BAB 1 👩‍⚕️👨‍🚒

128 12 0
                                    


Di dalam firman Tuhan yang bermaksud :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'Kami beriman,' sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [29:2]

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang sedemikian), nyata apa diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." [29:3]

Keadaan di negara itu amat teruk. Dengan hujan lebat mengiringi hari-hari mereka di sini membuatkan kebimbangan menghurung jiwa setiap anggota. Kedatangan kumpulan mereka ke sini adalah bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan. Sebahagian besar negara itu sudah tidak mampu berfungsi secara baik dek tsunami yang menghentam secara tiba-tiba.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah menghantar beberapa anggotanya untuk memberikan bantuan. Segala bantuan makanan dan perubatan dibawa bersama untuk keperluan rakyat di negara itu. Angka kematian pula semakin lama semakin meningkat di kala misi mencari dan menyelamatkan dijalankan.

Situasi selepas tsunami, ditambah pula dengan keadaan hujan lebat yang tidak henti menjadikan misi mencari dan menyelamat agar sukar untuk dilakukan.

"Dr. Aislinn, we need you!"

Status di hospital juga tidak kurang gawatnya. Kapasiti pusat rawatan itu kini sudah mencapai tahap maksimum. Memandangkan hospital itu merupakan satu-satunya hospital yang berada paling dekat dengan kawasan yang dilanda tsunami, maka ia menjadi pusat tujuan semua pesakit. Baik yang parah mahupun tidak, semuanya dirawat di hospital tersebut sekaligus membuatkan semua kakitangan sentiasa sibuk merawat pesakit masing-masing. Boleh dikatakan, mereka langsung tidak sempat untuk minum mahupun berehat dek pesakit yang tidak habis-habis datang.

"Coming!"

Seorang gadis berkot putih berlari ke arah suara yang memanggilnya tadi. Kelihatan seorang budak dalam keadaan basah dan comot tidak sedarkan diri, terbaring di atas katil putih milik hospital. Di kakinya terdapat sebatang besi yang agak panjang.

"He's in a critical stage, doctor! We need to operate him." Bicara jururawat itu cemas. Miss Fitiya.

Beberapa khemah kecemasan telahpun dibuka di luar hospital untuk didiami oleh pesakit yang tidak mempunyai kecederaan serius. Manakala di dalam hospital pula sepenuhnya terisi oleh pesakit-pesakit yang serius dan memerlukan pembedahan segera. Disebabkan jumlah kematian juga semakin meningkat, maka satu lagi khemah khas telah didirikan di belakang hospital untuk mengisi mayat. Bilik mayat sudah tidak mampu menampung lagi angka kematian yang semakin tinggi dari semasa ke semasa. Oleh itu, langkah kecemasan perlu dijalankan dengan segera.

"I know, but the operation room is full for now." Begitu payah Aislinn hendak mengujarkan perkara itu. Baru sekejap tadi dia pergi menginjau bilik pembedahan. Dan kelihatannya semua bilik bedah sedang digunakan untuk kecederaan yang serius.

"How is it now?"

Aislinn memandang sekeliling.

Orang-orang yang tercedera dan memerlukan bantuan semakin bertambah. Dan dia juga dapat lihat beberapa orang rakan petugasnya yang kelelahan dek begitu asyik merawat pesakit tanpa sempat berehat di sekitarnya.

Hari ini akan jadi satu lagi hari yang panjang.

Doktor muda itu menarik nafas dalam-dalam. Wajah Miss Fitiya yang mempunyai kesan calitan darah di pipinya itu dilihat buat seketika.

"Go take the equipment."

"Huh? Wait. What are you going to do?" membulat mata Miss Fitiya mendengar arahan dari Aislinn.

"He will not survive if we wait. So we need to do surgery in here."

"Are you crazy?" ternaik nada jururawat itu.

"Well, it seems so. Right?"

Aislinn menebarkan pandangan ke sekeliling sebelum memberi arahan untuk memindahkan katil budak tersebut. Miss Fitiya yang pada mulanya ragu-ragu untuk bertindak, terus mengigit bibirnya. Di saat yang getir ini, dia sudah tidak mampu untuk berfikir apa-apa lagi jadi arahan doktor muda itu hanya diikuti tanpa banyak soal.

