BAB 2 👩‍⚕️👨‍🚒

113 12 0
                                    


Beberapa hari setelah setelah itu, keadaan yang ribut akhirnya beransur tenang. Rata-rata pesakit yang tidak mempunyai kecederaan serius telah dipindahkan ke pusat pemindahan untuk menetap sementara di sana. Suasana hospital yang gamatnya untuk seminggu akhirnya bertukar reda.

Aislinn lihat maklumat peribadi pesakitnya sebelum dia memeriksa susuk yang terbaring tidak sedarkan diri itu, pesakit di bawah jagaan dia. Walaupun ramai yang telah dipindahkan tetapi hospital ini masih tetap penuh dengan pesakitnya.

"Hey Ais." Dengar sahaja panggilan itu, Aislinn menyabarkan diri.

"Berapa kali aku nak pesan, jangan panggil aku Ais. Kau ingat aku ais batu ke?" sambil membebel, sambil itulah Aislinn melihat belakangnya.

"Hehehe, janganlah marah."

"Kau nak apa datang ke kawasan aku ni, Dr. Avaline." Dr. Avaline merangkap teman dan sahabat baiknya yang turut mengikuti misi bantuan ini melempar sengehan.

"Sejak bila kau jadi gangster ni? Main kawasan-kawasan pula dia."

Aislinn geleng kepala.

Susah juga kalau ada member macam Avaline ni. Terlalu lurus!

"Kan aku bertugas untuk jaga aras ni dengan Dr. Nadira. Aku rasa kau bertugas dengan Dr. Lovata di Tingkat 2 kan?" memandangkan masih ramai lagi pesakit yang memerlukan pemerhatian, maka ketua mereka telah memecahkan mereka bagi membentuk kumpulan untuk bertugas.

"Haah."

"Jadi kenapa kau ada dekat sini?"

Mereka telah dibahagikan kepada dua shift iaitu shift pagi dan malam. Setiap shift mempunyai 6 orang doktor dan dari situ mereka akan dipecahkan menjadi kumpulan 2 orang. Setiap kumpulan akan bertugas di satu aras yang telah ditetapkan.

"Aku tak suka dengan mamat Lova tu." Luah Avaline.

"Lahh, asal pula ni?" dia sudah menyandarkan tubuh ke dinding dengan gaya santai. Anak mata tak lepas dari merenung wajah cemberut milik rakannya.

"Aku pun tak tahu sebabnya tapi yang aku tahu, aku tak suka dia."

Menggeleng Aislinn tatkala mendengar jawapan seperti itu. Entah bagaimana gadis itu seakan melihat sesuatu tidak jauh dari mereka. Tidak semena-mena, dia menegakkan tubuh.

"Dah-dahlah tu cari fasal dengan dia. Dia tak kacau kau pun kan?"

"But still. I don't like him." Pendirian Avaline masih sama. Aislinn yang melihat hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja. Nak buat macam, si Avaline pun boleh tahan keras kepalanya.

"Dahlah, pergi balik ke aras kau. Jangan sibuk dekat sini. Shuhhh." Avaline ditolak lembut agar gadis itu pulang ke tempatnya.

"Cihh, menghalau nampak."

"Kau nak jumpa Dr. Nadira ke? Baru kejap tadi aku nampak bayang dia." Terus memucat muka Avaline saat itu.

Bukan apa, hubungan antara Avaline dan Dr. Nadira boleh dikatakan agak tegang. Aislinn pun tidak tahu sebab apa. Tetapi dari pemerhatiannya, mungkin ada salah faham di antara mereka yang tidak diselesaikan lagi. Sudah ditanya perihal itu pada Avaline tetapi rakannya hanya berkata bahawa tiada apa-apa yang terjadi. Tetapi bukankah ia lebih menghairankan?

Jika tiada apa yang jadi, kenapa Avaline selalu lari daripada Dr. Nadira?

Entahlah, Aislinn tiada jawapan untuk semua soalannya. Mungkin ... hanya mungkin satu hari nanti, Avaline sendiri akan memberitahunya tentang perihal itu. Kita tunggu sajalah~

"Tak nak aku. Okeylah, kita jumpa nanti Ais." Selaju Avaline menuturkan bicara, selaju itulah juga rakannya berlari dari situ.

"Ya Allah budak ni. Aku dah pesan jangan panggil aku macam tu."

DIHYAN AISLINN [C]Where stories live. Discover now