01

949 34 1
                                    


~~

"Qisya, bangun." kejut seorang perempuan yang sudah agak berumur. Ibu kepada Qisya, Puan Thurayya.

Qisya tak terus bangun, dia berpusing membelakangi ibunda nya. Dia mengantuk sangat. Semalam mungkin dalam pukul 2 baru dia tidur.

"Kakak bangunlaa, nanti dah lewat nak pergi sekolah. Tula semalam tidur pukul berapa tahu, mulala liat nak bangun," Puan Thurayya dah mula keluarkan kuasa vetonya.

"Yee okey," Balas Qisya tapi tak menunjukkan tanda yang dia akan bangun.

Puan Thurayya menggeleng, dia menutup kipas dan membuka lampu bilik anaknya. Dia tahu tu kelemahan anaknya. setelah itu dia terus keluar dari bilik.

"Eee Ibuuu." Keluh Qisya. Dia memang sejenis tak boleh lelap kalau ada lampu. Silau.

dia pun bangun dengan pasrahnya. dia melihat jam di telefonnya.

5:30am

"haih awal lagi, ibu ni.." tapi apekan daya. setelah termenung dalam 5 minit dia pun bangun dari katil dan kemas tempat tidur. dah menjadi rutin buatnya.

lepastu dia ambik tuala dan pergi mandi.


"kakak, makan dulu ni dengan Baba, Ibu nak kejut adik kamu." Suruh Puan Thurayya. Qisya mengangguk sahaja.

Bau nasi goreng memenuhi ruang makan. Nasi goreng Ibu memang on top. Sedapp.

"Selamat pagi baba." Ujar Qisya pada Encik Imran yang sedang menikmati nasi gorengnya.

"Pagi anak baba." Sambutnya dengan mesra.

Qisya duduk di hadapan ayahnya. Dia mengambil pinggan untuk isi nasi goreng. Dia sebenarnya bukan sejenis yang sarapan tapi kalau Ibu masak dia akan makan. Ibu jarang masak breakfast sebab ibu kerja. Tapi kalau dia cuti memang dia akan masak.

"Ibu cuti ke Baba?" Tanya Qisya.

"Taklah, harini kan selasa,"

"Sempat pulak Ibu masak breakfast," Ujarnya.

"Ibu bangun awal harini, ape salahnya. Lagipun ibu tahu kamu semua mesti rindu nak makan Ibu masak." Jawab Ibu dari belakang. Ibu turun dengan Qhaira.

Adik Qisya baru berumur 5 tahun. Jauh sangat gap tahun antara mereka. Tahun ni Qisya dah 17 tahun. Ha jauhkan.

Qisya pun tak pernah expect dia akan dapat adik sebabtu dia sayang sangat dengan Qhaira.

"Adik dah bangun yee," Qisya cuit pipi Qhaira yang masih mamai. Comelnye ya ampun. Pipi nya gebu gebas.

Qhaira buat muka marah. "Akitla." Yee Qhaira masih pelat kalau bercakap. So cute bukan.

"Mandila adik, busuk." Usik Qisya.

"Eeee ne de," Qhaira memeluk tubuh.

"Adik nak nasi goreng?" tanya Qisya.

"Nanakk." Merajuk punya pasal.

sayang Where stories live. Discover now