ANDAIKAN AKU PILIHANMU | BAB 1

7 2 0
                                    

"MATA tu memang tak pakal untuk tengok jalan eh? Asyik langgar aku je, asal semua orang langgar aku hari ni? Nak aku langgar balik ke apa? Silap hari bulan aku langgar balik kang tak balik rumah kot malam ni,"sambar suara lelaki itu. Melatah.

Fuhl Asal aku yang kena bebel ni? Aku pun kena langgar kot tadi. Kalau mamat besar tu tak langgar aku tadi, tak adanya aku terlanggar mamat lagi sorang ni. Dahlah kasut sebelah aku hilang, disepak orang entah kemana. Takkan la aku kena kaki ayam kat mall ni? Nak hadap lelaki ni sekali? Ew tak nak lah!

"Heil Saya bukan saja saja nak langgar awak eh, entah entah awak pun tak tengok jalan. Tengok! Kasut saya hilang sebelah. Ni semua sebab awak, "tuduhku sambil menunjuk kaki kiriku yang kini tidak berkasut

Dia terus memandang ke arah tunjuk jari gadis itu, lalu melangkah mendekati figura tersebut. Kini, jarak mereka semakin dekat, lelaki itu menggelengkan kepalanya sambil mengeluh keras.

Tanpa pinta izin, dia terus menunduk mengangkat kaki gadis Itu, mengalih kasut yang masih bersarung di kaki kanannya. Tindakan lelaki itu membuatkan Aileen tersentak sehingga dia juga turut tertunduk, tetapi sempat menahan diri daripada jatuh kerana tangannya saat ini mendarat bertahan di atas bahu lelaki Itu. Reflek katanya.

Mahu saja dimarahinya, tetapi tindakan tiba-tiba sebentar itu cukup membuat Alleen sendiri membatu. Haa kena act of service ke wak? Diam semacam je. Dahlah pegang bahu orang, suka suka je berpaut kat situ. Nasib mamat tu tak ikut jatuh.

"Apa awak nak buat ni?,"

Lelaki itu bangun dan mengangkat kasutnya, dilayangkan kasut gadis itu ke kanan dan ke kiri sambil berkata "Ikut aku, kita beli kasut baru kau tu. Sekarang ni kau kaki ayam je dulu, "tuturnya prihatin.

"Eli tapi saya mana tahan nak kaki ayam kat lantai mall ni, sejuk tau tak. Kalau saya terpijak benda tajam kat sini macam mana?, "aduku. Ye la mat, gila ke aku kaki ayam kat sini. Tak pasal pasal aku kena ikut cakap mamat ni, tiber betul.

"Dahtu, kau nak aku gendong?,"

Diam

Sekejap saja rasa terkejut gadis itu hilang, terus dijelingnya 180 darjah. Dengan sekilas dia meninggalkan figura lelaki itu tercenggang sendiri lalu tempatkan langkahnya ke kedai kasut yang tidak jauh dari posisi mereka.

"Aku tak cakap lagi pun pergi bell kat kedai mana, suka suka je perempuan ni masuk kat kedai tu,'omelnya dengan suara yang redam lalu membawa langkahnya ke gadis itu.

"Tau pun nak jalan kaki ayam, ingatkan nak sangat kena gendong tadi,"ujarnya kepada Alleen dengan selamba sambil tersenyum. "Euw apa benda mamat ni, selamba betul, "balasnya menyampah.

Lelaki itu hanya ketawa mengikik sahaja, mengejek. Tanpa buang masa, dia terus memberitahu kepada Alleen, "Alang-alang dah kat sini, kau ambik je la mana-mana kasut. Janji sepasang. Kau beli dua pasang, aku biar kau kaki ayam kat sini,"

Alleen mencebikkan mulutnya lalu memilih kasut yang tersusun di atas rak. "Mengugut je kerja,"omelnya ketika berada jauh dari posisi lelaki itu, dijelingnya. Aileen mengambil sepasang kasut di atas rak itu lalu disarungkan ke kakinya.

"Hmm, ngam lah ni. Janji kasut,"

Dia membuka kasut Itu lalu dibawanya ke kaunter bayaran. Lelaki itu juga membawa langkah ke kaunter untuk membayar kasut yang dipilih Alleen. Ditiliknya seketika kasut itu, 'simple betul taste perempuan ni,'tuturnya dalam hati sebelum mengeluarkan sekeping 'black card' di poketnya.

Alleen membulat mata melihat "black card' yang dikeluarkan dari poket dimana ia di pegangan lelaki tersebut. Fuh, 'black card". Macam tak percaya, mamat latah ni kaya rupanya.

DYERA ZHAFRANWhere stories live. Discover now