SEHARIAN didalam wad, Amanda akhirnya dibenarkan pulang dan dia terus dibawa pulang ke rumah bersama Hans. Dalam keadaan demam begini, Hans memang tak akan biarkan dia pulang ke kondominiumnya.
"Bobby, before tidur please make sure bos kesayangan you makan ubat atau you tahu apa I akan buat,"
"You can count on me, Hans" balas Bobby sambil membuat muka kereknya. Setakat Amanda, celah gigi dia je.
Hans angkat thumbs-up dan keluar dari bilik Amanda. Gina tutup pintu dibelakang Hans dan laju Bobby keluarkan telefon Amanda dari beg tangannya.
"Dari pagi Daniel tak berhenti call and hantar text dekat you, tak nak jawab ke Amanda?" Ujar Bobby sambil membuat muka geram.
"Tak nak."
Bobby memandang Gina. Gina angkat bahu dan rebahkan tubuh diatas katil bersebelahan Amanda. Kalau orang lain bolehlah dia pujuk Gina tapi lelaki itu adalah Megat Daniel. Itu dah diluar bidang kemampuannya.
•••
DANIEL meraup wajahnya. Dia risaukan Amanda dan bila satu pun panggilannya tak dijawab dari pagi tadi dia semakin risau. Teruk ke sakit Amanda sampai dia dibawa ke hospital?
Dia mula kesal kerana langsung tak berhubung dengan Amanda sepanjang seminggu ini. Tuhan sahaja tahu betapa sukarnya seminggu ini untuk hapuskan Amanda dari ingatannya dan susahnya untuk dia tahan diri dari hubungi Amanda.
Fikir dia, ini demi kebaikan hubungan dia dengan Emylia tapi kenyataannya keadaan semakin memburuk. Diri dan hatinya tak senang dengan keadaan sekarang dan bila jadi macam ini dia juga rasa bersalah pada Emylia.
Seminggu ini, dia dah Emylia baik-baik sahaja. Mereka keluar makan, berjumpa macam biasa, dia ikut Emylia ke event, dan buat semua benda yang mereka pernah buat dulu tapi semua benda yang dia buat bersama Emylia hanya mengingatkan dia kepada Amanda... tak kiranya sebanyak mana pun dia mengusir nama Amanda.
Dia tak mampu.
Semuanya rasa tak kena.
Dan semakin wajah Amanda datang, dia rasa bersalah kepada Emylia. Dia rasa seperti dia hanya memberi harapan palsu kepada Emylia bila Emylia ikhlas bahagia dengannya.
Wajah Emylia yang sudah muncul didepannya dipandang.
"Ada apa you nak jumpa I?" Soal Daniel perlahan.
Wajah Emylia jatuh. "Takkan I nak jumpa boyfriend I sendiri pun kena ada sebab sekarang?"
"Bukan tu maksud I,"
"Tak apalah... anyways, parents I dah jumpa dengan parents you..."
Wajah Daniel berkerut. Apa yang Emylia cakap ni?
"What?"
"Mhm... my dad dah buat keputusan untuk tunangkan kita berdua. As soon as possible,"
Tunang?
"Kenapa tak berbincang dengan I pun?" Soal Daniel mula tak senang dengan keadaan.
"I ingat you okay je. Papa you pun setuju dengan tarikh yang parents I dah tetapkan,"
Daniel raup wajahnya. "Papa I?" Daniel kemudia tersenyum sinis. "I am not agree,"
"Apa?" Giliran wajah Emylia pula runtuh.
"I nak jujur, I tak boleh teruskan hubungan ni. Hubungan kita." Balas Daniel berterus terang. 1 minggu berlalu. Makin lama dia terus berpura-pura makin dia nak gila. Dia semakin tak bahagia dan Amanda semakin jauh darinya. Emylia pun akan terus sakit.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...