32

12.6K 334 7
                                    

"You ready?" Aidan bertanya kepada Iris.

Iris sekadar menganggukkan kepalanya.

Bersedia atau tidak, dia tetap harus mengikuti suaminya. Pesan mama, 'Sebagai isteri,kita wajib taat pada suami kerana syurga kita dibawah telapak kaki suami. Selagi suami tidak menyuruh kita membuat apa-apa perkara yang mungkar, maksiat dan menyalahi syarak, taatlah pada suami.' Dan itulah yang cuba dia lakukan sekarang.

Setelah beberapa hari tinggal dirumah keluarga Iris, Aidan mengajaknya untuk pulang ke banglo miliknya kerana jarak yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Mereka juga masih belum sempat untuk berbulan madu kerana Aidan begitu sibuk dengan kerja.

Hmm... semua lelaki yang dikenalinya,workaholic. Papa,Hafiz, dan Aidan juga. Sama sahaja.

Iris melemparkan pandangan kearah luar kereta, Aidan disisi tenang memandu dan sesekali melirik ke arah Iris yang diam seribu bahasa.

"Is there something wrong baby?" Tanya Aidan.

Iris geleng. Langsung tidak memandang kearah Aidan.

'Fuhhh... sabar Aidan. Tarik-hembus, tarik-hembus.' bisik hati Aidan. Dia tidak suka pada kebisuan Iris.

"Baby... your silence killing me. Please, at least say something."

Aidan meraih tangan Iris lalu digenggam erat. Tangan itu disulamkan bersama tangannya lalu diletakkan keatas pahanya. Sebelah lagi tangan masih kekal pada stereng keretanya.

"Tak ada apa. I'm just thinking." Balas Iris.

"Fikirkan apa? Hmm?"

"About us." Iris melihat gengamam tangan mereka.

Erat. Aidan mengenggamnya tersangat erat seperti ingin memberitahunya yang Iris ialah miliknya seorang.

Dia dapat merasakan Aidan mencintainya. Tetapi bagaimana dengan dirinya? Adakah dia juga mencintai Aidan seperti mana Aidan mencintainya?

Dia tidak meragui Aidan. Dia meragui dirinya sendiri. Benar Aidan cinta pertamanya, namun dia tidak pasti apakah cinta yang pernah dirasai dulu pada Aidan masih ada sisa dihati.

Dulu cinta monyet. Tak suka boleh lari. Tetapi bagaimana dengan sekarang? Tak kan nak bercerai berai?

Dia perlu membuka hatinya untuk Aidan. Untuk suaminya.

"Are you doubting me?" Soal Aidan lalu jemari Iris dibawa kebibir. Dia amat suka mencium jemari runcing itu. Dikucupnya berkali-kali.

"No. Saya meragui diri sendiri," luah Iris, jujur.

Tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Benar dia masih meragui pada ikatan perkahwinan yang terjalin itu.

"It's okay baby. Masa penentu segala. But I'll make sure you will fall for me harder within a month," Aidan kenyit mata nya pada Iris. Senyuman dilorekkan, lesung pipitnya pada sebelah kanan juga kelihatan.

Iris membalas senyuman itu, walaupun hambar. Dia tetap cuba.

"Jauh lagi ke rumah awak?" Soal Iris, cuba mengalihkan topik. Dia tidak mahu topik tentang hati dan perasaan menjadi ulas perbualan mereka hari ini.

"It's abang baby. Call me abang. I'm dying to hear it," pinta Aidan lembut.

"Err... a-abang?" Iris tergagap-gagap. Arghh dia malu! Dia masih belum bersedia dengan semua ini.

"Yes. Abang sound better. Sound so sexy," sekali lagi Aidan mengenyitkan matanya.

Iris terasa pipinya pijar. Panas!

Dia terus melarikan pandangan. Tidak sanggup menatap Aidan lebih lama, risau makin lemah jantungnya.

Melihat pipi si isteri merona kemerahan. Aidan tersenyum sendirian. Dia suka.

Such a turn on.

Nasib baik dalam kereta...



*******


"Jom masuk. Inilah rumah abang."

Pintu utama dikuak dari luar. Iris melangkah masuk kedalam rumah, Aidan pula sibuk dengan bagasi milik mereka.

Aidan tersenyum sekali lagi melihat isterinya. Walaupun Iris hanya berdiam diri, dia tahu Iris teruja. Lihat saja matanya yang bersinar-sinar itu.

"Bilik dekat atas sekali ke?" Tanya Iris ingin tahu.

"Yap. Jom naik lif." Ajak Aidan. Butang 'open' pada lif ditekan. Apabila lif terbuka mereka masuk kedalam lif dan butang nombor tiga ditekan.

Banglo tiga tingkat miliknya mempunyai tujuh bilik semuanya. Ditingkat tiga merupakan bilik tidurnya. Hanya biliknya sahaja disitu dan sudah diubah suai sepenuhnya. Tingkat dua pula menempatkan gym dan bilik kerjanya. Manakala tingkat satu memiliki mini teater dan bilik tetamu. Ditingkat bawah pula terdapat dapur, ruang tamu dan sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.

Hampir kesemua bilik diguna pakai dan dibersihkan setiap dua minggu oleh pembantu rumah dari mansion. Namun semenjak berkahwin, Aidan terus mengambil pembantu rumah dan tinggal disitu untuk memudahkan Iris.

"Besarnya bilik." Puji Iris. Ternganga dia melihat ruang bilik tidur yang hampir menyamai keluasan sebuah rumah teres setingkat. Ini kalau gaduh, menyorok pun tak jumpa ni.

Iris berfikir sejenak. Dia perlu ubahsuai. Dia tidak suka hitam. Dan bila lagi nak uji kesabaran suaminya.

Hehehe....

"Asyik termenung saja. Fikir apa?"

"Eh tak ada apa pun. Cantik bilik abang." Puji Iris.

"Baby suka?" Soal Aidan. Pinggang Iris dirangkul dari belakang. Dia merapatkan mulutnya ketelinga Iris.

Dia membisikkan sesuatu dan bisikan itu membuatkan Iris malu sendirian. Terasa panas telingannya. Aidan memang tak tahu malu!

"Ehemm... Iris nak kemas barang." Dia berdalih. Pelukan Aidan dirungkaikan dan dia terus berlari masuk kearah walk-in closet.

Terdengar gelak besar daripada Aidan membuatkan pipinya juga terasa panas. Sudah pasti mukanya kelihatan seperti udang rebus sekarang.

"Katil abang custom-made. Tak bergegar dan tak runtuh, jadi kita boleh go rough malam ni,"

Itulah yang dibisikkan oleh Aidan sebentar tadi. Kenapa suaminya langsung tak tahu malu! At least bertapislah sikit.

Iris mengipas mukanya dengan tangan. Hawa dingin dari penghawa dingin langsung tidak dapat meredakan bahang yang terasa dimukanya.

Pendek je hari ini, masih diserang selsema 😭

Korang jaga kesihatan tau!

Thank you sudi luangkan masa membaca nashkah saya yang tidak seberapa ini. 💋

THE DUDLEY'S BRIDEWhere stories live. Discover now