Sementara menunggu jururawat itu mengambil segala peralatan yang diperlukan, Aislinn tarik tirai untuk memisahkan mereka dengan orang lain. Aislinn tidak mahu pesakit lain berasa ngeri dengan tindakannya untuk melakukan pembedahan di tempat ini. Walaupun dia susah juga untuk menerima ideanya sendiri, tetapi pilihan apa lagi yang Aislinn ada tika ini?

Tugasnya adalah untuk menyelamatkan pesakit. Tidak lebih dan tidak kurang.

Gadis itu mencapai gunting lalu dia menggunting seluar di kaki kanan budak lelaki itu dengan cermat. Selang beberapa ketika, muncul insan yang ditunggu sedari tadi.

"Doctor. I have all the things you need, but are you really sure to ... " Miss Fitiya tidak menghabiskan kata-katanya tetapi Aislinn faham dengan apa yang jururawat itu mahu katakan. Risikonya sangat tinggi. Baik untuk budak lelaki itu mahupun pada diri Aislinn sendiri.

"I am aware." Halus sahaja Dr. Aislinn berkata.

Dari tempatnya juga Aislinn boleh mendengar beberapa rintihan kesakitan dari luar. Dia juga dapat menangkap bunyi ambulans yang hadir bagi menurunkan mangsa yang tercedera. Semua itu sangat menyesakkan dan menekan diri Aislinn. Tetapi sebagai seorang doktor dia kena kawal perasaannya. Semua itu ditahan dan disorokkan di dalam hati yang paling dalam agar dia mampu menjalankan tugas dengan baik. Tetapi walau kuat mana pun seseorang itu, dia masih seorang manusia.

Siapa sahaja tidak menangis tatkala melihat seorang ibu meratap pemergian anakanda tercintanya?

Siapa sahaja yang mampu menahan sebak bilamana melihat seorang kanak-kanak kehilangan ibu dan ayahnya di usia yang sangat muda?

Berkhidmat di kawasan seperti ini mengajar Aislinn banyak perkara baharu. Setiap kali dia turun untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan, setiap kali itu jugalah dia belajar sesuatu. Tetapi Aislinn rasa, dalam banyak-banyak tempat dia pergi, sinilah satu-satunya tempat yang paling teruk terjejas dan paling menyayat hati.

"Let's get prepared. I will need your help." Beritahunya seraya merenung pada jururawat itu.

"Fine."

Bismillah.

Ya Allah, aku mohon permudahkan urusan kami di sini. Kuatkan kami dalam menghadapi segala ini dan tabahkan kami untuk menempuhi dugaan ini.











































Seorang lelaki tidak lepas memandang susuk wanita berkot putih itu, Dr. Aislinn dari kejauhan. Walaupun terdapat tirai yang menutupinya tetapi berkat dari mata tajamnya, dia mampu melihat susuk tersebut dari celah tirai hospital.

Entah kenapa, dia seakan-akan mengenali doktor muda itu walaupun hanya 5 minit memerhati. Dihyan rasa dia kenal doktor itu.

"Bro, we need to go." Teguran itu membuatkan dia memandang ke sisi. Figura Hameed yang berdiri di sebelahnya membuatkan Dihyan menganggukkan kepalanya, tanda mengerti. Dan tanpa menoleh lagi, Dihyan terus beredar dari situ.

"Kau tengok apa tadi?" soalan dari Hameed membuatkan Dihyan mengerling ke arah lelaki itu buat seketika.

"Tak ada apa." Jawabnya ringkas tanpa menjelaskan apa yang Dihyan rasa.

"Kita nak ke mana lepas ni?"

"Chief suruh kita rehat dan solat dulu. Nanti baru sambung balik." Ujar Hameed. Dihyan yang mendengar tidak berkata apa-apa. Sekadar mendiamkan dirinya sahaja. Tanpa si rakan sedari, lelaki itu sempat menjeling ke belakang sesaat sebelum kembali melihat ke depan.

Jika diizinkan Tuhan ...

Semoga mereka bertemu semula di hari yang lain, juga di tempat yang lain.

Dihyan hendak tahu siapa doktor muda itu. Dirinya seakan mengenali insan tersebut tetapi Dihyan tidak tahu siapa. Dia hanya ada soalan tanpa sebarang jawapan.

Perlahan, nafas ditarik sedikit demi sedikit.

DIHYAN AISLINN [C]Where stories live. Discover now