ANDAIKAN AKU PILIHANMU | BAB 3

1 1 0
                                    

ENJIN kereta dimatikan. Kunci kereta BMW M3 milik Haidar itu diselak masuk ke dalam poket seluarnya. Pintu kereta dibuka, Haidar dan Kaiser pun keluar dari perhentian kereta Haidar. Keretanya diparkir di dalam kawasan rumah itu.

Begitu juga dengan kereta milik Daneilla yang baru sahaja tiba di depan perhentian kereta BMW. Daneilla menghentikan saja keretanya di sebelah kereta Haidar yang masih ada ruang untuk memarkir disitu. Aku dan sahabatku bersama-sama keluar dari kereta.

Haidar yang aku perasan menunggu kami berdua keluar itu laju-laju dicapai. Lalu, perjalanan kami dipimpin masuk ke dalam rumahnya. Sambil sambil pengawal pintu rumah itu tunduk hormat mempelawa kedatangan kami.

"Assalamualaikum,"

Salam perasmi diberi oleh Haidar dahulu. Lalu diiringi oleh Kaiser, Daneilla dan aku.

Langkah dipijak masuk buat pertama kalinya ke dalam rumah 'Tengku' itu. Tidak mengejutkan apabila rumahnya serba mewah, penuh dengan perabot mahal yang turut mengisi sudut suasana rumahnya yang seperti bertemakan 'vintage'. Vibing!

Aku tersenyum suka melihatnya.

Tiba-tiba sebuah suara lembut keibuan menerpa telingaku. Aku mencari-cari akan pemilik suara, hinggalah sosok itu terpapar keluar dari ruangan dari sebelah kiriku. "Waalaikumussalam Ayd! Awal pula Ayd balik hari ni?,"

Belum sempat Haidar menjawab soalan, ibunya menambah pertanyaan lagi setelah melihat figura kami berdua yang sudah jelas terlihat asing dimatanya.

"Kamu berdua mesti kawan Ayd kan?,"soal ibunya teruja.

Aku hanya melemparkan sebuah senyuman manis terhadap wanita tua itu. Cantik. Walaupun kulitnya tidak terlalu berkerut, tetap dihalang oleh kecantikan wajahnya. Senyuman si ibu tidak lekang dari bibirnya. Lebar sahaja.

"Err, haah. Ini Dyera bonda, ni pula kawan dia,"jawabnya memperkenalkan aku dan sahabatku kepada ibunya. Sekali lagi aku melemparkan senyumanku padanya. Namun apa yang pelik sekarang ini, macam mana dia tahu nama aku? Dan kenapa dalam banyak banyak panggilan nama aku, dia petik nama pertama aku?

Bulu romaku naik berdiri. Meremang. Rasa lain pula. Sejujurnya, aku tak suka dipanggil dengan nama pertamaku. Dialah yang pertama memanggilku dengan nama pertamaku. Mungkin kerana semua orang memanggilku dengan nama keduaku. Jadi sudah terbiasa. Aileen.

"Ayd datang balik pun sebab nak pulangkan barang dia,"jelas Haidar lagi.

Perkataan 'barang' itu membuatkan firasat sang ibu merasa seperti si anak menyorokkan sesuatu. Tanpa memberi pelepasan, soalan dilontarkan lagi.

"Barang apa?,"tanya sang ibu kepada si anak. Kaiser menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Sang ibu bergilir-gilir memandang dengan pandangan ingin tahunya. Haidar pula seakan berat mulut untuk beritahu.

"Er, barang ... kasut bonda,"dia menjawab sedikit gugup. Ye lah mat, dah anak lelaki tiba-tiba bawa masuk anak dara orang yang tak dikenali, siapa tak curious?

Ibunya sekadar mengalunkan 'kefahamannya' sahaja. Mungkin anggapan aku bagi Haidar, konon ibunya tak kena akan hal itu. Sebab? Tertentu.

"Kalau macam tu, Ayd pergi la ambil dulu. Bonda buatkan air untuk kawan Ayd ya?,"pinta ibunya lembut. Haidar pula teragak-agak untuk menyetujui pintaan ibunya. "Baik, bonda,"

Kelibat Haidar pun dipandang saja hingga hilang dari pandangan naik ke tingkat atas dengan tangga yang besar itu. "Kamu duduklah dulu, duduk aje kat sofa sana,"jemput ibu Haidar lembut.

Kami berdua mengangguk tersenyum sebelum melangkah ke sofa yang terletak tidak jauh dari posisi kanan.

Setelah itu, suara Tengku Aqeela berlaung mengarahkan orang gajinya itu menghidangkan air untuk tetamunya. Kepalanya kembali menoleh pada Kaiser yang masih berdiri bersamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DYERA ZHAFRANWhere stories live. Discover now