6

5 1 0
                                    

   Pintu depan rumah dibuka perlahan sebelum ke8 manusia tersebut melangkah masuk kedalam.

   Tak lekang terus wajah Shahrul dari tersenyum apabila dapat kembali pulang ke rumah megahnya.

   Sekeliling rumah itu ditatap kagum. Cantik dan kemas! Tiada perabot yang rosak. Seperti rumah ini tidak disentuh sama sekali oleh para makhluk makhluk tersebut.

   "Jom masuk. Aku akan hidupkan mesin keselamatan rumah ni dulu."

   Ujar Shahrul sebelum berjalan kearah satu ruangan di dalam dapur.

   Mereka semua sekadar mengangguk sebelum berjalan ke arah sofa. Masing masing mengambil tempat duduk.

   Rumah yang tadi biasanya kini dipenuhi dengan cahaya berwarna hijau disekeliling rumah megah milik Shahrul. Pelik mereka semua melihatnya.

   Apabila jejaka itu keluar dari area dapur. Damia terlebih dahulu menanyakan apa lampu hijau tersebut.

   "Oh.. tu keamanan rumah ni. Sesiapa yang sentuh akan terburai kecuali orang dalam rumah ni sahaja. Yang dekat luar tak boleh sentuh."

   Masing masing menganggukkan kepala tanda faham akan penjelasan Shahrul sebentar tadi.

   "Aku nak mandilah Shah.. bilik mandi ada dekat mana ?"

   Soal Alesya yang diangguki oleh gadis gadis yang lainnya.

   "Kat atas. Pergi je mana mana bilik. Ada lah tu tandas, rumah ni cuma ada 6 bilik je. Jadi kena dua orang kena kongsi bilik dengan dua orang lagi."

   Ujar Shahrul lagi dan hanya diangguki oleh mereka. Akhirnya Alesya terlebih dahulu berdiri kemudian melangkah naik keatas.

   Rimas dengan badan sendiri apabila merasakan melekit akibat darah darah.

   Diikuti kawan kawannya yang perempuan. Biasa.. perempuan kena mandi, tak boleh tak mandi 😌

   "Boys ? Nak makan ?"

"Jom ah masak. Aku dah lapar ni." Ujar Hanif sebelum berdiri kemudian melangkah kedapur diekori Shahrul.

  Sembari berbual itu ini meninggalkan Wan dan juga Danish diruang tamu.

   "Siapa nama perempuan tadi tu ?"

Soal Wan secara tiba tiba yang membuatkan Danish pelik. Perempuan mana ? Ada 4 perempuan yang dia kenal sekarang ni.

   "Perempuan mane ? Si jebon ke ?" Soal Danish semula dengan muka polos nya.

   "Yang itu tadi.. Al.. Al ape ?"

"Al.. ? Alesya ke ?" Soal Danish lagi sembari mengecilkan matanya. Seperti ada something dengan lelaki ditepinya ini.

   "Ha ye. Dah, aku nak tolong Shahrul dengan Hanif tu jap. Kau duduk sini nak merempit pun takpe."

   Gumam Wan sebelum berdiri kemudian melangkah kearah dapur juga meninggalkan Danish seorang diri diruang tamu dengan dahi yang berkerut.

   Pelik dengan perangai orang baru tersebut.

"Lan jiao ni ma lee.." *bergurau anak anak 😇*

                                ۝۝۝

   "Fuh segarr.. baju Shahrul ni pun besar sangat mat."

   Rungut Alesya apabila hanya mampu memakai baju kemeja Shahrul sahaja memandangkan baju kemeja tersebut paras pahanya.

   Nak pakai seluar lelaki itu. Lagilah! Dahlah longgar. Panjang pulak tu. Tak ke naya terburut nanti. Akhirnya dipakai sahaja kemeja lelaki itu dan juga seluar dalam.

ZOMBIELANDWhere stories live. Discover now