𝙱𝙰𝙱 𝟷𝟷

345 14 1
                                    

"Ada jumpa tak?" Soalku.

Dah setengah jam aku tunggu dia untuk ambil pistol tu. Tuan Shafiq meniarap di lantai, tangan sedari tadi cuba mengapai sesuatu di bawah katil. Lambatnya!

"Ish! Cuba kau tolong aku." Pintanya.

"Kau ni lembab lah. Tak reti nak kerjasama ke?"

"Kalau kau bijak sangat buatlah!" Marahnya lalu bangun berdiri tegap.

Aku senyum sinis. "Kau angkat katil tu, biar aku yang ambil pistol." Kataku seraya mengangkat kening berkali-kali.

Dia menurut. Katil bersaiz king itu diangkat dari tepi. Dan terlihatlah pistol berwarna hitam.

"Cepatlah ambik! Berat ni." Katanya.

Aku segera mengambil pistol itu.

"Berat gila katil ni. Katil aku macam dia jugak, tapi takdelah berat nak mampus!" Bebelnya.

"Hm, tulah kau. Yang buat katil ni berat benda ni semua!" Kataku.

Tilam katil itu aku tarik sekuat hati. Terlihat dalam katil itu penuh dengan senjata seperti pisau, pistol, peluru, kapak dan eh! Apa benda ni? Gambar? Puteri Medina?

Aku koyak gambar itu lalu memberi kepada Tuan Shafiq. Dan ada satu keping gambar lagi, budak berpakaian serba hitam. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh pelitup muka dan kaca mata hitam.

Siapa budak ni?

"Weh, aku rasa dia ada kena mengena dalam kes ni!" Kataku.

"Sapa budak yang ambil gambar dengan Syazreel ni?"

"Aku rasa kita kena pergi hospital sekarang!" Arahku.

Tuan Shafiq membawa kereta dengan kelajuan 90 km/j. Lantak lah apapun jadi, kami ada perkara yang sangat urgent! Kami berada di hospital khas untuk pesakit mental.

Cepat-cepat aku lari, Tuan Shafiq pula hanya mengekori aku. Wad Tuan Syazreel dihujung sekali, tiba-tiba pintu wad dibuka dan muncul lah budak yang aku cari tu.

Pakaiannya masih persis seperti dalam gambar. Serba hitam. Aku berlari pantas ke arahnya. Apabila dia terkejut akan kehadiranku, dia mengangkat tangan lalu sedikit demi sedikit mundur ke belakang.

Dia telah dikepung oleh aku dan Tuan Shafiq. Kau ingat senang nak lepas dari aku? Tapi... sepantas kilat budak tu pecut. Dia ni juara main galah panjang ke apa?

Tangkas gila! Aku dan Tuan Shafiq tak putus asa untuk mengejarnya. Tuan Shafiq dapat menarik tangannya, kemudian budak itu mengambil pisau dari poket seluarnya.

Mereka berdua berbalas serangan. Pisau itu terlempar di lantai, lekas aku mengambil pisau itu. Aku perlu menolong Tuan Shafiq. Aku menarik kaca mata hitam itu.

Tak sangka pula aku menarik memakai tangan yang memegang pisau. Berdarah keningnya, matanya coklat tapi itu contact lenses! Aku ingin pergi ke arahnya, dia tak boleh lepas.

"Argh!" Jeritku. Budak tu menedang kuat perutku.

"You need to know. Who's Tuan Syed Ahmad Syazreel." Katanya sebelum berlari keluar.

Tuan Shafiq pergi menolongku. "Kau okay tak?" Soalnya.

"Okay. Biar jelah dia terlepas dulu. Kita kena pergi kat Syazreel." Kataku. Tangan masih memegang perut.

Pintu wad itu aku buka. Syazreel duduk di katilnya.

"Daddy, are you okay?" Soalku. Dia hanya angguk.

"Syazreel, kau ada nampak tak budak perempuan masuk wad kau?" Soal Tuan Shafiq.

Dia senyum tiba-tiba. "She knows where Puteri Medina." Dia gelak, cukup sinis.

"I want her dead!" Jerkahnya tiba-tiba. Muka terlihat bengis. Budak tu tahu siapa Puteri Medina? Siapa dia?

Tuan Syazreel meramas kuat rambutnya.

"Arghh!" Jeritnya.

Cepat-cepat aku panggil jururawat. Seorang doktor menyuntikkan jarum pada lengan Tuan Syazreel. Dia ditidurkan sementara.

"Erm doktor. Boleh saya nak tengok cctv dalam wad ni?" Soalku.

"Ohh boleh, mari ikut saya." Aku dan Tuan Shafiq mengikuti doktor itu.

Cctv dipaparkan. Budak tu setiap hari datang? Selalu juga dia berbual dengan Syazreel, tapi siapa dia? Tapi hebat juga dia dalam berlawan. Mata coklat itu adalah contact lenses.

"Airish!" Jerit Tuan Shafiq seperti terkejut akan sesuatu.

"Apa?" Soalku.

"Dia lah sebab kenapa Syazreel lepas dari hospital ni!" Katanya.

(Dalam video)

Budak itu memerhatikan sekeliling agar tiada sesiapa disitu. Apabila guard itu perasan, pantas dia belasah guard itu. Hebat. Lalu diserbu pula dengan beberapa lagi guard.

Dengan mudah saja budak itu dapat menewaskan beberapa guard itu.

(Stop)

"Erm kes ni takde tindakan ke?" Soalku.

"Ada, polis dah siasat tapi sampai sekarang budak tu dapat lepaskan diri. Last-last, polis pun give up nak teruskan kes ni." Kata doktor itu.

Polis pun tak boleh buat kerja! Sekarang ni macam mana? Hmhp!

DR. JAHANAM [C]Where stories live. Discover now