BAHAGIAN 6 : BERMALAM

50 12 3
                                    

Matahari mula terbenam di belah barat, memberi peluang kepada sang purnama untuk menyinari kegelapan malam. Suasana perkampungan Teluk Pencalang sunyi sepi, tiada sebarang aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung. Rumah kediaman penduduk kampung juga tidak dinyalakan. Malam ini merupakan sebuah malam yang suram buat Izlan dan Luna.

"Assalamualaikum. Cik Minah," sebuah kedai runcit kecil yang tidak jauh dari rumah sewa diperiksa oleh Izlan. Dia membawa sebilah pedang buaya berenang dan sepucuk pistol bersamanya sebagai senjata.

  Walaupun kedai yang kecil, namun keselamatan diri haruslah dititikberatkan. Izlan memeriksa setiap penjuru kedai runcit Cik Minah. Keadaan selamat dan tiada seorang pun yang menjaga kedai itu.

"Hish, gelap lah," Izlan menekan suis lampu yang terletak pada dinding kedai. Cahaya lampu mencerahkan seluruh dalaman kedai kecil itu.

  Izlan mengambil dua bungkus roti potong dan dua botol air mineral. Sebotol air berkarbonat berperisa oren turut diambil olehnya. Lalu dia membawanya ke kaunter untuk dibayar.

"Eh kejap? Hish! Bodohnya aku ni! Mana ada orang jaga kaunter! Aduh!" Izlan mengutuk dirinya sendiri. Lalu dia melayan diri dengan membungkus barang-barang tersebut di dalam beg plastik yang besar.

  Hmmm, kalau dalam cerita zombi, semua barang-barang kat mana-mana kedai adalah free. Aku ambik jelah, getus hati Izlan. Dia dengan senyuman gembiranya membawa keluar barang-barang yang diambil dalam kedai itu dan diletakkan di atas tempat duduk hadapan belah penumpang kereta BMW miliknya. Lantas dia masuk ke dalam perut kereta dan bergegas pulang.

° ° ° ° °

"Luna, Assalamualaikum. Bukak lah pintu ni,"

"Waalaikumussalam, ye kejap,"

  Luna bangun dari sofa dan segera menyambut kepulangan Izlan.

"Dua bungkus roti potong, dua botol besar air mineral dan sebotol air berkarbonat flavor oren," Izlan menyerahkan plastik itu kepada Luna.

"Boleh lah tu. Daripada takde langsung. Jadi, ada baki tak?" tanya Luna. Sebelum Izlan ke kedai, Luna yang memberikan duit kepada jejaka itu andai ada orang yang masih berniaga tatkala pandemik sedang menyerang seluruh negara.

"Haha, tak payah lah Luna. Ambik jelah balik duit awak ni. Time wabak zombi macam ni awak ingat ada tauke kedai nak jaga kedai mereka ke? Takde, Cik Minah pun takde masa saya datang tadi," balas Izlan dan dia memulangkan semula duit Luna.

"Hmmm, betul jugak tu," Luna menyimpan duitnya semula di dalam dompet.

  Izlan pula menuju ke dapur dan mengambil dua buah cawan dan mentega kacang untuk disapu di atas roti. Itu sahaja lah santapan mereka di waktu malam. Izlan turut meletakkan ketulan-ketulan ais ke dalam sebuah jug plastik lalu dibawa ke ruang tamu.

"Tau tadi saya ambik barang banyak sikit tadi," kata Izlan seraya menuang air oren berkarbonat ke dalam jug.

"Kenapa awak tak ambik banyak-banyak tadi?" tanya Luna.

"Risau, karang berlama-lama di luar nanti ada yang datang memburu. Kita tak tau zombi-zombi ni memburu pada waktu malam ke tak," balas Izlan.

"Air kosong atau oren?"

"Air kosong jelah," balas Luna. Izlan menuangkan air kosong ke dalam cawan Luna.

PANDEMIK Where stories live. Discover now