Ilham berdiri memeluk tubuh. Pandangan matanya yang tajam dihalakan kepada Syed Hafiz yang sedang duduk terikat dikerusi.
"Apa masalah kau hah? Kau belum kenal siapa abang aku! Kalau dia dapat kau, mati dia kerjakan kau." Tempik Syed Hafiz.
Ilham mencebik. Eleh! Ingat berani sangat, tapi petik nama abang juga.
Dia diculik oleh sekumpulan lelaki semasa ingin menaiki keretanya untuk balik kerumah setelah discharge dari hospital. Dua orang pengawal peribadi yang diupah oleh Dato' Syed Arman untuk mengiringinya balik ke rumah juga telah dipukul sehingga pengsan.
Phuih! Buang duit sahaja bayar gaji mahal-mahal tetapi lembik!
"Bos aku yang suruh culik, jadi aku culiklah." Balas Ilham bersahaja. Memang betul Aidan menyuruhnya menculik Syed Hafiz, tetapi hanya culik bukan ikat pada kerusi. Sengaja dia mengikat Syed Hafiz, barulah betul-betul merasa menculik orang.
Barulah thrill!
"Siapa bos kau? Mana si celaka tu? Kau lepaskan aku sekarang!" Jerkah Syed Hafiz lagi. Semakin kuat dia meronta diatas kerusi itu untuk melepaskan diri. Ikatan itu terlalu ketat.
"Shuhhh... diam je, nanti bos aku sampai, aku lepaskan tapi sekarang ni aku nak pergi makan sekejap. Lapar! Bye-bye," kata Ilham sambil tangan melambai kearah Syed Hafiz. Wajah bengis yang dipamerkan oleh Syed Hafiz sedikit pun tidak membuatkan dia gentar.
"Arghhh! Sialan kau!" Hamun Syed Hafiz. Walaupun dirinya sudah cukup gagah perkasa, ikatan tali itu tetap tidak dapat dirungkai.
Melihat Ilham pergi dengan bersahaja membuatkan darahnya mendidih panas.
Sialan! Celaka!
Syed Hafiz mendengus kasar. Dirinya baru sahaja baik daripada luka tikaman, hari ini malang menimpa dirinya lagi. Patutnya dia mendengar sahaja arahan abangnya supaya dipindahkan ke hospital lain sewaktu mula-mula dia sedarkan diri. Dato' Sri Arman sudah memaklumkan padanya tentang segerombolan penyangak yang sentiasa berkawal di lobi hotel itu.
Dia tidak mahu kerana yakin mereka orang-orang Aidan, dan dia tahu yang Aidan tidak akan berani bertindak melebihi had.
Nyata dia salah.
Terdengar bunyi pintu dikuak membuatkan Syed Hafiz mengangkat kepalanya. Terasa sudah agak lama dia diikat pada kerusi itu. Naik lenguh bahu dan tengkuknya.Matanya membulat apabila melihat susuk tubuh yang masuk ke bilik gelap itu.
"Aidan..."
Aidan mengelengkan kepalanya. Banyak akal betul si Ilham ni. Aku suruh culik je, bukan ikat macam ni. Melihat tali yang melilit tubuh Syed Hafiz, Aidan tergelak kecil.
Ilham... Ilham...
"Sihat?" Soal Aidan, hujung bibirnya terjungkit naik.
"Lepaskan aku Aidan! Sanggup kau buat kawan baik kau macam ni?"
"Dan kau sanggup nak rogol isteri kawan baik kau sendiri?"
Aidan memulangkan paku buah keras.
Syed Hafiz mendengus kasar. Aidan tak faham!
"Aku cintakan Iris! Kau yang rampas dia daripada aku!"
Pfttt
Aidan ketawa sinis.
"Rampas? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"
Dia mengjungkit kening. Apa yang Syed Hafiz sedang mengarut ni?
"Kau lupa gamaknya Hafiz. Kau lupa apa yang kau dah buat pada Iris. Kau sendiri yang sia-siakan peluang yang ada, jadi tak salah aku jadi pengubat luka dihati dia?"
"Aku buat semuanya bersebab. Kau tak akan faham apa yang aku hadapi." Tempik Syed Hafiz.
"Apa yang aku tak faham? Kau dan Peter? Atau kau dan The Glory?"
Syed Hafiz terbuntam. Macam mana...
"Kau layak terima hukuman yang sepatutnya."
Ikutkan hati mahu dicincang sahaja Syed Hafiz. Namun dia perlu rasional, hidup mati manusia bukan ditangannya.
"Apa lagi yang kau tahu tentang The Glory?" Tanya Syed Hafiz.
Aidan lebih licik darinya. Semua tentang Syed Hafiz ada didalam poketnya.
"Everything Hafiz."
Aidan memeluk tubuh. Dia menghela nafas panjang.
"Kenapa kau buat kerja-kerja kotor tu? Aku rasa harta yang kau ada dah melimpah ruah, tujuh keturunan pun belum tentu habis," soal Aidan.
"Kau tak akan faham Aid! Kau lahir dalam dulang emas! Sedangkan aku? Menumpang harta ayah Long, dan bila-bila masa sahaja orang tua tu akan mati! Bila dia mati, semua harta jatuh ketangan anak-anak dia dan aku akan terus jadi kuli dalam syarikat dia!" Luah Syed Hafiz.
Aidan menjungkit bahu.
Syed Hafiz salah percaturan. Demi kuasa, wang dan kekayaan dia sanggup menggunakan jalan kotor.
"Kau tahu yang abang kau ada 50% shares dalam company tu? Abang kau dah beli 50% shares dan akan dipindah milik kepada kau bila kau dah ready. Kau tahu?"
Syed Hafiz terbuntang.
Dia langsung tidak mengetahui tentang hal itu. Fikirnya syarikat penerbangan itu masih milik keluarga bapa saudaranya sepenuhnya.
"Ma-mana kau tahu semua ini?"
Syed Hafiz menelan liur. Terasa berpasir.
"Kau yang tak ambik tahu. Sibuk sangat ikut bontot mat saleh tu," bidas Aidan.
Syed Hafiz terdiam. Apa yang aku dah lakukan ni!
"Aku balik dulu. Aku harap antara aku dan kau tiada dendam lagi selepas ini, kau patut dapat hukuman yang setimpal. Kalau ikut hati aku, dah lama aku bunuh kau."
Usai mengatakan itu, Aidan terus berlalu keluar dari bilik itu. Berharap keputusannya untuk menyerahkan Syed Hafiz kepada pihak berkuasa di London adalah pilihan yang tepat.
"Arghhh!!!" Suara jeritan Syed Hafiz bergema mengisi ruang kosong bilik itu.
Menyesal?
Sudah terlambat.
Hi sorry lama tak update. Tangan luka kena pisau 😭😭
Sorry kalau chapter ni boring.
Aidan bukan gangster, so dia tak bunuh orang 🤣
YOU ARE READING
THE DUDLEY'S BRIDE
RomanceIris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Baginya, tiada orang yang boleh mengatur hidupnya. Kerana taruhan, dia memper...