ANDAIKAN AKU PILIHANMU | BAB 2

4 1 0
                                    

JAM ditenung tanpa henti. Sudah 3 hari berlalu setelah hari kejadian. Otak masih memikirkan tentang bagaimana hendak dia mencari jejaka yang dilanggarnya beberapa hari yang lalu. Hatinya semakin risau akan keberadaan kasut miliknya itu, sayang betul akan kasut pemberian ibunya.

Bahkan perkara yang menambahkan rasa panik Aileen apabila ibu Aileen menghubunginya semalam untuk memberitahu bahawa ibunya akan datang melawat di rumahnya dua hari lagi kerana berasa rindu untuk berjumpa dengannya.

"Haii perempuan sorang ni, asyik termenung aje. Aku tanya dari kelmarin kau tak nak cerita kat aku, bagitau aje lah. Makin lama makin risau aku tengok kau termenung dari tadi,"

Tangan Aileen diusap lembut oleh Daneilla, iaitu sahabat yang hidup sebumbung dengannya. Wajahnya memenuhi riak kerisauan terhadap Aileen yang tidak henti termenung pada jam di dinding ruang tamu mereka.

"Aku okay aje,"Aileen menjawab ringkas. Harapnya dengan mengucapkan 3 patah perkataan itu sudah mampu menghalau kerisauan sahabatnya. Namun, tidak.

"Ee kau tak payah nak tipu aku lah! Kau tau tak kau buat aku risau sampai sekarang? Kau cerita aje masalah kau kat aku, aku sebagai sahabat kau kena tolong kawan sendiri. Kalau kau macam ni aku pun tak selera nak hidup tau tak?,"bebel Daneilla.

Aileen teragak-agak untuk memberitahu, dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya. Tetapi, jika Daneilla sudah berkata sedemikian, dia sudah tidak boleh berkeras diri lagi. Tidak sanggup melihat Daneilla turut muram hanya kerana hal seperti itu.

Dengan berat hati, Aileen dengan terpaksa membuka mulutnya untuk memberitahu kejadian itu. Daneilla pula turut memasang telinga mendengar cerita sahabatnya yang menyertakan luahan di sebalik kejadian.

"Hmm, kau jangan sedih, Leen. Okay macam ni, mungkin aku boleh tolong kau cari dia, tapi kena ada hint. Dia ada bagi tau apa-apa tak yang detail pasal dia? Nama ke, nombor ke?,"Daneilla mula menyoal siasat untuk membantu sahabatnya.

"Seingat aku, dia ada bagi tau nama dia. Tu pun sebab aku yang tanya,"jawab Aileen mengingat kembali babak terakhir kejadian itu.

"Haa, apa nama dia?,"

"Zha..., Zhafran. Haidar Zhafran,"

"Tengku Haidar Zhafran Bin Tengku Dato' Malik Syafed?!,"

"Siapa tu?,"

"Alah aku dah sebut panggilan 'Tengku' sekali dengan 'Dato'' pun kau nak tanya lagi?,"

"Mana aku tau, dia tak ada sebut pun nama ayah dia sekali. Dan dia tak letak pun panggilan 'Tengku' dia tu,"jawab Aileen selamba. Jika lelaki itu ada di depannya saat ini, mahu saja dia carik-carik wajah itu. Namun niatnya dibatalkan, lelaki itu jugalah yang membayar balik kasut baharu untuknya.

"Uih garang,"

Ucap Daneilla mengejek. Aileen sekadar menjeling ucapannya sahaja lalu dibalas dengan gelak dari sahabatnya. Saja berbuat tidak kenal akan lelaki yang digelar itu. Tipulah Aileen tidak tahu akan seseorang yang digelar 'Tengku' seperti Haidar.

"Rezeki kau lah dapat jumpa jejaka kaya kat mall masa tu. Tapi beb, serious lah kau tak cam lelaki tu anak Dato'?,"Daneilla bertanya ingin tahu juga cuba memastikan sesuatu.

"Tak, aku langsung tak perasan masa tu. Aku pun hairan juga kenapa aku boleh tak cam muka dia,"Aileen menjawab jujur seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin kerana terlalu terbawa emosi sehingga tidak mengecam akan wajah itu.

"Jodoh la weii. Kau tau tak? Dengar cerita kau ni, dah macam kat novel yang aku pernah baca dulu. Tak silap dah jodoh kawan aku ni jejaka Melayu bergelarkan 'Tengku'!,"ujar Daneilla teruja. Kusyen mini yang tidak jauh dari posisinya direntap lalu dijadikan alas untuk melepaskan jeritannya.

DYERA ZHAFRANWhere stories live. Discover now