4

7 1 0
                                    

   Jalanan sunyi itu ditatap kosong. Pemandangan di kota sabah hanya dipenuhi dengan kepulan asap dan juga bangunan bangunan yang hancur. Terbakar.

   Hanya tersisa 7 manusia sahaja yang tinggal untuk bertahan hidup. Bagaimana semua ini boleh berlaku ?

   Umurnya masih 16. Tidak mampu untuk menghadapi hal hal mengerikan begini. Biasanya.. Alesya sekadar melihat adegan ini di movie sahaja.

   Tapi kini.. semuanya terjadi didunia nyata, untungnya dia ahli dalam menembak. Mempertahankan diri dan yang lainnya.

   Semua atas ajaran orang tuanya dahulu.

Keluhan nafas dihembus perlahan sembari menjatuhkan pandangannya kearah kawan kawannya yang berjalan dihadapan, meninggalkannya berjalan di belakang.

   Biarlah jarak mereka jauh. Dia takut.. ketika dirinya berubah, kawan kawannya akan ikut serta kerana digigit olehnya.

   Jadi lebih baik dia menjaga jarak dari sekarang. Tugasnya hanya satu.. menyelamatkan Daniel dan.. ikut pergi bersama makhluk makhluk yang lainnya.

   I'm sorry..

"Kita nak pergi mana selanjutnya ?" Soal Danish kepada Shahrul.

   "Aku rasa kita patut balik rumah aku dulu. Kita perlukan senjata dan alat alat lainnya untuk pertahan diri, rumah aku ada ruang bawah tanah."

   Jawab Shahrul yang alhasil mengejutkan yang lainnya. Kenapa mereka tidak pernah tau tentang rumah Shahrul bahawa rumah lelaki itu mempunyai ruang bawah tanah.

   Padahal mereka sudah banyak kali ke rumah lelaki itu. Dan baru sekarang mereka mengetahui ruang bawah tanah itu wujud.

   "Asal tak cakap awal awal ?" Soal Adila seraya memandang kearah Shahrul dengan tatapan tidak berpuas hati. Kawan ke macam tu ?

   "Saje. Nak berahsia sikit."

Jelingan tajam diberikan kearah Shahrul sehingga lelaki itu menggosok gosok belakang tengkuknya canggung.

   "Kita pergi rumah kau pakai apa ?" Soal Hanif

"Kereta ?"

   "Tak mungkin yang kita akan dapat kunci kereta. Lagipun kalau pakai kereta, akan memancing para zombie untuk kejar kita."

   Semua terdiam seketika mendengar ucapan Alesya sebentar tadi. Ada betulnya juga, tapi ingin menaiki apa untuk kerumah Shahrul ?

   Takkan nak jalan kaki. Sudah tentu mereka akan lambat sampai dan lebih membahayakan nyawa masing masing ketika berhadapan dengan segerombolan zombie zombie tersebut.

   "Kita terpaksalah naik kereta untuk kesana. Soal zombie jangan risau, biar aku yang handle " Ujar Hanif setelah lama berdiam diri.

   Akhirnya dianggukkan sahaja oleh yang lainnya. Apa boleh buat ? Ini sahajalah satu satunya cara untuk sampai kerumah Shahrul.

   "Shahrul. Kau pandu ke rumah kau. Sya, ikut aku untuk cari kunci kereta yang ada."

   Ujar Hanif sebelum melangkah kearah bertentangan diekori Alesya dibelakangnya. Sedangkan yang lain hanya mendiamkan diri sahaja disitu.

   Menunggu kepulangan dua insan tersebut sebelum mereka bergerak.

                               ۝۝۝

   "Asal masuk rumah kecil ni ?" Soal Alesya perlahan sembari melangkahkan kakinya masuk kedalam sebuah rumah batu yang sederhana kecil itu.

   Dengan rupa yang dipenuhi darah. Membuatkan bulu roma Alesya serta merta berdiri. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja yang ada.

ZOMBIELANDWhere stories live. Discover now