10

5 1 0
                                    

   "Eh? Kemana satu lagi botol cecair anty virus ni ?" Soal Shahrul pelik sembari mencari diseluruh ruangan tengah yang merupakan ruangan saintis itu.

   "Kau ada letak dekat mana mana ke ?" Soal Hanif semula.

   "Kan lepas keluar dari makmal ni aku simpan dekat tempat dia semula. Takkan boleh hilang ?"

   Dengusan kesal dilepaskan. "Tulah. Cuai sangat, cuba tanya yang lain. Mana tau diorang ada nampak ke ape." Cadang Hanif.

   "Mm.. nantilah, kita teruskan dulu projek ni."

Hanif sekadar menganggukkan kepala sebelum mencampurkan herba hijau dan juga herba kuning kedalam satu balang. Kemudian mencampurkan pula herba pink diatasnya.

   Kemudian balang tersebut diisi dengan cairan yang mereka buat kemarin. Setelah itu balang kecil itu ditutup lalu disimpan di dalam meja.

   "Kau.. tak rasa ada 'something' dengan Alesya tak ?"

   Terhenti terus pergerakan Shahrul apabila mendengar soalan Hanif secara tiba tiba. "Apa maksud kau ?" Soal Shahrul semula.

   "Tak.. aku just rasa ada 'something' dengan dia. Entahlah.. perasaan aku je kut."

    Ujar Hanif sebelum bergerak ke meja seterusnya. Mengambil beberapa alat untuk dilakukan uji kaji kepada herba yang dibuatnya tadi.

   Malahan Shahrul hanya mendiamkan diri. Tidak faham dari kata kata yang Hanif cuba sampaikan tadi.

   'something' ? Something apa ? Ada apa dengan Alesya ?

   Uji kaji itu dilanjutkan tanpa suara sama sekali.

                                 ۝۝۝

   "Power siak korang menembak!"

Ujar Damia sembari menepuk nepuk tangannya kuat. Bangga mendapat tim begini.

   "Biasalah! Tengoklah anak sape." Ucap Danish bangga sebelum mengibas sekali rambut hitamnya.

   Nak termuntah juga manusia didalam ruangan perlatihan menembak apabila melihat gaya gedik Danish.

   "Aku tak cakap kau pon." Gumam Damia dan dibalas jelingan oleh Danish.

   "Dah dah jangan gaduh." Ucap Adila.

Alesya sekadar memandang mereka ber4 sebelum melangkah mendekati Fia yang sedang merenung ke arah pintu ruangan itu.

   Perlahan Alesya melabuhkan punggungnya diatas kerusi panjang lalu memegang bahu Fia yang membuatkan gadis itu sedikit terkejut.

   Sebuah senyuman kecil dihadiahkan. "Jangan sedih.. aku dah jumpa kebahagian kau.. aku harap.. selepas kebahagiaan kau, jangan jadi sedih lagi ok ? Ikhlaskan semuanya." Ucap Alesya perlahan sebelum meneguk air minumannya.

   Naik bingung juga Fia dibuatnya. "Apa.. maksud kau ni ?" Soal gadis itu pelik.

   Malahan Alesya sekadar tersenyum kelat sebelum berdiri kemudian melangkah masuk kedalam bilik perlatihan kaca untuk menembak.

   Soalan Fia yang tadi dibiar begitu sahaja. Biarlah masa yang akan menjawabnya nanti.

   "003 dipersilakan masuk kedalam ruangan perlatihan"

   "Aduhh.. aku baru rehat sekejap tadi. Tak sampai 10 minit pun tau!" Rungut Danish lalu berdiri kemudian melangkah masuk ke ruangan ketiga.

   "Banyak songeh ah kau ni. Macam mana nak tambah skill nanti ?" Ujar Adila sembari menjeling adik sepupunya itu.

ZOMBIELANDWhere stories live. Discover now