"Buat apa tu?" bahu Aislinn terhinjut dek sergahan tiba-tiba itu. Bebola mata terus dibawa ke sebelahnya dengan renungan yang tajam."Ups. Sorry." Sengeh seorang lelaki sebelum mengambil tempat di hadapan gadis tersebut. Melalui matanya yang tajam, dia sempat melihat video yang dimainkan di dalam telefon Aislinn. Renungannya beralih pula pada kertas yang sedang dilipat itu. Walaupun belum nampak lagi hasilnya tetapi dia seakan mampu menembak apa yang rakannya itu ingin lakukan.
"Is that ... flower?"
Aislinn menjungkit sebelah alisnya tatkala mendengar nada terkejut itu.
"Kalau bunga pun, apa masalahnya?"
"Kau ... buat origami bunga? Kau?"
"Woi! Aku tahulah aku ni kasar sikit tapi tak ada masalah pun kan kalau aku buat origami bentuk bunga ni." Kertas yang lebih dikeronyokkan lalu dibaling pada remaja lelaki di depannya kasar.
"Memang tak ada masalah tapi ... Nampak pelik." Pipi yang terkena balingan kertas dari gadis itu diusap sedikit.
Mencerlung mata Aislinn pada ketika itu sekaligus membuatkan remaja sama umur dengannya berpaling ke tempat lain.
"Aku gurau sajalah." Gumamnya sendiri.
"Dahlah. Aku tak ada mood sekarang. Ini semua salah kau." Origami bunga yang tidak siap dihempas kasar ke atas meja dengan wajah yang berkerut. Baru tadi dia ada semangat nak melipat kertas untuk dijadikan origami, tapi bila datang sahaja makhluk Tuhan yang selalu menganggu ketenteramannya ini habis rosak mood dia sekarang.
Aislinn bangun dari duduk.
"Eh? Kau nak pergi mana?"
"Masuk kelas. Kejap lagi waktu rehat dah nak habis." Selamba sahaja Aislinn berkata sebelum beredar pergi.
"Habis tu, origami kau ni apa cerita?"
"Kau kemaslah!" Aislinn menaikkan nadanya bilamana dia semakin menjauh dari situ. Itulah, siapa suruh kacau dia semasa dia sedang membuat kerja kan dah kena suruh kemas. Gadis itu tersengeh jahat.
Remaja lelaki itu terkedu.
Apakah ...