5

5 1 0
                                    

   Akhirnya mereka berdua memutuskan untuk pulang terlebih dahulu. Lebih baik mencari beramai ramai daripada mencari berduaan. Ianya sungguh susah untuk ditemui.

   Baru setapak sahaja mereka melangkah. Tiba tiba langkah mereka terhenti tatkala melihat segerombolan zombie yang berkumpul ditempat dimana mereka berkumpul sebentar tadi.

   Hanif meneguk air liur kasar. Dimana mereka ber5!?

   Tolong jangan kata...

"Hanif arah sini" ujar Alesya perlahan sebelum menarik tangan Hanif agar memasuki satu bangunan kosong.

   Apakah ini jalan yang benar untuk menemui kawan kawan mereka yang lainnya ? Atau malah sebaliknya ?

   Pintu bahagian belakang bangunan menjadi tujuan mereka berdua.

   Setelah sampai. Kedua manusia itu pun keluar secara perlahan melalui belakang bangunan sebelum berjumpa pula dengan tiga zombie yang sedikit jauh dari mereka.

   Yang lebih mengejutkan. Ketiga zombie itu tengah melahap sesuatu yang merupakan seseorang.

   Membeliak kedua mata mereka berdua melihat zombie zombie itu sebelum bersembunyi disebalik kereta. Siapa orang tersebut ?

   Jangan katakan itu adalah antara dari mereka yang masih hidup. Tolong jangan katakan itu..

   "Kita perlu lari segera sebelum diorang perasan dengan kehadiran kita." Ujar Hanif yang masih memandang kearah ketiga zombie tersebut yang hanya memakan tubuh mati tersebut.

   Sehingga mengeluarkan organ dalaman. Agaknya zombie zombie sekarang mula mengganas akibat kelaparan. Bagaimana ini ?

   "Kita nak lari ke mana ? Walaupun diorang buta. Tapi penghiduan diorang tajam Hanif." Ujar Alesya pula yang membuatkan Hanif terdiam seketika.

   Ada betulnya juga kata Alesya itu. Takkan nak lawan ketiga zombie itu baru lari ?

   Takut sahaja ketika mereka berdua lawan akan ada zombie lain lagi yang akan menerpa kearah mereka.

   "Slow slow. Lari kemudian sorok disebalik kereta yang ada."

   Akhirnya diangguki sahaja oleh Alesya sebelum mengekori langkah Hanif yang sudah terlebih dahulu maju kehadapan.

   Ingin menghindari zombie tersebut tanpa terlihat. Seperti ninja pada pagi hari.

   Setelah merasakan jauh dari zombie zombie tadi. Mereka berdua mula berhenti seketika sebelum masing masing menyandarkan belakang badan di tepi kereta.

   Penat berlari dalam keadaan badan membungkuk agar tidak terlihat tadi.

   Keluhan nafas dikeluarkan sebelum walkie talkie yang ada diambil dari dalam poket seluar.

   Alat penghubung itu dihidupkan.

Srrtt

   "Hello? Anyone there.. ? Shahrul ? Sayang ?"

Panggil Hanif melalui walkie talkie tersebut sembari matanya tak lekang memandang kearah walkie talkie tersebut. Hatinya mula merasakan risau.

   Apalagi ketika mereka kesana. Sudah banyak zombie yang berkumpul disitu terlebih dahulu, ini juga salah mereka.

   Kenapa harus berpencar kalau boleh bersatu ? Arg! Semua rencana hancur!

   "Shahrul.. ? Adila? Korang ok tak ?" Panggil Hanif sekali lagi.

   Peluh mula bercucuran jatuh dari dahinya. Terlalu merisaukan keadaan tentang kawan kawannya.

   Begitu juga dengan Alesya yang hanya mampu mendengar sahaja ucapan lelaki ditepinya ini.

ZOMBIELANDWhere stories live. Discover now