BAB 4 : Jaga-jaga

202 35 3
                                    

"APA aku nak jawab dengan parents kau ni, Mia? Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA aku nak jawab dengan parents kau ni, Mia? Allah..." Aisyah berkeluh-kesah sejak tadi melihat kecederaan pada lutut rakan baiknya itu. Walaupun luka tersebut terlindung di sebalik seluar, Aisyah tidak rasa ibu dan bapa Mia tidak akan dapat menghidu perkara ini. Sudahlah Mia merupakan anak emas mereka berdua. Pening kepala dia dibuatnya.

"Alah. Mama dengan papa mesti tak tahu punya kalau aku tak cakap apa-apa," ucap Mia, bersahaja. Seakan tidak terkesan apa-apa.

"Kalau itu parents kau, aku rasa dia orang mesti dapat tahu punya sebab kau kan anak manja papa dan mama kau. Lagipun, parents kau jenis strict. Ini first time kan kau tipu mama dan papa kau sebab nak ikut aku?"

Mia mengangguk dengan wajah polosnya.

Melihat itu, semakin serabut kepala Aisyah dibuatnya. Sudahlah mama dan papa Mia jenis agak tegas. Entah bagaimana dia mahu menjawab nanti.

"Lagi satu, aku tak fahamlah kenapa Si Amzar mangkuk hayun tu buat kau macam tu. Memang tak patut tau dia cederakan perempuan. Tak gentle betul! Selama ni aku sanjung gila Amzar tu." Aisyah menghentak kedua belah kakinya di dalam Grab. Membayangkan bahawa dia sedang memijak wajah kacak milik Amzar Bakhtiar. Nafas didengus kasar. Sungguh dia tidak sangka lelaki sebaik Amzar sanggup mencederakan rakan baiknya sendiri.

"Dahlah. Salah aku juga. Kalau aku tak masuk campur tadi, mesti tak jadi macam ni..." Kendur sahaja suara Mia kedengaran.

"Kalau ya pun, boleh kot cakap elok-elok. Tak payahlah gunakan kekerasan."

Mia kunci mulut. Tidak tahu mahu menyampuk apa. Jauh di sudut hati, Mia rasa apa yang diperkatakan oleh Aisyah itu ada betulnya juga. Tapi itulah. Dia tidak sangka lelaki yang disanjung ramai orang di sekolahnya itu sanggup bertindak sedemikian kepada dirinya sedangkan kesalahan yang dia lakukan tidaklah besar mana pun sebenarnya.

"Dah nak sampai dah rumah kau." Aisyah bersuara apabila Grab yang dinaiki mereka kini sudah memasuki kawasan perumahan elit itu.

Anak mata Mia memanjat naik melihat banglo-banglo kepunyaan jirannya. Disebabkan dia jenis jarang keluar rumah, dia tidak berpeluang mengenal jiran-jirannya yang tinggal di situ. Melainkan jika papa dan mamanya dijemput menghadiri sebarang majlis.

Itu pun dia tidak berminat untuk bercampur dengan anak-anak rakan ibu bapanya. Maklumlah, kebanyakan daripada mereka suka bersosial. Mia pula tidak begitu. Sejak kecil, dia sudah dididik hidup dalam keadaan sederhana dan tidak terlalu mewah.

Pada awalnya, Aisyah berasa tidak selesa untuk berkawan dengan Mia disebabkan taraf hidup mereka yang agak berbeza. Namun setelah disantuni baik oleh mama dan papa Mia, Aisyah tidak berasakan bahawa orang tua rakan baiknya itu seperti tipikal orang kaya yang dia selalu lihat di kaca televisyen. Puan Yati dan Encik Hisham melayannya dengan baik sekali. Gaya hidup mereka pun tidak ternampak terlalu gah. Biasa sahaja seperti dirinya.

Orked Damia (OG)Where stories live. Discover now