Dua hari sudah berlalu sejak kajian mereka bersama Prof Igio bermula.Mereka telah menolong Prof Igio untuk mendapatkan maklumat tentang jam tersebut.Mengikut perjanjian yang di buat oleh mereka,mereka boleh pergi bersiar-siar di bandar cahaya.Hari ini ialah hari minggu,Jadi mereka ingin meminta izin Prof Igio untuk berjalan-jalan di bandar cahaya.
"Aik,awal korang sampai harini."Tegur Nirun yang terkejut melihat Mereka bertiga tiba begitu awal daripada biasa."Nirun yang sedang menyiapkan sarapan untuk abang dan ayahnya berada di dapur."Hihi maaf sebab mengganggu,Kitorang datang ke sini sebab bercadang nak jalan-jalan kat bandar cahaya.Jadi kami nak mintak izin ayah kau dulu."terang Randy kepada Nurin sambil mereka meletakkan beg mereka di atas sofa.Mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil menunggu kehadiran Prof Igio."Korang duduklah dulu,sekejap lagi ayah aku turun.Masa-masa macam ini nanti dia turun lahtu.
Semasa mereka sedang menunggu,ada sesuatu yang menarik perhatian Randy di almari tersebut.Dia bangun dan melihat"Nirun,boleh aku tanya.Ini buku apa?"tanya Randy si ulat buku tersebut.Nirun mengelap tangannya lalu datang ke arah Randy untuk melihat buku tersebut."Ouhh ini buku catatan datuk kitorang...Ada macam-macam maklumat dalam buku tu pasal bandar cahaya yang datuk kitorang tulis."Kata Nirun kepada Randy.Nirun membuka almari berkaca tersebut lalu mengambil dan menyerahkan buku tersebut kepada Randy.Dia membelek halaman buku tersebut,agak tebal juga buku itu."mmm Hei Nirun,boleh saya pinjam buku ni?"tanya Randy.
"Aku ok je nak bagi kau pinjam tapi kau kena tanya ayah aku dulu sebab datuk kitorang bagi buku ni dekat dia,ini anatar barang yang dia tinggalkan untuk ayah kami."terang Nirun.
Beberapa minit kemudian,terdengar bunyi tapak kaki dan kelihatan kelibat Prof Igio sedang menuruni tangga."Selamat pagi Nirun,kamu bangun awal seperti biasa."Tegur Prof Igio kepada Nurin lalu mengalihkan pandangannya ke arah ruang tamu dan kelihatan tiga orang yang Duduk di atas sofanya."Wow,awal kamu sampai ye.Hmm kamu mesti nak jalan-jalan dekat bandar cahayakan."Tegur Prof Igio kepada mereka bertiga.Prof Igio sudah boleh menyangka tentang hajat mereka datang awal pagi ini tanpa mereka tanya kepadanya.
"Mmm yeah betul tu"Hanya itu yang di balas oleh mereka secara serentak sambil tersengih.
"Saya benarkan kamu keluar,lagipun saya ingat hari ini saya nak rehat sambil baca buku.Anak-anak saya akan temankan kamu bertiga tapi ingat...sentiasa jaga keselamatan kamu semua"Kata Prof Igio kepada mereka bertiga.Kelihatan wajah gembira mereka bertiga.
Nirun hanya tersenyum melihat ayahnya.
Perut Prof Igio berbunyi,menandakan yang dia sedang lapar"Apa-apapun,jomlah kita semua makan.Saya tengah lapar huhuhu...."mereka semua tertawa kecil.
Mereka semua bangun lalu pergi ke meja makan yang sudah terhidang makanan yang sedap di atasnya"Wah sedapnya bau"kata Zack.Mereka semua menarik kerusi lalu duduk.Apabila makanan sudah diletakkan di atas pinggan dan diberikan kepada semua orang,Randy orang yang pertama makan
"Wah sedapnya awak masak Nirun"Puji Randy yang sedang makan dengan seleranya."Baguslah kalau awak suka,ada banyak lagi"balas Nirun,pipinya kemerah-merahan sedikit.
"Mmm macam ada yang kuranglah"Kata Zack yang perasan sesuatu.Semua orang memeriksa makanan tersebut."Apa yang kurangnya? makanan ni sedaplah"Tegur Runa kepada abangnya.
Kemudian barulah Zack sedar"Mana Raito?"
Sejurus sahaja Zack sedar yang Raito Tidak ada bersama mereka..."Baaa"Jerit Seseorang di belakang Zack.Dia terkejut apabila Raito memeranjatkan dia dari belakang"Aku ada kat sinilah hihihi"Tegur raito kepada Zack sambil meminta maaf kepadanya"
Raito menarik kerusi lalu duduk bersama mereka"Korang tiga datang awal ni macam ada benda je"
Kemudian Nirun menceritakan rancagan mereka pada hari ini"ouh macam tu.Jangan risau,kami akan awak semua ke tempat yang menarik dekat bandar cahaya."kata Raito kepada mereka bertiga.
YOU ARE READING
jam ke dunia lain
AdventureRandy seorang budak sekolah menyelamatkan seorang pakcik tua daripada kecelakaan jalan raya dan mendapatkan segelang jam tangan.Dia terkejut dengan apa yang jam itu boleh...