1

14 1 0
                                    

   Titisan titisan darah itu dilihat dengan dada yang berdebar kuat. Manusia yang dijangkiti virus didepannya ini telah pun mati akibat kapakan dari sepupunya. Daniel.

   "Lari semua! Kita tak boleh tangguh lagi perjalanan kita. Kita perlu keluar dari negara ni!"

   Ujar seorang gadis yang merupakan kekasih kepada Daniel. Fia.

   Kesemua manusia yang tinggal menganggukkan kepala sebelum mengorak langkah lebih laju untuk kembali maju ke depan setelah dihalang oleh satu zombie tadi.

   Wajarlah. Umur mereka masih dibawah 18 tahun. Sudab tentu kudrat mereka sedikit lemah ingin melawan zombie yang mengawal tubuh yang lebih besar.

   "Aku rasa lebih baik kita cari makanan dulu dalam setiap bilik. Berpecah dangan pasangan."

   Tegas sahaja arahan Daniel kepada semuanya sebelum menarik tangan kekasihnya ke ruangan bilik ditepi untuk mencari makanan.

   Melihat yang lain mula berpencar. Shahrul dan Alesya juga ikut berpencar. Tetapi tidak berdua, melainkan berpencar seorang diri.

   Pergaduhan diantara mereka berdua sewaktu T belum pulih sepenuhnya. Saling membenci antara satu sama lain.

   Walkie talkie yang didapat dari sekolah bulan lepas di keluarkan dari poket sebelum dihidupkan.

   Pintu bilik paling hujung dibuka perlahan oleh Alesya. Berwaspada jikalau didalamnya ada makhluk seperti 'zombie'.

   Setelah merasa aman. Pintu itu pun dikuak luas sebelum dikatup semula. Tetap menyalakan walkie talkienya.

   Sekeliling bilik yang berselerak itu dipandang sepi sebelum dirinya cepat cepat mendekati peti ais untuk mencari makanan yang boleh dijadikan bekal dalam perjalanan mereka.

   Setelah mengambil makanan di peti ais. Setiap laci juga menjadi tempat pencarian Alesya. Diselongkar sahaja semuanya sehingga ikut berselerak.

   Cukup 10 minit jugalah dia didalam bilik itu untuk mencari makanan. Apabila merasakan semua makanan didalam bilik itu diambil.

   Alesya mula menzip bagnya lalu disangkutkan kebelakang. Tetapi baru sahaja dia ingin berputar.

   Tiba tiba tubuhnya dihempap sesuatu yang membuatkan tubuh Alesya yang tidak bersedia ikut terjatuh. Bag yang belum sempat di sangkutkan kebahunya jatuh ke atas lantai secara terbaring.

   Benda yang menghempapnya tadi dipandang sedikit takut. Zombie!? Dari mana datangnya zombie ini !?

   ARGG!!

Sedaya upaya Alesya menahan mulut zombie itu dari terbuka dengan tangannya. Dia tidak ingin wajah zombie itu mendekati lehernya.

   "Argg!!"

Jerit Alesya sakit apabila tangannya mula mengeluarkan darah diakibatkan gigitan tersebut. Bebola matanya mula membesar.

   Tak.. tak mungkin..

Alesya!? Kau ok tak !? Kau dekat mana sekarang ni !?

   Suara kerisauan Fia dari walkie talkie didengar tanpa berbalas. Dirinya masih mencuba untuk melepaskan diri dari himpitan zombie tersebut.

   Terlalu berat.. kudratnya masih lemah. Selemah kerinting pokok.

   Tangannya yang digigit tadi disingkirkan kekiri untuk mencapai sesuatu. Manakala sebelah tangannya lagi yang memegang walkie talkie disuakan masuk kedalam mulut zombie tersebut.

   Dia tau yang suara zombie itu akan kedengaran di walkie talkie kawannya yang lain.

   Pisau belati yang tercampak ditepi tadi digapai sedaya upaya sebelum mencucuk pisau tersebut tepat di urat nadi zombie tersebut. Leher..

ZOMBIELANDWhere stories live. Discover now