𝙱𝙰𝙱 𝟿

400 16 1
                                    

Harini cuti, aku dengan Dr Rafie duduk menghadap televisi. Takde cerita sangat nak tengok semua membosankan. Pagi tadi cuma sarapan nasi lemak tepi jalan je.

"Airish, jom pergi supermarket. Nak beli bahan untuk memasak." Dr Rafie mula bersuara.

"Kau pandai masak ke? Kalau pandai kenapa tak masak je tadi?" Soalku.

"Pandailah, that's why aku ajak kau pergi supermarket. Bahan takde nak memasak." Terang Dr Rafie.

"Okay." Sepatah jawabku.

Haihh... suami aku pandai masak tapi, bininya satu habuk tak reti. Dah nasib kau lah Dr Rafie dapat isteri macam aku ni.

(Sampai di supermarket)

Aku mengambil troli yang disuruh oleh Dr Rafie. Namun, muncul sebuah idea yang tak berapa nak gila. Aku menolak laju troli itu. Haha! Bapak best siak!

"Yahoo! Best gila. Nanti boleh jadi pemandu drift! Ahahaha!!" Ujarku sambil memandu troli tersebut seperti kereta.

Dr Rafie yang melihat itu terus menegurku.

"Woii! Gila ke?! Kalau kau langgar rak tu macam mana? Aku mana ada duit nak bayar." Perangai macam budak-budak!

"Takde sapapun suruh kau bayar. Aku ada duit, setakat supermarket berapalah sangat!" Lagakku sambil menjelir lidah ke arahnya.

Dr Rafie meraup wajahnya. Ya Allah, Airish ke ni? Sekelip mata je bertukar jadi budak-budak. Ramai orang sekeliling melihat perilaku Airish.

"Hehe, tu adik saya. Maaf ye, dia ada masalah di bahagian otak." Kata Dr Rafie sambil tersenyum seperti kerang busuk.

Balik terus masuk bilik, baring. Sumpah penat gila! Tak lama selepas itu, Dr Rafie memasuki bilik setelah membereskan barang di dapur. Dia duduk disebelahku.

Dia tidak bercakap. Aku juga malas nak bercakap. Akhirnya aku terlelap.






Terasa dipinggangku seperti ada sentuhan. Aku masih mengeliat. Aku tahu itu Dr Rafie. Mata masih tertutup. Aku membuka mata, Dr Rafie tersenyum.

"Sedap eh kau tidur, aku ni duduk je tunggu kau bangun." Katanya.

"Asal kau tunggu aku?" Soalku.

"Takde apa. Aku just nak ajak kau solat sekali, berjemaah." Jawabnya.

Aku bangun untuk mengambil wuduk lalu solat bersama Dr Rafie. Selesai solat, dia mengajakku makan. Waktu aku tidur, dia sedang memasak. Habis masak kacau aku tidur.

"Sedapnya! Pandai jugak eh kau masak." Kataku. Laki aku pandai masak, kau ada?

"Lain kali jangan pandang aku sebelah mata." Katanya.

Aku mengabaikannya lalu bangun untuk mencuci pinggan.

"Nah tolong basuh sekali." Pinta Dr Rafie.

"Basuh sendiri lah!" Banyak hensem muka dia.

"Aku dah tolong masak kan? Bye aku nak mandi." Katanya lalu meletakkan pinggan ke dalam singki.

Aku mengeluh.

Selesai dari membasuh pinggan, aku masuk ke dalam bilik.

"Airish? Kau ke kat luar tu?" Teriak Dr Rafie secara tiba-tiba.

"Ye kenapa?" Soalku.

Dr Irsyadd sedikit mengeluarkan kepalanya dari celah pintu.

"Tolong ambik tuala, please." Pintanya.

"Ok." Aku mengambil tuala yang disangkut pada tepi almari.

Aku memberi tuala itu dan Dr Rafie mengambilnya.

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now