𝙱𝙰𝙱 𝟷𝟹

310 14 0
                                    

Apabila dalam perjalanan pulang, kami dikepung dengan tiga buah kereta.

"Guys, aku rasa kita kena keluar!" Arah Rafie.

Cepat saja orang-orang dalam kereta itu keluar mendekati kami. Aku tak kenal siapa mereka.

"Apa yang korang nak haa?!" Soal Rafie.

Tiba-tiba ada seorang yang bersuara. "Rafie, Rafie. Kau nak pergi mana? Tak mudah untuk kau lari dari aku." Ucap lelaki yang berpakaian serba hitam. Macam mafia.

"Apalagi yang kau nak, James?! Adik kau yang menghuru-harakan, bukan aku!" Cukup keras Rafie bersuara.

"Aku nak kau tanggung akibat. Sebab kau adik aku mati!" Marahnya.

"Kalau dah sampai ajal dia, bukan kau boleh buat apapun!" Ucap Rafie.

"Wah wah, kau tak payah nak acah alim sangatlah!" Selaras pistol dihala tepat pada Rafie.

"Jangan!"

"Airish!" Marah Rafie.

"Oh ni isteri kau ke?" Pistol dihalakan pula ke arahku.

"Argh!" Tiba-tiba James menjerit kesakitan.

"Kau jangan nak apa-apakan isteri aku!" Marahnya.

Semua bodyguard lelaki itu menghampiri Rafie. Rafie ditarik lalu dibelasah. Aku taktahu nak buat apa. Nak harapkan Shafiq? Dia pun dah kena belasah, aku masih cuba untuk melawan mereka.

Bang!

Satu tembakkan oleh Rafie. Dia telah menembak salah satu bodyguard itu. Tapi bodyguard itu masih ingin melawan. Rafie menarik rambutnya lalu ditolak hingga jatuh.

Kepalanya disepak kuat oleh Rafie. Dan satu lagi tendangan pada celah kangkang bodyguard itu. Dia mengeliat kesakitan. Wahh! Ini baru betul, Dr Jahanam!

"Mmm!! Ra-raff-fie!!!" Jeritku. James berada di belakangku dan menutup mulutku.

"Hahaha. Cantiklah body bini kau ni." Dia menyentuh pinggangku lalu mencium bahuku.

Rafie sudah marah! Gengaman itu cukup menunjukkan dia marah. Belum sempat Rafie bergerak, James menghalakan pisau tajam di leherku.

"Cubalah kalau kau berani." Aku lihat Rafie teguk liur. Jika dia dekati aku, boleh saja pisau itu mendarat di leher. Jika dia hanya berdiam diri, bahu dan pinggangku akan menjadi mangsa diraba! Macam mana ni?

"Argh!" James menjerit kesakitan, boleh pekak telinga aku kalau macam ni. Dapat aku dengar bunyi hentakkan yang kuat.

Wajah Rafie juga terkejut. James melepaskanku. Laju aku menoleh ingin melihat siapa. Tubuhku mula mengeras. D-dia bukankah budak yang selama ni aku dan Shafiq cari.

Pakaiannya masih sama. Setelah dua tahun, kami bersua muka kembali. Aku lihat budak itu menyepak betis James, sehinggalah ia terduduk seperti penjenayah ditangkap polis.

Budak itu merangkul kepala lelaki itu dengan lengannya. Selaras pistol dihala pada kepala James. Serius aku terkejut! Budak tu pun reti pakai pistol.

"Kau orang tua, elok mati je! Nak sangat kan jumpa adik kau, meh aku hantar nak?" Soalnya dingin.

Laju saja James geleng. Pantas dia tendang kuat belakang badan James.

"Argh!" Wuishh sungguh tragis sekali ya.

"Woi, kau angkut bos korang balik. Sebelum kau, kau, kau, jadi macam ni." Katanya sambil jari telunjuk ditujukan oleh beberapa bodyguard yang hanya menjadi penonton.

"Aduhh... sakitnye." Kata Shafiq sambil memegang leher dan pinggangnya. Haha, umur dah 43 tahun, memang segala urat badan sakit.

"Kau siapa hah?" Soal Rafie.

"Kenapa nak tahu?" Jawabnya malas.

"Aku tanya kau jawablah!" Tengking Rafie. Wah nak keluar sudah Dr. Jahanam ni.

Eh jap! Rafie pandai berlawan dan guna pistol? Selama tiga tahun kami kahwin, aku masih tak tahu siapa dia yang sebenar.

"I'm Syazreel's friend." Jawabnya. Kawan Syazreel?

Budak itu pergi memakai helmet dan menaiki... superbike? Gilalah! Superbike itu bergerak laju.



"Abang bagitahu sekarang, siapa mereka?!" Balik je terus aku marah dia.

"Sayang, jangan macam ni okay? Duduk dulu. Meh abang cerita."

Aku patuh untuk duduk.

"Mereka tu mafia, tapi yang hebat tu adik dia. Abang pernah kenal dengan mereka, sejujurnya abang memang pernah jadi sebahagian dari mereka, tapi sekarang abang dah jadi pensyarah sebab taknak terlibat dengan pertumpahan darah lagi. Adik dia mati sebab abang yang tembak, tapi sumpah abang bukan sengaja. Kalau abang tak tembak dia mungkin Airish dah tak jumpa abang." Terangnya panjang lebar.

Akhirnya lega bila dapat tahu. Sebenarnya aku tak marah pun, cuma nak tahu.

"Takkan lah isteri abang hebat, tapi abang tak hebat." Sambungnya lagi.

"Dua tahun kedepan Syazreel dah boleh keluar. Doktor kata dia dah makin pulih sekarang." Ucapku.

"Ohh. Tapi kakau Syazreel still buat benda tu macam mana?" Soalnya.

"Hmm... sekarang ni semua jawapan ada dengan budak tu."

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now