BAB 18 : KOMPLEKS LATAR

17 7 0
                                    

Sudah tiga hari mereka bertiga menjadikan Teratak Cabin Cik Leha sebagai tempat tinggal sementara. Tetapi misi mereka untuk menuju ke pusat pemindahan terbesar iaitu UiTM Shah Alam mesti diteruskan.

"Izlan, kamu pasti dah betul-betul baik ni?" soal Pakcik Azharil.

  Sememangnya Izlan yang menjadi pemandu kereta. Hendak harapkan Pakcik Azharil, dia sudah lupa cara hendak bawa kereta. Luna pula pandai memandu tetapi dia tidak mahir mengendalikan kereta mewah. Setakat kereta Proton Saga FLX dia boleh bawa lagi.

  Salah satu sebab mengapa Izlan pandai membawa kereta berjenama mewah kerana dahulu dia pernah menjadi pemandu peribadi arwah Encik Azli menggunakan BMW 512e milik majikannya jika dia ada perjumpaan dengan majikan-majikan Petronas di Kuala Lumpur.

"Ye, saya ok. Dah, kita kena teruskan perjalanan. Bungkus barang korang," kata Izlan dan dia menuju ke kereta. Menyimpan barang-barang yang penting untuk dibawa bersama.

  Luna pula sedang mengemas barangnya lalu dimasukan ke dalam beg galas. Ketika dia keluar dari kabin, dia melihat Izlan sedang sibuk melakukan kerja menyimpan barangan di dalam bonet kereta.

"Sttt erhh..."

  Kelihatan Izlan dari tadi menahan sakit terhadap kecederaannya. Luna hanya menggeleng kepala lalu dia mendekati Izlan.

"Awak stand by saja dalam kereta. Biar saya dengan Pakcik Azharil masukan barang-barang," kata Luna dan dia menolong Izlan memasukkan barang-barang ke dalam bonet.

  Izlan hanya mengangguk lalu dia mengundur ke belakang perlahan-lahan. Lalu dia masuk ke dalam perut kereta di tempat pemandu.

"Awak boleh drive kan?" tanya Luna di balik cermin kereta yang terbuka.

"Ye, saya boleh. Jangan risau," balas Izlan. Enjin kereta dihidupkan dengan sekali ketik menggunakan push-start button.

"Ok, semua barang dah takde. Boleh lah kita gerak sekarang," ujar Pakcik Azharil yang selesai memeriksa setiap kabin. Takut tertinggal apa-apa barang yang penting.

"Baik, periksa senjata korang. Kat luar sana banyak ancaman yang tengah tunggu kita," arah Izlan sambil memeriksa kondisi senapang patahnya di dalam kereta.

  Luna dan Pakcik Azharil juga memeriksa kondisi senjata masing-masing. Setelah selesai, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Izlan memulakan perjalanannya menuju ke PPS UiTM Shah Alam.

*****

Kereta BMW yang dipandu oleh Izlan memecut laju membelah lebuhraya LATAR setelah melalui Bukit Rotan. Ikutkan Izlan boleh sahaja jalan terus menggunakan jalan pekan kerana dia boleh mencari bekalan dengan mudah. Namun, dia berpendapat menggunakan lebuhraya adalah alternatif yang paling cepat untuk mereka sampai ke Shah Alam.

"Ok, ini tak bagus," kata Izlan yang sedang memandu.

  Sejak mula memasuki LATAR, kereta-kereta pelbagai jenis banyak ditinggalkan oleh pemiliknya di atas lebuhraya kerana ingin menyelamatkan diri. Bila semakin jauh mereka menggunakan lebuhraya itu, semakin banyak kereta yang menghalang laluan mereka.

"Izlan, ada apa ni? Kamu ok ke?" soal Pakcik Azharil kerisauan melihat raut wajah Izlan yang gusar itu.

  Lantas Izlan memberhentikan keretanya apabila melihat banyak kereta yang ditinggalkan di atas lebuhraya. Lelaki itu menghela nafas berat.

PANDEMIK Where stories live. Discover now