𝙱𝙰𝙱 𝟻

461 24 0
                                    

Apabila perjalanan pulang. Airish mengajak ayahnya pergi ke mall.

"Airish kan tak sihat, nantilah kita pergi." Kata Dato' Sufian.

"Kan doktor kata jangan bagi Airish stress, ayah tak sayang Airish dah ke?" Kepalaku menunduk. Tangan digenggam kuat.

Dato' Sufian yang melihat merasa kasihan dengan anak tunggalnya itu. "Okaylah, kita pergi." Akhirnya dia mengalah juga.








Aku dan ayah berkeliaran di sekitar mall. Pelbagai tempat kami singgah, namun belum ada barang yang dia beli. Aku bukan suka sangat shopping setakat cuci mata cukuplah.
Sehinggalah sampai di kedai favourite aku.

Kedai coklat.

"Mmm... ayah..." panggilku.

"Belilah yang mana Airish nak, satu kedai pun takpe." Hihi. Tahu-tahu je apa yang kita nak.

Coklat favourite aku! Beryl's.

Pelbagai perisa aku rembat. Sesekali beli juga untuk Eyrene kan? Ambil punya ambil, bila bayar... 100 lebih je. Tak mahal pun... kot. Okay now ke destinasi seterusnya.

Aku menunggu ayah yang ingin ke tandas. Rasa mengantuk pula. Kenapa aku selalu mimpi dia eh? Special sangat ke dia sampai kena ada dalam mimpi aku.

Bukk!

"Aduhh! Yang kau duduk tengah jalan ni dah kenapa?!" Amboii dia yang jalan tak tengok sana-sini terus nak salahkan orang.

"Eh puaka! Kau tu yang buta, main jalan je!" Marahku.

Apabila lelaki itu memandangku dia membuka kaca mata hitam miliknya itu. Nak pastikan betul ke apa yang dia lihat.

Aku, lagi pelik. Ni mimpi ke? Tapi macam realiti.

"Kau buat apa kat sini?" Soalnya. Nada suaranya masih biasa.

"Mall ni kau punya ke? Takde pun nampak nama kau tulis kat sini." Sindirku.

"Ehh... Rafie! Sorang je ke?" Soal Dato' Sufian apabila perasankan kami bersembang.

"Haah." Sepatah jawabnya.

Sempat pula ayah mengajaknya pergi makan. Aku harap dia kata 'maaf saya ada banyak kerja' tapi malah sebaliknya. Aku pun, dengar jelah perbualan mereka. Dia punya lama tu tak payah cakap! Siap ajak solat berjemaah lagi. Aku pula terpaksalah tunggu diluar sebab apa orang kata? ABC. Kenapalah banyak-banyak manusia dia juga yang aku jumpa. Eh jap, aku ada idea. Tapi bukan niat jahat pun.

"A-ayah... kepala Airish peninglah." Aduku.

"Hah? Mmm... okay kita balik. Rafie, uncle balik dulu ya." Kata Dato' Sufian.

"Ohh, it's okay. Insya Allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi." Katanya. 'Pandai kau berlakon eh' desis hatinya.

Airish tertidur di dalam kereta. Ayahnya yang melihat anaknya yang keletihan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kesian anak ayah, mesti penat." Katanya perlahan.

Sesudah sampai di perkarangan rumah, Dato' Sufian memanggil Tuan Syazreel untuk membawa anaknya ke bilik. Tuan Syazreel mengangkat tubuh Airish sambil melirik wajahnya yang indah itu.

"You so pretty baby." Katanya seraya senyum.

Ramai yang menyayangi dirinya. Bertuah menjadi Airish Saffiya. Ada 3 pahlawan yang sentiasa bersamanya. Meskipun begitu, susah untuk luangkan masa bersama ayahnya.

Tan Sri Affan, walau ketiga anaknya itu duda tetapi tidak dengannya. Dia masih ada isteri yang masih setia menemani sehingga kini. Cucu kesayangannya, Airish Saffiya.

Mesti dah tahu kan? Itulah salah satu cucu perempuannya. Kalau dah kesayangan mestilah rapat. Setiap kali kepulangannya pasti ada je hadiah dari luar negara.

Puan Sri Hanim, neneknya pula boleh tahan rapatlah. Pantang jumpa ketiga cucunya, habis muka dicium olehnya. Yang buat dia lebih gembira apabila bulan depan akan pulang ke Malaysia. Rindu dengan anak cucunya. Sapalah yang tak rindu?








