Seduction | 11

6.3K 358 9
                                    

         "LIKE that Amanda! Yeah more! Give me more! Pout that sexy lips! Yeah that's my girl!" Suara Bobby tak henti-henti memberi semangat sambil matanya memerhati wajah Amanda dengan solekkan dari jenama antarabangsa yang sedang dia peragakan.

Ye, seperti biasa Amanda menjadi wajah untuk produk keluaran terbaru jenama itu.

"Okay perfect, Manda. Let's take a break" ujar Nick si pengurus penggambaran.

"Alright!"

Amanda keluar dari set dan menuju ke kerusi di bahagian belakang. Air mineralnya diteguk, haus. Bobby yang memekak, dia yang sakit tekak.

"I tengok Nick senyum je dari tadi tengok you. Kenapalah you selalu je reject dia tu. I mean, hello look at that perfect figure, cukup pakej" ujar Shay sambil menacap wajah Amanda.

"Maybe, he still not enough" balas Amanda sebelum ketawa, gurau. Mana mungkin lelaki sehangat Nick tak cukup.

"I pun tak tahulah, Shay. Mungkin I tak suka orang yang terlalu handsome macam Nick. You know, senang kena kacau" sambung Amanda lagi. Sejujurnya, dia masih belum bersedia dengan percintaan. Selesa hidup begini, boleh buat apa yang dia nak dan pergi kemana dia suka tanpa perlu menjaga hati seorang manusia.

Bebas. Lagipun, betul kan apa yang dia cakap? Lelaki kacak senang kena kebas.

"Cakap dekat diri sendiri ke duh!" Ujar Shay mendengar jawapan Amanda. Lelaki handsome senang kena kebas, habis dia yang cantik tu?

Amanda hanya ketawa dan tidak membalas.

"Okay done"

Amanda membuka mata sebaik Shay siap menacap wajahnya.

"You did perfect, darl. A little more shot then it's a wrap" ujar Asher merangkap jurugambar profesional yang baru muncul didepan mereka,  Amanda tersenyum menampakkan gigi. Akhirnya, penggambarang 3 jam berakhir tak lama lagi. Letih!

Pagi tadi, dia baru habis penggambaran yang memakan masa 6 jam dan selepas itu dia terus ke sini. Malam ini, dia ada program lain pula.

Matanya dihalakan kearah Bobby pula, lelaki berjiwa wanita itu sedang berbicara ditelefon. Serius sahaja wajahnya sebelum panggilan akhirnya dimatikan dan dia melangkah merapati Amanda. 

"You cakap dengan siapa?" Soalan Amanda dibalas dengan pandangan senget Bobby.

"Kenapa you tak bagitahu I you pergi galeri Rico dengan Daniel?"

Amanda jungkit kening. "Macam mana you tahu?" Soal Amanda. Rasanya, gambar yang dia minta dari Rico masih kemas didalam simpanannya dan belum dibuat apa-apa lagi.

Bobby tersenyum sinis, telefonnya dibuka dan gambar yang baru dia terima beberapa saat lalu ditunjukkan kepada Amanda. Walaupun didalam itu hanya wajah Amanda kelihatan dan hanya belakang tubuh seorang lelaki misteri tapi Bobby tak bodoh untuk tahu siapa lelaki itu.

Amanda tak akan cipta hubungan dengan mana-mana lelaki selain Megat Daniel selagi rancangannya dari 10 tahun dulu tak terlaksana. Itu yang Amanda pernah beritahu dia.

Melihat riak tenang Amanda tahulah Bobby yang gambar ini memang dah dirancang untuk disebarkan. Amanda langsung tak terkejut.

"You tahu tak betapa bahayanya gambar ni untuk you?"

"Tak nampak muka dia pun, Bobby. Just chill okay,"

"Sekarang tak nampak, tapi macam mana kalau orang cari sampai ke lubang cacing? Musuh you. You tahu tak dia ni siapa? Dia Megat Daniel. Kalau orang dapat tahu Amanda Vierra sedang bermesra dengan Megat Daniel selepas seminggu Megat Daniel putus dengan kekasih dia you rasa orang akan label you sebagai apa?"

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang