04

446 32 0
                                    

__

Suria mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Dia baru sahaja selesai mandi dan nak turun makan dengan kedua ibubapa nya.

Jadi dia hanya biarkan rambut panjang nya terlerai sebab tak selesa nak ikat kalau basah. Dia pun turun dan pergi ke ruang makan yang dah tersedia makanan, air, pinggan, sudu, garfu yang pastinya dihidangkan dan disusun oleh Mamanya. Bibik dia cuti jadi mustahillah.

"Baru siap mandi ke Suria?" Soal Puan Seri yang sedang menuangkan air ke dalam cawan.

"Haah." Suria menarik kerusi dan duduk. Disebabkan Mama dan papa nya jarang berada di rumah jadi Suria lebih kepada pendiam dengan kedua mereka. Dia mudah rasa awkward dan rasa taknak bercakap.

"Tunggu papa kejap baru kita makan." Ujar Puan Seri dan duduk dihadapan Suria.

Suria melihat makanan yang Mama dia masak. Ayam masak merah. Fav dia.

"Suria macam mana sekolah?" Tanya Puan Seri.

"Ha? Oh okey je." Jawab Suria tanpa memandang Mama nya.

"Suria tak sihat ke? Mael cakap Suria tak sihat." Tanya Puan Seri. Mael tu nama driver keluarga mereka.

"Merepek je Abang Mael tu. Suria sihat je." Jawab Suria, acuh tak acuh.

Tiba tiba Papa Suria pun datang dan duduk di sebelah Puan Seri.

"Tak makan lagi ke?" Soal Encik Aqeel.

"Tunggu abanglah." Jawab Puan Seri.

"Oh." Selepas itu Encik Aqeel pun mengetuai bacaan doa makan.

Adat makan diorang perlu mendahulukan orang yang lagi tua terlebih dahulu. Jadi, Suria tunggu Papa dan Mama nya ambik lauk dulu. Tiba tiba Puan Seri letakkan lauk ayam masak merah tu di pinggan Suria.

Suria tersenyum kelat. "Suria tak makan bahagian dada ma.." Ujarnya perlahan.

"Makan jelah, sama je semua." Tegur Encik Aqeel.

Suria hanya diam mendengar itu.

"Ish abang ni."
"Kamu nak bahagian apa?" Tanya Puan Seri lembut.

"Takpela Ma, Suria makan je ni." Ujarnya tanpa reaksi dan hanya makan walaupun selera nya dah hilang.

Dalam hati mestilah dia terasa. Padahal daripada dulu Suria memang suka bahagian peha kalau ayam.

Puan Seri memandang suaminya dengan jelingan.

Encik Aqeel yang tak faham hanya meneruskan makan.

Puan Seri mengeluh.

"Suria esok cuti kan?" Soalnya pada anaknya.

Suria angguk.

"Jom teman Mama keluar. Dah lama kita tak keluar berdua."

Suria berhenti gaul nasi. Dia memandang Mamanya.

"Mama tak kerja ke esok?" Soalnya. Dulu selalu je Suria keluar dengan Mama dia tapi baru ni lepas Mama dia naik pangkat terus jarang. Nak tengok muka dekat rumah pun susah.

sayang Where stories live. Discover now