BAB 1 : Stor Berhantu

524 54 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



DUDUK di hadapan cermin solek, seraut wajah montel yang berada di sebalik pantulan cermin itu ditenung tidak lepas. Jari-jemari gebunya dilarikan ke serata wajah.

Pipi yang lebar. Bibir mongel. Hidung kembang. Jerawat berkampung di seluruh kulitnya yang hitam manis.

Tanpa sedar, satu keluhan halus meluncur keluar dari bibirnya tanpa dapat ditahan-tahan.

Jauh di sudut hati, dia sangat benci dengan apa yang ada pada tubuhnya pada saat ini. Perbezaan saiz fizikal dan wajahnya yang kurang menyerlah menyebabkan dirinya dipandang seperti makhluk asing oleh rakan sekelasnya yang lain.

Bukan diri dia yang minta dilahirkan dalam keadaan begitu. Semuanya merupakan kuasa Yang Maha Esa. Tetapi mengapa dirinya dihina dan disisihkan seperti dia yang mahukan semua itu terjadi?

"Mia, kenapa tak siap lagi ke sekolah ni? Kesian papa dah tunggu dekat luar tu."

Suara si emak yang meruah di sebalik pintu kamar mematikan monolog yang berlagu sejak tadi.

Ketap bibir, Mia bingkas bangkit dari cermin solek. Memakai bedak talkum dan pelembap bibir. Itu sahaja dua benda yang dia mampu gunakan pada wajahnya untuk mengurangkan sedikit kesan cela pada wajahnya. Namun begitu, tetap ada juga kata-kata insan yang menerobos gegendang telinganya tanpa izin.

"Kejap, ma. Mia dah nak siap ni." Duduk bersila di depan pintu rumah, kasut sekolah miliknya dicapai lalu disarung dengan cermat. Bangkit dari duduk, kelibat si ibu yang memegang bekal dan botol air kepunyaannya dipandang tidak lepas.

"Ma, kan Mia dah cakap Mia tak nak bawa bekal. Mama ni..."

"Jangan nak mengada! Mama bukan tak kenal awak tu. Tak ada istilah diet. Makan je. Nanti tak makan, susah nak fokus dalam kelas."

Menunduk wajah sedikit, Mia menjeruk perasaan dalam diam. Sudah acap kali dia khabarkan kepada mamanya bahawa dia sudah tidak mahu membawa bekal ke sekolah. Cukuplah dia sekadar membawa air masak untuk mengalas perut.

Disebabkan mahu jaga hati mama, lambat-lambat beg bekal berwarna merah jambu di tangan Puan Yati diambil lalu dijinjit. Tidak lupa juga sebuah botol air besar berwarna merah jambu dibawa bersama.

"Belajar rajin-rajin, Mia. SPM nak dekat dah ni. Banggakan mama dan papa. Mia je satu-satunya harta kepunyaan kami." Membetulkan awning tudung puteri tunggalnya, seulas senyum tidak lekang di bibir Puan Yati. Sinar kebahagian jelas terpancar melalui sepasang mata bundarnya. Tidak sangka bahawa bayi yang lahir tidak cukup bulan itu akhirnya kini sudah bertumbuh menjadi seorang remaja yang comel.

"Baik, ma. Mama doakan Mia tau." Tangan mamanya diraih lalu dikucup lembut. Tidak lupa juga kedua belah pipi mamanya yang gebu itu menjadi persinggahan ulas bibirnya.

Sebaik sahaja bayang Mia menjauh, tangan Puan Yati ternaik melambai puterinya yang sudah selamat menaiki kereta untuk ke sekolah. Rutin setiap pagi, suaminya akan menghantar anaknya ke sekolah sebelum bertolak ke pejabat.

Orked Damia (OG)Where stories live. Discover now