𝙱𝙰𝙱 𝟼

434 20 0
                                    

Tepat pada pukul 2:00 pm, aku sampai ke kelas. Namun, Dr Rafie masih belum masuk kelas harini. Aduhh dah minta maaf kot! Takkan marah lagi?

Tiba-tiba pintu terbuka.

"Assalamualaikum, so... how, Direct seminggu aku tak datang?" Aku tersenyum apabila melihat sosok tubuh itu. Dah lama tak cari pasal dengannya.

Aku menghentak meja dengan tangan. "Dr dah lambat! Give me a reason, why you late. Or... get out from the class." Macam pernah dengar je ayat tu.

Dr Rafie mengangkat keningnya. Dia tersenyum, tapi lain dari biasa. "Apa alasan kau nak denda aku?" Soalnya.

"Dr ponteng! Aku nak denda kau... berdiri sampai habis masa and tak payah mengajar." Aku senyum senget. Ada berani?

"Okay, fine." Pelik, tak banyak melawan. Kena sampuk ke apa?

Satu dewan bersorak. "Yeayy!!!"

15 minit kemudian...

Aku pergi ke arah Dr Rafie. "Duduklah. Aku takdelah kejam mana." Kataku.

"Airish." Diam. "Kau tolong bagitahu kat diorang, bulan depan hari sabtu Tan Sri Affan datang nak melawat. So nanti berkumpul je kat dewan ni. Lagi satu ada majlis makan-makan." Katanya.

"Ohh." Jawabku sepatah.

"Eh, aku punya panjang lebar bercakap kau boleh ohh je?" Soalnya.

"Kau jugakkan kata, dalam mimpi pun kau taknak bercakap dengan aku." Balasku. Dah lupa ke Dr Rafie oiii...

Diam.

Aku perasan ada yang perhati je kami berdua. Aku tahu tu pandangan tajam atau selain itu pandangan menyampah. Ohh Elina. Apa yang kau tak puas hati dengan aku?

(Selesai kelas)

"Woii perempuan!!" Panggilnya.

"Oii dia ada nama, panggillah nama dia!" Marah Eyrene.

"Kalau kau-" Katan Eyrene terhenti apabila aku menghalangnya.

"Nak apa?" Soalku dingin.

"Apa masalah kau hah?! Semua kau nak rembat! Tuan Syazreel, Tuan Shafiq pastu Dr Rafie pulak?!!" Woo... maroh kebeno ye.

"Macamlah diorang tu kau punya." Perlahan tapi dapat didengari oleh Elina.

"Apa kau cakap?!" Dia menolakku ke dinding lalu mencekikku. Orang yang melihat hanya diam tak berani ingin melawan. Elina tu Presiden terbesar di Universiti ini.

Manalah orang nak cari pasal kan? Tahu jelah ugutnya. Sa-sakit...

"Erghhh... arghhh!!!" Aku sedikit meronta-ronta tapi sayang takde orang nak menolong. Eyrene yang merasa kasihan mengambil handbagnya lalu memukul di kepala Elina.

"Auchh!! Sakitlah sial!" Carutnya.

Elina melepaskanku dan menampar kuat wajah mulus Eyrene. Aku yang melihat, segera menolak badan Elina. "Kau pahal!!" Marahku.

"Ehh!! Aku boleh buat kau ulang balik sem ni, kalau kau dekat lagi dengan mereka." Ugutnya.

Aku senyum sinis. "Tu je? Aku boleh buat kau hilang jawatan atau kena buang terus." Suaraku terdengar sinis.

"Kau ingat kau sapa?!" Soalnya.

"Bukan siapa-siapa, hanya hamba Allah yang lemah." Jawabku.

Nice! Sampai pun.

"Heh! Apa berkumpul ramai-ramai ni?" Soal Tuan Shafiq.

"Mmm... noth-"

"Elina buat kecoh." Potongku laju.

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now