𝙱𝙰𝙱 𝟷

1.4K 37 5
                                    


|| Dr. Annoying || - Complete
|| Dia Imam Aku || - Complete
|| Mr. 5ya22 || - Ongoing

Melihat jam telah menunjuk pada angka 1:57 pm, Airish masih belum bergerak ke universitinya. Dia terpaksa melepaskan hajat di dalam tandas. Apabila selesai, secepatnya dia bergegas keluar dari perkarangan rumah dan menaiki driver ayahnya, Encik Kamal.

Berlari bagai tikus dikejar kucing. Terserempak pula dengan bapa saudaranya, Tuan Syazreel. Sepatutnya dia datang bersama Tuan Syazreel tapi kerana ingin membuang hajat dia menyuruh untuk pergi dulu.

"Nah duit, masuk kelas cepat nanti tak pasal-pasal duduk luar." Tuan Syazreel memberi Airish duit dan menggerak-gerakkan tangannya tanda menyuruh pergi.

"Hmhh... daddy tolonglah cover line, harini kan first day Airish kat sini." Airish membuat muka kesian.

Oh ya! Airish dari kecil memang dah panggil bapa saudara yang ketiga ini daddy. Kalau yang ke dua dipanggilnya papa. Dan... bapa kandungnya ayah.

"Yela-yelaa... kau pergi dulu." Kata Tuan Syazreel sambil menggelengkan kepalanya.

Airish mengukir senyuman lebar. "Thank you daddy!! Muwwahhh!" Airish memberikan flying kiss untuk daddy tersayangnya itu.

Sesampai di depan pintu kelas dia mengambil nafas lalu perlahan-lahan membuka pintu tersebut.

Seramai 243 orang pelajar yang berada di dalam kelas itu memandangnya. Termasuk pandangan tajam lecturer yang sedang mengajar.

"Assalamualaikum! Sorry I am late." Ucapnya dengan tenang.

"Waalaikumussalam... give me a reason, why you late?" Dingin suaranya.

"Err... saya baru masuk harini." Jawab Airish sambil menundukkan kepalanya.

"So? Aku rasa jawapan kau belum cukup kukuh. Takde kena-mengena langsung!" Suaranya mula meninggi. Pelajar yang melihat hanya terdiam kaku. Tidak berani untuk masuk campur.

Airish tidak menjawab, masih menunduk. Malas ingin menjawab kerana harini first day masuk. Tak best kalau mula-mula sudah kecoh.

"Kau dah bisu ke? PANDANG AKU!" Tengking pensyarah itu.

Laju Airish mengangkat kepalanya lalu memandang tajam pensyarah yang berada dihadapannya.

"Ehh! Sedap mulut kau je kan? Setakat pensyarah macam kau ni ingat aku takut ke?" Airish tersenyum sinis.

"Kau jangan nak-" belum sempat pensyarah itu menghabiskan ayatnya pintu telah terbuka.

"Assalamualaikum... eh Rafie! Kelas kau ke harini?" Tuan Syazreel hanya tersenyum.

"Waalaikumussalam, ye." Hanya sepatah jawapannya.

"Ohh ya! Airish awak buat apa berdiri kat sini?" Sengaja bertanya untuk cover anak buahnya itu.

"Hehe, takde apa Tuan Syazreel ... saya baru nak masuk kelas." Airish membuat muka polos dan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ooo... awak pergilah duduk. Rafie nanti habis kelas aku nak jumpa kau." Aku secepatnya mencari tempat kosong dan Tuan Syazreel berlalu pergi.

Dr Rafie hanya memandang tak puas hati. Dia mengeluh seketika.

"Kau bernasib baik harini." Katanya lalu menyambung mengajar.

(POV SYAZREEL)

Terdengar pintu diketuk.

"Masuk." Kata Syazreel.

"Ada apa nak jumpa aku?" Tanya Rafie yang masih belum mengetahui sebab kenapa dirinya dipanggil.

"Takde apa, saja. Kau macam mana harini ok?" Tanya Syazreel yang sudah tahu jawapan rakannya itu.

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now