AIDAN tidak terus balik kerumah. Dalam diam, dia mengekori Erika.
Erika, Erika... kau buat hal pada orang yang salah.
Bibirnya tersungging senyum sinis.
Aidan menekan doorbell pintu rumah Erika.
Tidak lama menunggu, Erika membuka pintu dari dalam. Dia menyimpul senyum. Girang hatinya melihat susuk tubuh yang dirinduinya berada dihadapan pintu rumahnya.
"Wow! I tak sangka you follow I sampai rumah. I tahu you rindu I kan, I miss you too darling..." rengek Erika. Pasti Aidan juga merinduinya, sebab itu lelaki itu sanggup datang kerumahnya.
"Masuklah you. I miss you damn much," sengaja dia melunakkan suaranya. Tangannya tanpa segan menarik Aidan masuk kerumahnya dan terus memeluk tubuh kekar Aidan. Sengaja dia mengeselkan dadanya pada dada bidang Aidan.
"I miss you darling, I miss your hug and kisses, I miss the feeling when you inside me," bisik Erika pada telinga Aidan.
Suaranya yang sensual itu mampu menjatuhkan mana-mana lelaki, tetapi bukan Aidan.
Hujung bibir Aidan ternaik sedikit.
Murahan!
Aidan menolak kasar tubuh Erika dan dihentakkan kedinding. Tangannya naik mencekik leher Erika. Tekanan tangannya pada leher Erika membuatkan gadis itu tercungap-cungap.
"A-Aid le-le lepaskan I," dengan susah payah Erika menuturkan butir bicaranya. Akibat lehernya dicekik kuat, nafasnya terasa seperti menyesakkan dada dan mencekik di kerongkong.
"Kau buat tahi pada aku? Huh? Nampaknya kau belum cukup kenal aku Erika." Suara keras Aidan mengentarkan Erika. Mata lelaki itu tajam menikam wajahnya.
Erika terkapai-kapai menolak tubuh Aidan dan meleraikan tangan Aidan yang mencekik lehernya.
"Kau tu tak ubah seperti sampah kalau nak dibandingkan dengan isteri aku. Kau patutnya sedar diri dari dulu lagi! Aku tinggalkan kau bukan dengan tangan kosong! Beratus ribu aku bagi dekat kau!"
"Kau ingat aku akan lepaskan isteri aku demi kau? Kau silap besar Erika!"
Tekanan tangan Aidan semakin kuat mencekik leher Erika. Mata Erika yang sudah kemerahan dan dicemari air mata langsung tidak menjentik rasa simpati Aidan.
"Ai-Aid..." Erika hilang nafas, wajah putihnya sudah hampir kebiruan.
Aidan melepaskan leher Erika. Tubuh gadis itu jatuh terjelopok menyembah lantai. Dia tidak ingin membunuh, sekadar hanya ingin mengertak Erika.
"Uhuk-uhuk..." terbatuk-batuk Erika saat lehernya dilepaskan. Dia hampir hilang nyawa!
"Mana budak tu?"
Erika tidak mampu bersuara, jarinya dituding kearah bilik tidur.
Aidan mengorak langkah kearah bilik itu, dia terkedu.
Melihat keadaan anaknya yang kurus kering dan terdapat kesan lebam kebiruan pada lengan dan betisnya. Anak kecil itu sedang nyenyak tidur diatas lantai berlapikkan sehelai kain nipis.
Dada Aidan berombak kasar. Tegarnya seorang ibu berbuat demikian pada anak yang masih kecil.
Aidan menghampiri Nayla Sofea yang sedang meringkuk kesejukkan, disaut tubuh itu dan dicempung keluar dari bilik tidur. Tidurnya langsung tidak terkutik.
Erika yang sedang terbaring lemah dilantai tidak dihiraukan, Aidan membawa Nayla keluar dari rumah itu.
"Baby..." perlahan suara Aidan memanggil isterinya.
Dia cuba mencuit bahu Iris, namun dengan pantas Iris mengelak. Dia sedang memberikan silent treatment pada Aidan.Nayla yang baru siap dirawat oleh doktor peribadi keluarga mereka hanya terkebil-kebil memandang kearah Aidan dan Iris. Wajah yang begitu asing baginya.
"Thank you doktor. " Ucap Iris pada Doktor Reza yang sedang mengemas peralatannya.
"Sama-sama. Make sure bagi dia vitamin tambahan seperti yang I prescribe."
Iris dan Aidan hanya angguk. Setelah kepergian Doktor Reza, Iris melabuhkan duduk dibirai katil. Tangannya naik mengelus lembut ubun-ubun anak kecil itu.
Baru berusia dua tahun, sudah bermacam dugaan yang dihadapi. Tergamaknya seorang ibu memperlakukan anak sendiri tak ubah seperti binatang.
Sentuhan daripada Iris membuatkan Nayla tersentak. Tindakan spontan Nayla mengangkat tangan menutup mukanya seolah-olah melindungi dirinya daripada dipukul membuatkan Iris dihurung rasa sebak.
Melihatkan itu, Aidan juga melabuhkan duduk dibirai katil.
"Hi Nayla, ini mama. Jangan takut," pujuk Iris. Walaupun terasa janggal, dia cuba memujuk anak kecil itu.
"Ma-ma?" Nayla keliru.
Dia hanya ada mummy. Mummy jahat. Selalu pukul dia.
Iris angguk. "Ya. Mama."
"J-jangan pukul saya,"
Iris menekan dadanya. Sebak.
"No. I'm not," tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Lantas Iris memaut tubuh kecil itu kepelukkan.
Kasihan. Dia belum mengerti apa-apa. Kenapa dia diperlakukan sebegini.
Nayla keliru namun dia merasa selamat dipelukan wanita asing itu. Tanpa sedar dia juga turut menangis, dia tidak pernah dipeluk oleh sesiapa. Hati kecilnya mendambakan kasih orang tuanya.
"Ma...ma" Tersekat-sekat suaranya. Matanya tidak lepas daripada melihat Iris. Tangan yang mengigil dibawa kemuka Iris, Nayla tidak percaya. Tidak percaya ada wanita asing yang menjadi mamanya, memeluknya dengan penuh kasih.
"Nayla selamat dekat sini. Jangan takut sayang. Mama ada," ucap Iris tulus. Dia sudah jatuh kasih pada anak kecil itu.
Dalam diam, Aidan menyimpulkan senyuman. Dia terharu dengan penerimaan Iris.
Alhamdulillah.
Dia memanjatkan rasa syukur.
Puan Sri Adelia dan Tan Sri Ghaz yang berada di muka pintu turut tersenyum. Air mata yang menitis diseka lembut. Niat mereka untuk datang melihat Nayla terbantut apabila melihat adegan yang menyentuh hati itu.
Iris ni terlebih baik orangnya.
Dia tak suka marah-marah
YOU ARE READING
THE DUDLEY'S BRIDE
RomanceIris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Baginya, tiada orang yang boleh mengatur hidupnya. Kerana taruhan, dia memper...