Semalam,mereka bertiga pergi ke dunia lain bersama-sama dan mendapati ada sebuah Bandar di sana.Mereka bertiga juga terjumpa dengan dua orang adik beradik yang bernama Raito dan Nirun.mereka berdua membawa Randy,Zack dan Runa ke bandar tersebut yang bernama bandar cahaya.Mereka juga bertemu dengan seorang prof yang bernama Igio iaitu ayah kepada adik beradik tersebut,ayah mereka sangat berminat dengan jam pengembara tersebut.Dalam pada itu,mereka bersetuju untuk membuat perjanjian bagi menolong prof Igio dengan kajiannya tentang jam tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Wei,korang dekat mana?kita kene pergi jumpa Prof Igio untuk buat kajian dia ni."Kata Randy sambil menelefon Zack."Takpe,kau gerak dulu,lagi lima minit kitorang sampai"balas Zack.Randy menamatkan panggilan,dia mencapai begnya dan menghembuskan nafas"baiklah...jom"Randy menekan jamnya dan dia pergi ke dunia tersebut.
Sampai sahaja di sana,dia mendapati yang Raito dan Nirun sudah pun menunggu mereka di cerun bukit tersebut sambil memakan buah."Hai Randy,awak dapat rehat yang cukup?"Tanya Nirun selepas beberapa saat sahaja Randay sampai ke situ."yup,saya dapat rehat yang cukup walaupun baru balik dari sekolah."Jawab Randy."Kawan-kawan kau yang lain mana?"tanya Raito pula."Diorang lambat sikit,nanti diorang sampai"Jawab Randy.Kemudian mereka duduk bersama-sama melihat bandar cahaya dari atas cerun bukit tersebut."Dah banyak kali kami naik atas ni,kami tak pernah jemu tengok pemandangan ini."Kata Raito sambil tersenyum.
Beberapa minit kemudian,Zack dan Runa pun sampai,"Haa sampai pun"kata Raito."Maaf kami lambat,adik saya ni cari barang dia tak jumpa-jumpa.Tahu-tahu je ada dekat dalam bilik dia je"Kata Zack sambil Runa ketawa kecil.Tanpa berlengah,Mereka pun pergi ke rumah Prof Igio untuk menyambung kajian mereka tentang jam tersebut.
Sampai sahaja di rumah prof Igio,mereka terus pergi ke makmal untuk berjumpa dengannya.Sampai sahaja di sana,mereka mendapati keadaan di sana sangat gelap kerana lampu tidak di pasang,apabila Raito membuka lampu,mereka nampak yang begitu banyak barang di suatu sudut di dalam makmal tersebut.Di situlah mereka ternampak yang prof Igio tertidur di meja kajiannya bersama kertas kajiannya."Lahh ayah tertidur lagi,Kejap ye saya kejutkan".Kata Nirun
"Huaaa"Prof Igio menguap sambil menggeliat.Dia ternampak yang mereka bertiga telah pun sampai dan terus mengemas mejanya supaya kajian boleh dimulakan.Dia memakai cermin matanya lalu terus ke arah skrin besarnya."Baiklah kita akan bermula".Randy,Zack dan Runa meletakkan beg mereka lalu pergi ke arah Prof Igio serta anaknya juga.
"Seperti yang kamu semua tahu,Jam pengembara kali terakhir dilihat pada 30 tahun yang lepas.Selepas itu ianya hilang secara tiba-tiba dan tidak pernah kelihatan lagi selepas digunakan oleh pengguna terakhir,tapi segalanya berubah semalam dengan penemuan bukan satu tapi tiga jam tersebut."Cerita Prof Igio.
Mereka semua hanya mengangguk.
Sambungnya lagi"Jam ini mempunyai banyak kelebihan.Seperti namanya,ianya sesuai untuk digunakan ketika sedang mengembara.Seperti...boleh dijadikan senjata,boleh dijadikan alat mencari arah atau menjadi peta dan banyak lagi yang kamu akan tahu semasa kajian akan dimulakan nanti.Namun yang paling membuatkan jam ini istimewa ialah ianya boleh pergi ke dunia lain tidak kira betapa jauh pun ia."terang prof Igio.
"Mmm jadi selain dunia kami,jam ini boleh pergi ke dunia lain selain dunia ini"Tanya Randy,sifat ingin tahunya membuak-buak.Prof Igio mengangguk."Jadi,boleh kita mulakan sekarang atau kamu ada sesuatu hendak ditanyakan?"tanya Prof Igio.
Giliran Runa pula menggangkat tangan"apa penyebab Jam ni hilang tiba-tiba 30 tahun lepas?".Prof Igio menjawab"jujur saya cakap,saya tidak tahu.Ianya hilang secara tiba-tiba bersama penggunanya.Jangan risau,kalau saya sudah jumpa penyebabnya saya akan beritahu".Kata prof Igio kepada Runa."Kalau tiada apa-apa lagi,Mari kita mulakan."

YOU ARE READING
jam ke dunia lain
AdventureRandy seorang budak sekolah menyelamatkan seorang pakcik tua daripada kecelakaan jalan raya dan mendapatkan segelang jam tangan.Dia terkejut dengan apa yang jam itu boleh...