BAB 2 : Midnight Wolves

217 41 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jemput drop komen selepas baca. Hehe. 

SEBAIK sahaja tamat perhimpunan, Mia segera meletakkan beg di dalam kelas. Itulah rutinnya setiap pagi. Rakan-rakan sekelasnya yang lain kebanyakannya akan masuk sedikit lewat ke dalam kelas. Maklumlah, ada yang sibuk ke tandas sebab nak bermekap dan betulkan tudung. Ada yang sengaja pergi ke kantin sebab nak curi-curi bungkus makanan. Ada juga yang pergi ke koperasi kerana hendak membeli alat tulis dan makanan ringan.

Mia suka membeli makanan di koperasi kerana di situ terdapat makanan kesukaannya. Meskipun makanan tersebut hanya sandwish dan pau panas, sungguh dia tidak jemu membelinya setiap hari.

Kakak yang menjaga koperasi tu pun baik. Namanya Kak Ain. Nampak sahaja muka Mia, Kak Ain dah tahu dah mesti Mia akan membeli dua keping sandwish sardin dan dua biji pau perisa carbonara.

Tapi itulah. Sejak kebelakangan ini Mia perlu mengawal portion pemakanannya. Walaupun mama dan papanya tidak menggalakkan dia berdiet, tapi Mia terpaksa melakukan semua itu kerana tidak tahan dengan ejekan rakan sekelasnya yang memberi pelbagai gelaran disebabkan saiz tubuhnya yang agak berisi.

Tanpa sedar, Mia mengeluh halus. Tongkatkan wajah di atas meja, Mia tidak tahu sampai bila dia perlu menanggung semua ini. Walaupun rakan-rakannya tidak membulinya secara fizikal, sejujurnya ejekan dan hinaan yang dilemparkan membuatkan mentalnya terasa lelah. Terasa mahu menangis pun ada. Tapi disebabkan sudah terbiasa, dia hanya berpura-pura tidak terkesan dan hanya fokus kepada hal sendiri.

"Wei Jie, aku dah jumpa port baik nak main botol flip."

"Mana wei?"

"Ni! Meja budak gemuk ni."

"Cantik!!!"

Mia terkejut apabila tiba-tiba sahaja meja dia diserbu oleh Fauzi dan rakan-rakannya yang lain. Kalihkan pandang ke kiri dan kanan, Mia baru sedar rakan semejanya masih belum masuk ke dalam kelas.

Tarik kerusi di sebelah Mia, selamba sahaja Fauzi melabuhkan duduknya di situ. Rakan-rakannya yang lain pula sudah berkerumun di depan meja Mia.

"Kau mula dulu, Jie." Fauzi memberi arahan supaya Hafizi memulakan permainan.

Hafizi melontarkan botol ke udara. Jika botol air mineral tersebut mendarat cantik di atas meja, poin akan diambil. Jika gagal, dia perlu memberikan gilirannya kepada rakannya yang lain.

Suasana menjadi gamat apabila suara mereka memenuhi ruang kelas. Sorakan hebat akan diberikan jika mereka berjaya dalam pusingan tersebut.

Mia berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. Wajahnya hanya tunduk tenung meja sendiri. Tidak berani angkat muka. Lagi-lagi dengan kehadiran Fauzi dan rakan-rakannya yang lain sekarang ini.

Pap!

Mia mengaduh kesakitan apabila botol tersebut terhantuk pada kepalanya. Dalam keadaan kepala yang masih menunduk ke bawah, bibirnya dikemam kemas. Mahu menahan rasa sebak yang mencengkam dada.

Orked Damia (OG)Where stories live. Discover now