IRIS | BAB 3

4 1 0
                                    

Iris berhadapan dengan Eren yang sedang menghirup kopi. Dia tak tahu macam mana boleh terserempak dengan dia ni. Ingatkan nak lunch seorang tadi.

"So, aku dah bagitau parents aku tentang kau. Jadi, aku akan bawa kau jumpa diorang esok." Kata Eren sambil meletakkan cawan yang dipegang.

"Sebelum apa-apa, aku nak bagitau sesuatu." Iris memandang Eren dengan serious.

"What? That you're a police?" Jawab Eren dengan kening sebelahnya terangkat.

Badan Iris mengeras. Dia memandang Eren dengan riak tidak percaya. Macam mana dia boleh tahu? Iris mula merenung Eren dengan penuh curiga.

"Relax, lady. I check your background to ensure that you have no bad intents against me. Do not believe that just you can do it to me, lady."

Eren tergelak kecil melihat riak Iris yang penuh curiga terhadap dirinya. Iris hanya menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Kenapalah dia setuju nak kahwin dengan lelaki ni?

"Okay, fine." Iris menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

"Tell me everything about you."

"Okay. My name is Eren Deen. As you probably know, keluarga aku ada hotel dan penthouse di beberapa negara di seluruh dunia. Aku dan abang aku sama-sama menjadi waris untuk dua syarikat tersebut. Aku akan manage hotel while my brother manage the penthouse." Eren menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

"I have mixed blood from Germany, Italy, and Malaysia. My father is German, while my mother is Malaysian and Italian. I have four siblings in all. Eric is the oldest, I'm the second, and Elynna and Adelia, the third and fourth children, are the same age." Terang Eren tentang dirinya kepada Iris.

"Elynna dengan Adelia kembar ke?" Tanya Iris pelik.

"Tak, dia anak angkat." Eren menggelengkan kepalanya. Iris hanya mengangguk faham sahaja.

"Jap. Kenapa kau tetiba speaking ni? Cakap jelah dalam bahasa melayu." Jeling Iris kepada Eren.

"Suka hati aku lah nak cakap bahasa apa. Bukannya kau tak faham bahasa Inggeris, Miss Sapphire." Balas Eren dengan selamba sambil menyilangkan kedua-dua belah lengannya di dada.

"Abang kau handsome tak?" Iris bertanya sekadar basa basi.

Badan Eren mengeras sebelum dia menjeling tajam ke arah Iris. "Kau jangan nak mengorat abang aku. Dia dah ada tunang."

"Tch. Tanye je." Balas Iris, menyampah. Orang tanya pun salah. Bukannya orang nak mengorat pun.

"Whatever. Bagitau tentang diri kau pula." Pelawa Eren sambil menghirup kopinya kembali.

"Nama penuh, Iris Sapphire. Aku bekerja sebagai seorang polis dan memegang jawatan sebagai inspektor di dalam unit khas. Aku berada di dalam Cold Case Task Force (CCTF). Aku juga pemilik cafe yang bernama DANDELIONS, jadi jemput datang ye." Kata Iris, sempat promote cafe kepunyaan dia.

"Running down a cafe while being an inspector? Interesting." Eren mengusap dagunya sambil mengangguk.

"Aku ada 3 adik beradik termasuk diri aku sekali. Abang sulung aku, Izke dan juga kembar aku, Aryan. Tapi kitorang tak seiras pun." Iris menghirup air tehnya sambil memandang ke Eren yang sedang menongkat dagunya dengan tapak tangannya.

DANDELIONS [Slow Update]Where stories live. Discover now