Take #39

141 16 4
                                        

Jiro memarkir kereta di perkarangan hospital apabila telefon Maria berdering. Pantas Maria menjawab. Panggilan dari Brian.

"Hui dah lari dari hospital."

Serta merta wajah Maria bertukar tegang. Semalaman dia menemani Hui di wad, tinggal sekejap untuk shooting commercial advertisement pagi ini dan kini dia dapat berita Hui sudah hilang? Seriously?

"Then? Kau nak aku cari dia?" soal Maria mendatar tapi tajam di telinga Brian.

"..." Brian hanya mampu diam di hujung talian.

Maria mengeluh.

"Aku tahu dia kemana so let him be. Now move on to the next thing I asked last night. Did you guys find it?"

"Ya. Rex dah kumpul semua maklumat yang diminta." Kali ini laju Brian menjawab.

"Great. Jiro, kita ke villa."

+++

RegCare Centre

Hui duduk di sisi katil Puan Nara yang sedang nyenyak tidur. Menurut Ain, akhir-akhir ini Puan Nara banyak tidur dan kurang bergerak. Keadaan fizikalnya makin lemah, tidak seaktif dulu. Puan Nara juga sudah kurang bercakap. Dia lebih banyak diam dan termenung sendiri.

"Ibu, ibu tahu, baru-baru ni Hui jumpa diorang lagi. Diorang yang buli Hui masa sekolah dulu tu. Tapi apa yang buat Hui sedih adalah, bila nampak diorang, Hui jadi takut. Seluruh badan Hui menggigil. Lagi-lagi masa Hui jumpa dengan Dani." Air mata Hui menitik.

"Ibu...Hui tak kuat nak berdepan dengan diorang." Hui berkata sebak. Dia menunduk sambil menggenggam erat kedua lututnya.

"Maafkan Hui, ibu. Hui tak mampu jadi kuat macam yang ibu nak."

Tangisan Hui makin deras. Teresak-esak dia di sisi katil ibunya.

Tiba-tiba dia terasa ada tangan mengusap kepalanya. Laju dia menoleh ke arah ibunya.

Puan Nara yang tadinya tidur kini sedang tersenyum kearahnya.

"Hurul Iman, anak ibu. Kenapa menangis ni?" soal Puan Nara lemah namun tangannya masih tidak berhenti mengusap kepala Hui.

Mata Hui membulat. Dia menarik tangan ibunya kedalam genggaman tangannya.

"Ibu...ingat... ibu...ingat..." Hui hilang kata-katanya. Pandangannya kabur dengan air mata.

Ibu yang selama ini telah lupa akan kewujudannya kini sedang memanggil namanya dengan penuh kasih.

Puan Nara senyum segarit.

"Mari sini anak ibu. Peluk ibu."

+++

SHADOW HQ Villa

Maria sampai ke villa dan terus ke bilik computer Rex di mana Brian dan Rex serta Theo sedia menunggu. Freya masih di tempat kerjanya.

"Report." Arah Maria. Dia duduk bersilang kaki di kerusi.

Rex segera memaparkan 5 keping gambar lelaki beserta nama mereka di skrin computer.

"Empat orang ini adalah yang mereka yang keluar dengan Hui pada malam bos minta Theo ekori Hui. Dan yang ini adalah orang terakhir yang Hui jumpa sebelum dia ditemui pengsan di tandas mall tempoh hari." Kata Rex.

"Hubungan mereka dengan Hui?"

"Classmate." Jawab Rex dan dengan satu klik, terpapar satu gambar kelas. Di dalam gambar itu, di bahagian paling kiri, ada Hui yang dikelilingi mereka berlima. Mereka tersenyum lebar namun bukan Hui. Dari gambar itu, wajah Hui jelas ketakutan. Tangan kanannya juga berbalut dan sepertinya bersimen.

Love, Maria Anne ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang