BAB 3 👩‍⚕️👨‍🚒

117 13 0
                                    


"Hari ini hari terakhir kita." Bicara Avaline membuatkan Aislinn merenung ke sebelah lalu mengangguk.

"Nampaknya macam tu lah."

"Barang kau dah siap, Aislinn?"

"Dah. Kau?"

"Aku pun dah. Finally, kita pulang juga." Aislinn hanya tersenyum sahaja. Memang benar dia juga rindu untuk pulang ke tanah air tetapi hatinya sedikit sebak memandangkan dia terpaksa meninggalkan semua yang berada di sini.

Jujur, masa paling menyakitkan untuk Aislinn hadap adalah waktu perpisahan.

Hospital ini, kakitangan di sini hatta semua pesakit yang sudah dianggap sebagai keluarga di sini. Semua itu terlalu berharga buat Aislinn. Tetapi tanggungjawabnya tidak boleh diabaikan. Kedatangan mereka ke sini hanyalah untuk memberi bantuan sahaja. Kudrat mereka sebagai doktor masih diperlukan di tanah air tercinta. Jadi, mahu tidak mahu Aislinn kena tabah dalam menghadapi semua ini.

Laman hospital itu kelihatan sudah lapang. Segala khemah yang didirikan telah disimpan memandangkan tiada kegunaannya lagi di situ.

Aislinn akan rindukan suasana di sini nanti.

Redup sahaja mata doktor muda itu.

"Jomlah balik. Kita nak bersiap lagi sebelum pulang. Aku tak sabar nak jumpa mummy dengan daddy aku." Suara Avaline membuatkan Aislinn kembali ke dunia nyata. Tanpa berkata apa-apa, dia hanya bersetuju sahaja dengan apa yang Avaline katakan tadi.

"Doc-Doctor!" seorang kanak-kanak lelaki yang bertongkat mendekati Aislinn dengan tergesa-gesa. Melihat itu, Aislinn terus menegur.

"Be careful."

Budak lelaki itu berhenti sebelum menyungging senyum. Ayahnya yang turut berada di situ turut mendekati.

"How are you today, Rashad?" Aislin menyoal si kecil itu dengan ramah. Tubuhnya sudah menyamai ketinggian Rashad. Avaline yang berada di belakang hanya melemparkan senyumannya. Sudah masak benar dengan situasi ini.

Baik di Malaysia mahupun di negara asing. Tingkah rakannya itu masih tidak berubah. Sifat penyayang dan ramah Aislinn membuatkan gadis itu sentiasa disukai oleh pesakit-pesakit yang pernah dirawat olehnya. Kagum juga Avaline dengan Aislinn. Bukan mudah untuk kekalkan wajah manis tatkala kepenatan dan kelelahan menguasi diri tetapi Aislinn tetap layan mereka dengan penuh santun dan hormat.

"I am good!"

Retina Aislinn beradu dengan seorang lelaki dewasa yang mampir bersama Rashad. Aislinn kenal benar dengan lelaki itu.

"How about your wound, Abu Rashad?" Abu Rashad merujuk pada ayahnya Rashad di dalam Bahasa Arab.

"I'm fine. It looks like you will be leaving today."

"Yeah." Memandangkan kumpulan Aislinn merupakan kumpulan yang terakhir untuk pulang ke Malaysia, maka suasana yang sepi itu membuatkan Aislinn menjadi sebak.

Ahh ...

Dia janji untuk tidak menangis di sini.

Air mata yang bergenang membuatkan Aislinn mengosokkan matanya perlahan.

"Doctor. Here. For you." Sesuatu yang dipegang Rashad sejak tadi diberikan kepada Aislinn. Doktor muda itu tadahkan tangannya untuk menerima dan tatkala dia melihat hasil pemberian Rashad, tidak dapat tidak bibirnya melengkung lebar.

"It is for me?" Aislinn menyoal budak lelaki itu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah dirinya.

"For doctor." Rashad mengangguk beberapa kali. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya lalu diberi kepada Avaline.

DIHYAN AISLINN [C]Where stories live. Discover now