Kring!....Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan pada hari itu.Semua murid bangun lalu mengucapkan salam kepada guru mereka dan keluar kecuali seorang pelajar.
"Randy,mari ke sini.cikgu ada benda nak cakap dengan kamu"
Randy datang ke arah cikgunya dengan laju
"kamu tahu tak apa salah kamu?"
Randy menggelengkan kepalanya
"Kalini je kamu dah tiga kali berturut-turut gagal dalam peperiksaan,apa nak jadi kamu ini?!"
Randy membalas
"Maafkan saya cikgu,saya akan cuba untuk lulus lagi lepas ni" Sambil kepalanya tertunduk.
"heh,alasan yang sama macam dulu!..dahlah pergi balik dan ulang kaji"
Randy berjalan keluar kelas sambil menundukkan kepala.Dia rasa sedikit terkilan dengan kata-kata cikgunya itu tapi dia faham mengapa dia di marahi,salah dia juga.Dia cuba melupakan perkara tersebut dan menaikkan kepalanya sambil berkata"ahh,relakslah"sambil tangannya di silang ke belakang kepala.Dia berjalan sehingga ke pondok pengawal tempat biasa dia menunggu ayahnya untuk pulang ke rumah.
Randy mengeluarkan sebuah novel dari begnya sementara menunggu kehadiran ayahnya tiba. walaupun dia antara orang yang tercorot di dalam kelasnya namun dia sangat suka membaca novel,lagi-lagi genre fantasi,pengembaraan dan percintaan,dia terlampau khusyuk membaca buku sehingga dia tidak perasan ada orang memanggilnya.
Randy...Randy...Randy.
Seseorang memanggilnya namun dia tidak sedar akan hal itu.
RANDY!!!
Jerit wanita itu sehingga Randy berpaling terus ke arah suara tersebut sambil bukunya menutupi kepalnya."Haih Kau ni,aku panngil banyak kali kau tak dengar.Tulah khusyuk sangat baca novel tu sampai aku panggil pun kau tak perasan"tengking Runa kepada Randy.Dia hanya membalas dengan muka yang tersenyum seperti orang yang tidak bersalah.
"Yow korang,aku dah sampai,sorry lama sikit aku beli air tadi sebab haus lepas latihan bola tadi.Aku dengar ada orang menjerit tadi"Tegur zack sambil menunjukkan sebotol air tenaga yang dipegangnya.Runa menunjukkan jarinya ke arah Randy yang meletakkan bukunya ke atas kepalanya.Zack sudah boleh faham maksudnya.
"Dia khusuk baca novel lagi eh?"Tanya zack.
Runa hanya mengangguk sambil Randy tersenyum seperti tidak bersalah.
Selepas itu mereka pun duduk bersama-sama sambil menunggu masa mereka pulang.
Semasa mereka sedang berbual-bual..."ouh yelah Randy,tadi masa aku nak lalu depan kelas kau aku nampak kau dah keluar tapi kau masuk balik.Kenapa eh?".Randy menceritakan kepada mereka sambil kepalanya tertunduk."lahh tkpe wei,jangan ambik hati sangat pasal benda tu.aku tahu kau boleh"kata Zack sambil menepuk-nepuk belakang kawannya."takpe wei, nanti kitorang tolong kau ulang kaji eh"tegur Runa pula memberi kata-kata semangat kepadanya.
Randy hanya mengangguk.Dia bertuah,walaupun dia tidak mempunyai ramai kawan namun dia mempunyai dua orang sahabat yang sentiasa ada bersamanya tak kira susah atau senang dan sentiasa menyokongnya.
Beberapa minit kemudian Runa dan zack pun pulang ke rumah mereka. (ouh lupa nak bagitahu diorang dua adik beradik....hihihi) mereka melambai antara satu sama lain.Kemudian Randy ke tempat duduknya dan sambung membaca novelnya.
sudah 30 minit dia menunggu namun ayahnya masih belum sampai,dia berasa bosan duduk di situ jadi dia duduk di perhentian bas yang ada di hadapan sekolah bagi memudahkan ayahnya untuk melihat dan mengambil dia nanti.
YOU ARE READING
jam ke dunia lain
AventuraRandy seorang budak sekolah menyelamatkan seorang pakcik tua daripada kecelakaan jalan raya dan mendapatkan segelang jam tangan.Dia terkejut dengan apa yang jam itu boleh...