BAB 3 : Perlawanan Berdarah

221 34 21
                                    

Jangan lupa drop komen supaya saya rajin update, hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangan lupa drop komen supaya saya rajin update, hehe






BALIK sahaja dari sekolah, Mia terus selongkar almarinya untuk mencari baju yang ingin dipakai pada petang ini. Bukan apa, maklumlah ini kali pertama dia ingin menyaksikan permainan sepak takraw yang diadakan di sekolahnya. Sebelum ini dia buat endah tak endah sahaja. Tiada minat untuk menonton atau menjadi tukang sorak.

Aisyah pula beriya ingin membawa sepanduk dan poster tertera gambar ahli Midnight Wolves. Katanya, tak sah kalau pergi perlawanan macam tu tapi tak beri sokongan yang padu kepada idola pujaannya itu.

Ikut kaulah Aisyah, asalkan kau bahagia!

"Mia jadi ke nak ikut papa dengan mama keluar dinner hari ni?" soal Puan Yati yang berada di hadapan pintu bilik Mia.

"Tak kot, mama. Mia dah janji dengan Cah nak study sama-sama."

Dalam diam, rasa bangga kini menyusup ke dalam relung hati Puan Yati. Terharu dengan sikap ringan tulang puteri tunggalnya itu.

"Baiklah. Nanti mama cakap dekat papa yang Mia tak ikut kami hari ni. Nanti kunci Mia ambil dekat tempat biasa ya kalau mama dengan papa lambat balik nanti."

"Baik, mama!"

Sebaik sahaja bayang Puan Yati menyirna dari pandangan, keluhan halus kini terhembus dari bibir Mia. Rasa serba salah menghurung dirinya apabila memikirkan kembali riak teruja yang terlukis di wajah mamanya sebentar tadi.

"Maafkan Mia, ma. Ni first and last Mia tipu mama," bisik Mia seraya tersenyum hambar.








"CEPATLAH Mia! Kaunter pendaftaran dah dibuka tu."

Termengah-mengah Mia membawa tubuh gempalnya mengekori langkah Aisyah seperti lipas kudung itu. Sebenarnya tak lambat pun. Tapi Aisyah kata dia nak duduk dekat seat VIP. Sebab tu kena datang awal. Peerah!

"Ahli Midnight Wolves FC ke?" soal salah seorang pelajar senior perempuan yang menjaga kaunter.

"Yes!"

"Okay, sila scan membership card dekat sini ya. Poin dalam kad ni boleh guna untuk dapatkan diskaun."

Dengan hati yang girang, laju sahaja Aisyah meletakkan kad ahlinya pada mesin pengimbas yang disediakan di situ. Sesaat, anak matanya dihalakan pada wajah Mia yang berada di sisinya.

"Alright. Tapi kawan saya ni dia bukan member, boleh tak kalau akak buatkan untuk dia sekali?"

Mata Mia sudah membuntang hebat. Sungguh dia tidak pernah ada niat untuk menjadi ahli kelab peminat idola rakan baiknya itu. Bukan ada faedah pun, fikir Mia.

"Boleh. Tapi kadnya dapat minggu depan."

Mia sudah menarik hujung baju Aisyah. Dahi berkerut halus. "Kenapa kau daftarkan aku ni, Cah?"

Orked Damia (OG)Where stories live. Discover now