Iris terpempan. Bagaimana boleh terserempak dekat sini pulak!
Oh my bala apa lagi ni.
"Sweetheart..."
Dia tahu, panggilan itu ditujukan tepat padanya. Suara garau serak basah milik Syed Hafiz sangat dikenalinya. Suara yang pernah menjadi peneman ditelefon saat malam muncul, suara yang sering memanggilnya dengan lunak. Dengan teragak-agak Iris mengangkat wajahnya dan memandang susuk tubuh kekar Syed Hafiz yang segak berpakaian sut berwarna kelabu. Rambut hitamnya yang panjang separas leher itu diikat gaya man bun seperti biasa.
"Sweetheart we need to talk," tangan Iris dicapai, digenggam erat. Jari jemari Iris dielus dengan lembut.
"Please not now, let go of my hand!" tangannya direntap kasar dari pegangan Syed Hafiz.
"I tak tahu apa salah I, but you keep avoiding me. At least please explain what did I do wrong," ujar Syed Hafiz lembut.
Tak tahu ke buat-buat tak tahu! Nak sahaja Iris luahkan segalanya disitu namun dia tidak mahu mengaibkan sesiapa. Dia bukan Tuhan untuk terus menghukum.
"Hanya you yang tahu apa yang you dah buat. There's no need for me to explain the details cause if I do, it'll embarrass you," begitu sinis Iris berkata.
Syed Hafiz tergamam. Jadi rahsia besarnya sudah diketahui oleh Iris?
"I - I don't know what you talking about," sangkal Syed Hafiz. Riak wajahnya yang sudah cuak dikawal,dia perlu menafikan apa sahaja tuduhan yang Iris lemparkan padanya.
"We will talk about this but not today, so please, I hope you can give me some space," Iris sandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia perlu bertenang. Dia tahu yang Syed Hafiz akan menafikan perkara ini. Jadi dia pun malas untuk bertekak perkara yang akhirnya sia-sia untuknya.
Nafas ditarik dalam, melihat Syed Hafiz yang masih berdiri tegap disisi meja membuatnya tidak nyaman. Risau jika Aidan melihat mereka berdua. Bukan dia tidak tahu amarah Aidan selalu berpunca apabila dia bersama dengan Syed Hafiz.
"Please Hafiz. We talk about this later. I'm not in mood," kata Iris.
"Please call me when you're ready to talk," balas Syed Hafiz. Tangan Iris dimeja dielus lembut. Iris segera menarik tangannya, tidak selesa diperlakukan sebegitu atau paling tepat dia merasa jijik.
Jijik dengan sentuhan itu.
Iris berpeluk tubuh. Wajahnya dipalingkan, membuang pandangan pada orang-orang yang datang untuk sarapan disitu. Itu lebih baik dari dia memandang wajah sugul Syed Hafiz. Dia tidak mahu goyah! Dia tidak mahu mudah terpujuk. Dia tahu kelemahannya hanya satu, iaitu mudah bersimpati dan mudah dipujuk.
Syed Hafiz tersenyum hambar. Yakinlah dia yang Iris sudah tahu tentangnya.
"I pergi dulu, please call me when you're ready to talk," sekali lagi Syed Hafiz menitipkan pesanan buat Iris. Sebolehnya dia tidak mahu berkeras dengan Iris, bimbang jika hal itu akan menambahkan rasa benci Iris padanya. Jadi dia memilih untuk berundur dahulu.
Iris hanya memandang sepi pemergian Syed Hafiz. Keluhan dilepaskan.
Hishh lama pulak dia pergi toilet. Omel Iris sendirian, kalau tak pasal Aidan pergi toilet mesti dia dah boleh melepaskan diri daripada berjumpa secara berdua-duaan dengan Syed Hafiz.
********
Aidan yang baru sahaja selesai dari urusan panggilan semula jadi di tandas membawa langkah kakinya menuju ke meja. Langkahnya terbantut apabila melihat Syed Hafiz sedang mengelus jari jemari lembut Iris.
Dia mendengus kasar. Butang bajunya terasa mencekik leher sendiri akhirnya dibuka dan mendedahkan leher dan sedikit bahagian atas dada bidangnya.
Urat-urat dilehernya mula timbul menandakan dia sedang menahan gelora amarah dihatinya.
Perlahan-lahan dia menarik nafas dalam. Tarik-hembus,tarik-hembus.
Dia masih ingat pesan pakar cintanya, supaya tidak berkeras dan berkasar dengan Iris.
Jika mengikut barannya mahu sahaja dia angkut Iris dan kurung didalam sangkar emasnya.
Setelah pemergian Syed Hafiz, Aidan kembali mengatur langkah kepada Iris.
"Lamanya pergi toilet," Iris menayangkan wajah yang cemberut apabila melihat Aidan sudah menghampirinya. Iris lalu bangun dari kerusinya, bersedia untuk pergi.
"Seronok jumpa boyfriend?" Soal Aidan kembali, dengan nada sinis. Hujung bibirnya terjungkit senget.
"Boyfriend apanya. Boyfriend yang ada boyfriend,macam tu? Dah lah, jom. Kata nak bawa pergi melawat office tadi," ajak Iris. Walaupun entah kenapa Aidan ingin membawa dia melawat pejabatnya dia tetap turutkan memandangkan dia sendiri sudah naik bosan kerana hampir seminggu dia terperuk dirumahnya.
Aidan hanya tersenyum sinis. Lalu kakinya dihayunkan menuju kearah keretanya.
"Aidan tunggulah saya, kenapa jalan laju sangat," Iris mengomel apabila kaki Aidan sudah mendahuluinya beberapa langkah.
"Bukan aku yang laju, kaki kau yang pendek," balas Aidan selamba. Iris hanya separas dadanya sahaja, pendek dan comel! Jadi tidak hairanlah jika langkah kakinya juga lebih besar daripada Iris.
"Tak payahlah sampai menghina. Tunggulah saya! Siapa suruh tinggi sangat macam pokok kelapa!" Bebel Iris dengan nada tidak berpuas hati. Dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengutuk Aidan.
Dia tidak mahu Aidan meninggalkan dia sendirian kerana dia bimbang jika kelibat Syed Hafiz masih ada disitu. Langkah kakinya turut dibuka lebih besar agar dapat saingi langkah panjang Aidan.
Bibir Aidan sudah menyimpul senyum. Bebelan pun sudah kedengaran cukup merdu baginya. Kutukan terasa seperti memuji muji indah. Bagai irama dan lagu yang dialunkan bersama, cukup puitis.
Baby there's another side of you that I like, nope, actually I'm obsess with.
Hatinya berlagu riang. Sekarang tinggal nak pikat Iris sahaja.
Syed Hafiz bukan kerisauan dia lagi, lelaki itu sendiri yang membuka pekung didada.
Buat kerja tak clean macam tulah!
Sorry kering idea. Hahahaha
entah berapa kali type-padam untuk siapkan chapter kali ni. Kalau ada apa-apa nak comment, jangan segan silu tau! Comment je.
Thanks gais,
Lemon Maple xoxoxo
YOU ARE READING
THE DUDLEY'S BRIDE
RomansaIris Callista gadis pendiam dan dilabel budak 'nerd' di sekolah. Dia hanya bercakap hal penting sahaja. Aidan Dudley lelaki nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Baginya, tiada orang yang boleh mengatur hidupnya. Kerana taruhan, dia memper...