BAB 5 : Persembahan

266 37 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Jangan lupa vote and tinggalkan komen tau!


Hari ini hari Rabu. Hari di mana diadakan perjumpaan bagi setiap persatuan dan kelab bagi aktiviti kokorikulum di sekolah. Usai solat Zuhur, Mia dan Aisyah sudah bersiap-siap untuk sesi petang. Mujurlah mereka sudah membeli makanan terlebih dahulu di kantin. Senang nanti, terus makan dalam kelas sahaja. Tak payah berebut makanan di kantin bersama pelajar lain.

Hari Rabu juga merupakan hari yang terbaik untuk cuci mata bagi kesemua pelajar perempuan di sekolah mereka. Bukan apa, waktu itulah mereka dapat melihat banyak pelajar yang kacak dari kelas lain yang tidak pernah mereka lihat sewaktu hari biasa persekolahan. Lagi-lagi yang berada di tingkatan enam. Maklumlah, mereka kebanyakannya jarang terserempak dengan pelajar junior yang lain. Waktu rehat mereka agak bebas dan tidak terikat seperti pelajar biasa.

"Sedap betullah nasi goreng makcik kantin ni, Mia!"

Mia yang sewaktu itu sedang menelan keropok lekor automatik terbatuk apabila tiba-tiba sahaja belakang badannya ditampar oleh Aisyah.

"Wei Mia! Kuat sangat ke aku ketuk belakang kau tadi? Sorry!" Cepat-cepat Aisyah menggosok belakang badan kawan baiknya itu. Serba-salah dia dibuatnya apabila melihat wajah Mia seperti udang terbakar itu.

Mia hanya mampu menggeleng kepala seraya mengangkat tangan. Ingin menyatakan bahawa dirinya dalam keadaan yang baik-baik sahaja meskipun dia hampir sahaja arwah ditepuk Aisyah tadi.

Aisyah hanya menyerigai seraya mengangkat kedua belah jarinya. Peace no war.

"Apa yang sedap nasi goreng makcik kantin tu sampai kau tepuk belakang aku tadi, Cah?" soal Mia dengan wajah tak puas hati. Bukan apa, boleh tahan bisa juga tangan kurus Aisyah tu dibuatnya.

"Cubalah kau rasa dulu." Aisyah tayang wajah tak puas hati. Terus disuanya muncung plastik yang digigit di bahagian bucu tersebut. Cara legend yang pelajar sekolah sahaja yang selalu buat bila beli makanan di kantin.

Sedaya-upaya Mia menahan mimik wajahnya supaya tidak berubah cemberut. "Seriuslah kau nak bagi bekas mulut kau dekat aku?"

Aisyah mengangguk laju seraya tersengih suka.

Mahu tak mahu, terpaksalah Mia menyambut plasik putih berisi nasi goreng rakan baiknya itu lalu disuap ke mulutnya sendiri. Bukan apa, sebenarnya Mia jenis agak peka dengan bab kebersihan. Dia kurang gemar berkongsi makanan dengan orang lain kecuali dengan mama dan papanya sendiri. Tapi demi menjaga hati rakan baiknya, kerana terpaksa Mia relakan sahaja.

"Sedap, kan?" soal Aisyah dengan sepasang mata yang berbias riak teruja.

"Sedap..." Lambat-lambat Mia menyahut. Walau rasa nasi goreng itu memang sedap seperti yang dihebohkan oleh Aisyah, entah mengapa rasa laparnya yang berdangdut di tali perut sejak tadi kini hilang bagai ditiup angin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Orked Damia (OG)Where stories live. Discover now