dengan jam tersebut.Mereka mengangguk kepala.Randy menadapat satu idea"wei korang,apa kata Kita jelajah tempat tu.Mana tahu ada Benda menarik kat sana."kata Randy dengan teruja.
Namun mereka berdua berpendapat sebaliknya"Entahlah Randy,aku memang nk pergi tapi risau.Yelah Kita tk tahu tempat tu Selamat ke tak,nanti kalau jadi apa-apa mak ayah Kita risau."Randy faham dengan apa yang dimaksudkan itu namun Randy tetap dengan pendiriannya.Selepas di pujuk,Akhirnya mereka sepakat hendak pergi ke sana selepas habis sekolah.
"okay nanti kita pergi sana lebih kurang pukul tiga macam tulah"
Tamat sahaja waktu persekolahan,mereka pulang ke rumah masing-masing.Kebetulan pula ibubapa mereka datang awal pada hari itu.Sampai sahaja Randy di rumahnya,dia terus bersiap untuk terus pergi ke dunia tersebut.Dia menukar baju dan membawa satu beg untuk ke sana,selepas itu dia terus pergi ke sana menggunakan jam tersebut.
Sampai sahaja di sana,dia terus melihat pemandangan dari atas cerun bukit tersebut yang membuatkan dia berdiri melihat buat seketika.Kemudian dia terus berpaling ke belakang dan duduk bersandar di bawah pokok yang ada di situ sambil membaca novel yang dia bawa dari rumahnya sementara menunggu kehadiran dua orang kawannya.
Dalam beberapa minit kemudian,dia ternampak ada cahaya yang menyilaukan matanya.Ternyata yang Zack dan Runa sudah sampai.
"wah,sempat lagi eh kau baca novel kau dekat atas sini hahaha.."tegur Runa yang baru sahaja sampai sambil ketawa kecil."
"Dah tu aku nak buat apa,lagipun aku takde benda nak buat so aku bacalah.Lagipun aku sampai awal tau."Balas Randy.
Zack hanya termenung melihat mereka berdua"Dahlah,jom pergi.Aku tak sabar ni."
Namun tiba-tiba Runa menyuruh mereka berdua berhenti sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.
"alang-alang kita datang sini apa kata kita tangkap gambar dulu buat kenang-kenangan,lagipun bukan semua orang boleh datang sini."
Mereka berdua hanya mengangguk.
"Baiklah 1..2..3..Ayooi"
"Ok dah nanti aku send kat korang"Kata Runa dengan terujanya sambil membetulkan pin rambutnya.
"Dah-dah,jom kita pergi sebab kita takde banyak masa.Nanti pukul lapan kita dah kene balik dah"kata Randy dan Zack dengan serentak.Mereka memandang antara satu sama lain sambil diketawakan oleh Runa.Kemudian mereka pun mulakan perjalanan mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nirun:kau ada nampak tak ada orang kat atas bukit tu?
Raito:merepeklah kau ni..susah tau nk naik atas sana,kita je tahu jalan rahsia
nak naik macam mana...Jangan-jangan ada orang tahu.
Nirun:Eh jom kita tengok nak....
![](https://img.wattpad.com/cover/352482198-288-k986331.jpg)
YOU ARE READING
jam ke dunia lain
AventuraRandy seorang budak sekolah menyelamatkan seorang pakcik tua daripada kecelakaan jalan raya dan mendapatkan segelang jam tangan.Dia terkejut dengan apa yang jam itu boleh...