Aislinn keluar dari lif. Hari itu dia masih lagi menyambung cuti. 3 hari cuti yang pihak hospital berikan untuk berehat selepas pulang dari misi bantuan, Aislinn sambung lagi 2 hari. Dia perlu stabilkan emosinya betul-betul agar perkara itu tidak menganggu kerjanya sebagai doktor.Dalam 3 hari semasa cuti itu, Aislinn tinggal di rumah Cik Ana untuk selesaikan segala urusan arwah ibu dan ayahnya. Tahlil dilakukan di masjid memandangkan keadaan rumah mereka sudah hangus terbakar. Hutang-hutang yang masih berbaki dijelaskan sekaligus oleh Aislinn walaupun hanya beberapa ringgit.
Di waktu itu juga Cik Ana telah menjelaskan segala yang berlaku. Aislinn sudah maklum akan punca kejadian kebakaran di rumah mereka. Ianya berpunca dari kerosakan pendawaian rumah. Mungkin sebab rumah itu sudah bertahun lamanya maka pendawaian yang tidak diselenggara membuatkan kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Dia sedih.
Cik Ana kata, dia sempat dengan laungan takbir ayah dan ibunya sebelum suara itu perlahan-lahan hilang. Betapa terkilannya Aislinn tatkala mendengar kisah itu. Dia cuba terima kenyataan tetapi ianya sangat susah.
Aislinn tarik nafas perlahan.
Hampir sebulan dia menjalankan tugasnya di luar negara, Aislinn ingat dia mahu bermanja dengan ibu dan ayahnya disaat dia pulang nanti. Tetapi apakan daya, mereka pergi terlalu awal. Tak sempat Aislinn hendak bercerita mahupun mengadu tentang apa yang terjadi sewaktu dia menjalan tugasnya. Dia juga tak dapat nak ceritakan kisah Rashad dan ayahnya.
Allah.
Sakitnya rasa ini.
'Ibu ... ayah ... Aislinn rindu.' Mata Aislinn bergenang. Buat seketika, gadis itu diam sebelum menggelengkan kepala. Kediaman yang pihak hospital sediakan kini menjadi tempat tinggal tetap dia. Akan tetapi, baru sahaja dia keluar dari lif susuk seseorang menangkap retina.
"Encik Dihyan?"
Dihyan yang terkejut dengan sergahan itu pantas melajukan langkah.
"Eh encik! Tunggu kejap encik!" laung Aislinn kuat sembari mengejar langkah laju lelaki itu. Sampai sahaja dia di sebelah Dihyan, Aislinn melontarkan soalan.
"Encik buat apa dekat sini?"
Dihyan hela nafas sebelum menjungkit kedua-dua belah bahunya. Melihat terdapat plastik sampah yang berada di genggaman si gadis, Dihyan pantas mengambil.
"Eh? Encik nak buat apa ni?" tanpa sebarang kata, Dihyan pergi ke tempat pembuangan sampah lalu terus membuangkan sampah milik Aislinn. Terkedip-kedip kejap gadis itu cuba mencerna situasi.
"How are you?" tanya Dihyan dengan suara seraknya.
"... I am fine. But why-" lambat-lambat Aislinn jawab soalan itu.
"I go to your hospital but you're not in there. They said you take another 2 days off."
Ahhh.
"Yes, it's true. But why are you looking for me? Kalau ini berkaitan dengan luka encik, saya rasa doktor dekat hospital saya boleh sahaja tengokkan?"
Dihyan menyepi.
'Indeed. She's smart, like you said.' Lelaki itu berkata dalam hati.
"It's not about my wound."
"Then ..."
Sesuatu yang berada dalam poket seluar, Dihyan keluarkan.
"Someone ask me to give this to you." Hulur lelaki itu.
Lambat-lambat Aislinn mengambilnya sebelum dia membuka kotak itu dengan cermat. Berubah wajahnya tatkala melihat isi di dalam kotak tersebut.
Sebuah gelang yang mempunyai bentuk bunga pada buahnya.