Erm... mengantuknya... aku mengeliat. Aku bagun melihat sekeliling. Pandanganku teralihkan untuk melihat jam. Pukul 20:03. Ooo... awal lag- ehh! Dah malam?!

Secepatnya aku menuruni tangga. Harini kita exercise sikit, biasanya naik lif. Apabila tiba di ruang tamu, mereka bertiga memandangku. Kening masing-masing di angkat.

"Airish, dah bangun? Jom berbual sekali." Ajak Tuan Syazreel.

Buat yang tertanya-tanya pasal 'diorang berdua selalu ada kat sini tapi mana anaknya?' Okay now aku jawab. Airiel tinggal di rumah sewa bersama rakannya.

Ariq Syaiful ada je kat rumah ni. Kadang hantar kat pengasuh, kadang bawa je pergi kerja dengan ayahnya, Tuan Syazreel. Ariq baru berusia 4 tahun. Sangat comel. Nanti dah besar mesti hensem.

"Helo? Orang tanya ni?" Soalnya lagi.

"Hmm... kalau tak bangun siapa pulak yang ada kat sini?" Soalan biarlah kena sikit.

"Airish nak makan? Kami belum makan, tunggu Airish. Nak makan sama-sama." Kata Dato' Sufian.

"Lahh tunggu Airish ke? Kenapa tak kejut?" Soalku.

"Malas nak ganggu." Balas Tuan Shafiq.

"Pergilah solat dulu, Airish tunggu. Ke nak makan dulu? Makanan pun dah tersedia." Kataku.

"Solat dululah, takut nanti melengahkan waktu." Kata Dato' Sufian.

(Selesai solat)

"Mmm... Mak Senah mana?" Soalku.

"Dia cuti, balik kampung." Jawab Tuan Shafiq.

Aku hanya menganggukkan kepala. Usai makan kami terus ke ruang tamu untuk bersembang. Lama dah tak macam ni, biasanya aku, papa dan daddy je. Tapi harini ayah ada!! Happy.

"Bang, aku nak pergi meminang." Kata Tuan Syazreel.

"Hah? Kau nak meminang sapa pulak ni?" Soal Dato' Sufian dan Tuan Shafiq serentak.

"Anak kau lah, Airish." Guraunya. Dia mengukir sebuah senyuman lebar.

Aku yang mendengar hanya diam. Tahu sangat dia tengah bergurau.

"Kau gila ke?!" Bisik Tuan Shafiq tanda amaran.

Dahi Dato' Sufian berkerut. "Syazreel, takde benda lain ke kau nak bergurau." Katanya.

Ketawaku meletus.

"Tak sangka eh hidup daddy macam ni, hahaha. Dah kena tinggal dengan isteri, pastu pinangan pun kena tolak." Sakan beno ya aku ketawa.

Dato' Sufian dan Tuan Shafiq turut ketawa.

"Eh kau tu nak kata miskin, kaya je. Nak kata hodoh pun tidak. Hahaha" Seloroh Tuan Shafiq.

"Yela aku tahulah aku ni tak perfect. Semua orang gunakan aku je." Katanya sedih lalu menundukkan kepala.

Aku yang melihat berasa serba salah. Aku menghampirinya lalu memeluknya.

"Airish kan ada. Daddy janganlah sedih, Airish sayang daddy tau." Pujukku.

Pelukkan dibalas. "Kau memang kesayangan aku." Bisiknya. Lalu Tuan Syazreel mendukungku. "Lama aku tak dukung kau-"

Bukk!

"Aduhh... sakitlahh!!" Marah Tuan Syazreel kerana Encik Shafiq membaling kotak tisu dibelakangnya.

"Lama tak dukung konon, habistu yang tadi kau dukung dia hantar dalam bilik tu apa?!" Kata Tuan Shafiq.

Dato' Sufian hanya melihat kelakuan adik-adiknya itu. Dari kecik sampai ke beso duk gaduh je.

Aku yang masih dalam dukungan Tuan Syazreel hanya tergelak. Aku memberatkan tubuh tanda ingin turun. Tuan Syazreel yang memahami akan gerakkanku terus melepaskanku.

Aku menyuruh Tuan Syazreel untuk menunduk agar separas denganku. Dengan cepat aku mencium pipi mulus Tuan Syazreel. Tuan Syazreel terkaku beku.

"Syaz... ceyy cey, malulah tu. Hahaha." Kata Dato' Sufian apabila melihat muka Tuan Syazreel mula merona merah. Tuan Syazreel sedikit berdehem. Ye! Malu sangat... malu!

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now