"Iris, dia dah masuk." Suara garau yang keluar dari earpiece membuatkan Iris memulakan langkahnya sambil menolak janitorial kart. Topi di kepala dibetulkan.
Kali ni, dia perlu menyamar sebagai cleaner untuk memerhatikan suspek. Mata Iris melilar sekeliling, memerhatikan setiap orang dengan teliti.
Tiba-tiba, bahunya terlanggar oleh seseorang. Bahunya terasa sakit sebelum cepat-cepat dia mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang melanggarnya.
"Sayang! Sayang okay tak?" Lelaki di hadapannya tiba-tiba sahaja memanggilnya sayang membuatkan telinga Iris berasa geli dan terkedu. Kenapa mamat ni panggil aku sayang? Buaya darat mana pulak terlepas ni?
Lelaki itu menundukkan kepalanya ke tepi telinga Iris dan berbisik. "I'm sorry but just play along."
Lelaki itu tiba-tiba sahaja menarik lengan baju Iris untuk ke sisinya. Bibirnya melakar senyuman yang penuh kepura-puraan. "This is my fiancée, beautiful right?"
Mulut aku sedikit ternganga mendengar perkataan itu daripada lelaki itu. Sejak bila pula aku ada tunang ni?! Lelaki itu memperkenalkan diri Iris di hadapan dua orang yang kelihatan tua. Mak ayah dia ke? Lelaki itu menarik lengan baju Iris untuk perkenalkan diri dia.
"S-saya Iris Sapphire. Boleh panggil Iris je." Iris teragak-agak untuk memperkenalkan diri.
Kemudian, Iris menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan mak cik tua di hadapannya. Mata mak cik itu melirik pakaian dan wajahnya daripada atas ke bawah. Muka mak cik itu jelas sekali tidak suka dengan Iris.
"Ni tunang kau? Your type is a cleaner? Seriously?" Tanya mak cik itu, sinis.
Perasaan geram mula menyelubungi diri aku walaupun menjadi cleaner ni hanya penyamaran. "Mak cik, at least saya ada kerja walaupun tak sebesar mana. Daripada duduk kat rumah, tidur je kerjanye."
Mak cik itu menjeling aku dengan wajah tidak puas hati. Mungkin tidak menyangka yang aku akan bercakap.
"Hei, kau tu cuma cleaner. Diam."
"Hina sangat ke jadi cleaner ni? At least saya pastikan kebersihan hotel ni. Kalau tak ada cleaner, mesti mak cik tak nak kotorkan kasut mahal mak cik pijak lantai yang kotor." Kata Iris dengan sinis.
Mak cik itu memandang aku dengan riak wajah jijik sebelum mengalihkan pandangannya ke lelaki di sebelah Iris. "Baik kau pertimbangkan keputusan kau untuk jadikan dia isteri."
Mak cik itu hanya menjulingkan matanya ke atas sebelum berlalu pergi. Iris memandang lelaki di sebelah aku dan dia juga turut memandang dirinya.
"Kau ni pun satu. Sedap-sedap je tarik aku jadi tunang kau." Ujar Iris dengan geram. Nasib lelaki kalau tak, memang aku tunjal dahi dia ni.
"Well, aku minta maaf. Kau je perempuan yang paling dekat dengan aku." Lelaki itu menjongket kedua-dua bahunya tanpa rasa bersalah langsung.
"Lagipun, aku tak pernah pun nampak kau sekitar sini." Mata lelaki itu melirik ke arah wajah Iris. Shit, aku tak boleh tunjuk cover aku.
"Alah, bukannya kau boleh ingat muka semua cleaner." Balas Iris sambil mengharapkan yang dia tak akan bertanya lebih-lebih.
Lelaki itu masih memandang aku dengan curiga sebelum tiba-tiba dia menukar topik.
"Alang-alang tu, nak tak kahwin dengan aku?" Lelaki itu berkata dengan selamba membuat Iris tergamam. Lelaki ni memang dah tak waras ke? Aku kena bawa dia pergi klinik ke?
"Buat apa aku nak kahwin dengan kau?" Iris menjelingnya tajam.
"Well, aku hensem, kaya, bujang, seorang CEO berjaya, bijak..." Lelaki itu menyenaraikan apa-apa yang dia ada membuatkan Iris memandang lelaki itu pelik dengan dahi yang berkerut sambil dia memandang lelaki itu atas, bawah, atas, bawah.
Perasan.
Perkataan itu sahaja yang terlintas di mindanya. Mata Iris melirik ke arah figura lelaki di hadapannya. Tinggi, badan tegap, mata berwarna dark purple, muka... bolehlah. Not my type.
"Kalau kau setuju nak kahwin dengan aku, aku akan belikan apa je yang kau nak. Unlimited money for you." Tawar lelaki itu.
"Okay, deal." Pantas Iris setuju dengan tawaran lelaki itu tanpa memikirkan buat kali kedua.
Rare opportunity ni. Mesti kena grab dengan cepat.
Lelaki itu tersengih sebelum kitorang berdua bertukar nombor telefon. Selepas itu, Iris melihat lelaki itu pergi sebaik sahaja assistant lelaki itu tiba.
"Hoi!" Suara daripada earpiece hentikan lamunan aku.
"Orang suruh perhatikan suspek. Bukannya terima lamaran orang yang kau baru jumpa." Marah Firan sambil mendengus geram. Boleh naik darah dia jadi partner Iris.
"Kau dah lupa ke? Step one in disguising, act like the role you were in and here I was, acting like a normal cleaner talking to some staff. Suspek tu tak syak aku pun kan? Aku tahu kau nampak." Balas Iris dengan sinis sambil membetulkan topi yang dipakai.
Firan hanya mendengus di dalam earpiece. Sudah lama dia sabar dengan partner dia ni. Nasib baik perempuan. Kalau lelaki, memang dah tumbuk dah.
'Sabar jelah.' Desis hati Firan sambil mengusutkan rambutnya.
•
•
•
Eren tersengih bila dia sudah menjumpai calon isteri. Tak payahlah dia susah nak cari sana sini. Personal assistantnya, Farhan Derek memandang dia pelik.
'Kalau si Eren sudah tersengih macam ni, mesti ada something berlaku antara dia dan perempuan tadi tu.' Bisik hati Farhan.
"Kau dah kenapa?" Tanya Farhan.
"Aku dah jumpa calon isteri." Balas Eren.
"Hek eleh. Aku ingat apa lah." Farhan menjulingkan matanya ke atas, tak terkejut langsung. Bukan sehari dua dia kenal Eren, sejak mereka kecil lagi.
Kelihatan daripada jauh seorang gadis memakai gaun hitam separas lutut dengan bahu yang terdedah bersama seorang gadis yang bertudung dan baju jubah yang berwarna pink. Kedengaran kasut tumit yang dipakai oleh kedua-dua gadis itu semakin dekat ke arah Eren dan Farhan.
"Abang, nak lunch dengan kitorang?" Tanya gadis itu sambil tersenyum.
"Lunch? Okay." Eren mengangguk.
"Adelia, baju ketat macam ni jangan pakai, okay?" Pesan Eren sambil dia membuka suit yang dia pakai dan meletakkan di bahu gadis itu yang terdedah.
Adelia hanya mengangguk faham sambil Eren membawa dia dan Elynna ke kereta.
🄳🄰🄽🄳🄴🄻🄸🄾🄽🅂
Iris mengikat penjahat-penjahat tersebut menggunakan tali sambil tersengih bangga. Matanya memandang partner dia dalam misi ini atau dikenali sebagai Firan Rayden.
"Since I have saved your ass this time, mind doing me a favour?" Tanya Iris dengan selamba sambil mereka berdua menunggu squad mereka yang lain untuk datang dan mengambil penjahat-penjahat ini.
"Fine. Apa dia?" Balas Firan dengan menyampah sambil menjulingkan matanya ke atas.
"Tolong tengok background Eren Deen, bakal suami aku." Kata Iris sambil membetulkan tudung.
"Kenapa?"
"Salah ke? Kang kalau dia penjahat juga? Naya aku nanti." Iris menjongketkan kedua-dua belah bahunya.
Firan hanya mengangguk malas.
YOU ARE READING
DANDELIONS [Slow Update]
ActionSTAND ALONE SERIES ᡣ𐭩 •。ꪆৎ ˚⋅ [1ST SERIES] | 2022 ★ Police x CEO ★ Comedy romance ☆ Ongoing